Tuesday, September 3, 2013

Resepi Pizza simple

Assalamualaikum...



Hari ni nak kongsi resepi pizza yang saya buat untuk makan malam semalam. Sebenarnya dah beberapa kali buat pizza cuma baru kali ni berkesempatan nak kongsi kat blog ni. Biasanya saya buat pizza topping ayam bersama sosej tapi semalam buat sedikit kelainan iaitu topping telur dadar dengan sosej. Sedap jugak bila makan dengan sos atau mayonis.

Resepi ni saya ambik dari buku yang disertakan bila saya beli breadmaker. Terdapat beberapa resepi roti dalam buku tu seperti roti biasa, roti manis, roti peranchis dan beberapa lagi serta resepi pizza dan juga mochi (makanan jepun yang dibuat dari nasi yang ditumbuk sehingga melekit).

Resepi ni menghasilkan 2 biji pizza. Jom intai sikit resepi pizza ni...

Resepi Pizza
Oleh: darisaujana.blogspot.com

Bahan-bahan

  • 280g tepung
  • 180ml air
  • 20g olive oil/minyak zaitun
  • 8g gula
  • 8g susu skim/susu tepung
  • 4g garam
  • 3g yis
Bahan-bahan untuk topping
  • 6 batang sosej - potong bulat
  • 2 biji telur - buatkan telur dadar
  • sos tomato
  • Keju mozarella

                                         *Bahan-bahan yang diperlukan


Cara-cara

  • Satukan semua bahan di atas ke dalam breadmaker dan pilih setting untuk doh dan "start" 
  • boleh juga uli pakai tangan, masukkan semua bahan dalam satu bekas, gaul  sebati dan uli sehingga kenyal. 
  • Bahagikan doh kepada 2 bahagiandan biarkan doh naik sekali ganda (lebih kurang 30 minit)

                                         *dapat 2 biji 



  • Panaskan oven 160 darjah celsius (bergantung kepada oven masing-masing)
  • Ambik seketul doh dan leperkan bulat lebih kurang berukuran 25 cm dan masukkan ke dalam dulang pembakar
  • Cucuk-cucukkan doh yang telah dileperkan dengan garfu
  • Sapukan pizza dengan sos tomato
  • Letakkan telur dadar dan seterusnya susun sosej yang telah dipotong bulat
  • Taburkan keju

                                        *Sedia untuk dibakar

  • Bakar lebih kurang 20-25 minit sehingga keju menjadi cair dan roti kekuningan
* Dah masak, dah boleh makan                                                                               


Bila dah masak bolehlah diangkat dan dimakan dengan sos atau mayonis. Makan macam tu je pun sedap. Sebenarnya boleh buat macam-macam topping pizza ni. Ikut kreativiti masing-masing. Topping tuna, topping seafood dan lain-lain..


                                         *Tukang makan


                                         *Adib pun suka

Ok, selamat mencuba dan....jumpa lagi



1 comment:

Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015