Friday, July 7, 2017

Perginya di Aidilfitri

Assalamualaikum

25 Jun 2017, hari ni Hari Raya. Hari ni juga Kak (kakak kedua saya) telah kembali mengadap Ilahi. Sebenarnya Kak dah lama menderita sakit buah pinggang. Dah berbelas tahun Kak menjalani dialisis 3 kali seminggu

*Arwah Kak dihari pernikahan anaknya, Abe Chik

Kak dimasukkan di hospital Pasir Puteh hari Ahad seminggu sebelum raya sebab demam dan batuk. Biasa dah kalau Kak demam dan batuk mesti dia lelah teruk sampai kena masuk wad. Tapi kali ni lebih teruk sebab ada jangkitan kuman.

Hari Isnin Kak kena hantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab 2, Kota Bharu. Sejak tu Kak tak sedarkan diri dan dimasukkan ke ICU. Saya dah susah hati dah masa tu. Alhamdulillah Selasa malam saya balik ke Kota Bharu naik bas ekspres dengan anak-anak.

*Masa ni saya buat surprise untuk Kak. Saya melawat Kak di hospital Pasir Puteh masa Kak sedang menjalani dialisis

Rabu pagi sampai Kota Bharu terus ke hospital tapi tak dapat tengok Kak sebab bukan waktu melawat. Tengahari baru berpeluang jumpa Kak. Pertama kali tengok Kak hati sebak sangat tengok kak dipenuhi dengan wayar-wayar. Sedih sangat. Kak kurus sangat. Kali terakhir saya jumpa dia bualn Februari lepas masa Abe Chik (anak keempat Kak) kahwin. Masa tu Kak sihat lagi.

 *Abe Min banyak berkorban tenaga dan masa selama Kak sakit. Sehingga akhir hayat Kak, Abe Min sentiasa ada di sisi Kak

Hari Khamis saya pergi lagimelawat Kak di hospital. Anak-anak Kak kata, dia dah buka mata. Alhamdulillah syukur. Bila masa melawat tiba, saya masuk. Memang benar Kak dah buka mata tapi masih belum sedar. Mata Kak terbuka mungkin disebabkan oleh ubatan atau saraf. Mata Kak tak berkelip kadang-kadang matanya tertutup.

 *Alhamdulillah masa arwah Kak menghembuskan nafas terakhir, semua anak ada di sisi

Hari Jumat dan Sabtu saya tak pergi melawat Kak. Tunggu anak-anak Kak update di Whatsapp group. Dalam 2 hari tu keadaan Kak sama je. Denyutan jantung kadang-kadang normal kadang-kadang rendah.

Sehinggalah Sabtu malam raya tu Abe Min telefon yang Kak dah nazak. Masa tu pukul hampir pukul 12 malam. Saya dan Kak Ma sedang masak. Maklumlah esok nak raya. Kami tak senang duduk. Telefon semua adik-beradik dan saudara terdekat.

Beberapa minit kemudian, kami dapat berita Kak telah pergi. Kami tinggalkan semua yang sedang masak di dapur. Bergegas ke rumah Kak untuk menyambut kepulangan jenazah. Alhamdulillah jam 2 pagi jenazah tiba. Adik-beradik dan sanak saudara terdekat dah sampai ke rumah Kak.

*Adik-beradik 

Selepas zohor Hari Raya Aidilfitri 2017, jenazah Kak selamat dikebumikan. Hari Raya yang akan kami ingat sampai bila-bila. Belum pun cukup setahun Abe Ki pergi, kali ni Kak pula. Kesian Mok telah menyaksikan pemergian 3 orang anaknya. 

Semoga arwah Kak, arwah Abe Ki dan arwah Kak Yah ditempatkan bersama orang yang soleh.

Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah kakak-kakak dan abang saya. Al-Fatihah.


Sunday, June 25, 2017

Warna-warni Aidilfitri 2017

Assalamualaikum

SALAM AIDILFITRI dari kami sekeluarga untuk semua.

Aidilfitri tahun ini kami sekeluarga diselubungi kesedihan apabila kakak saya yang kedua meninggal dunia. Raya pertma ada 2 kepang gambar ni je. 

Lepas solat sunat Aidilfitri kami semua ke rumah Kak, Dalam Rhu



Ni pula suasana Hari Raya kedua. Kami bersiap-siap nak ke rumah anak buah saya yang menagdakan rumah terbuka. Sebelum berangkat, kami bergambar dulu
 Kami 3 beraadik

 Anok nino, Obi

 Obi ni anak Kak Ma
 Mok dengan bunga kesayangannya

 Kami bersama Mok tersayang

 Swafoto dengan anak tengah

Kakak sulung, Along bersama 6 daripada 7 orang anaknya 

 Keluarga ku


Ni je yang ada di rumah Mok  di raya kedua

Wednesday, December 21, 2016

Cuti-cuti Kuala Lumpur bhg 3

Assalamualaikum

Sebelum buat apa-apa aktiviti hari ni, kita sarapan dulu.  Makan kat kedai mamak je




Sebelum check out sempat lagi berendam. Perut pun dah terisi tadi. Mainlah anak sepuasnya






Check out
Destinasi seterusnya, Planetarium Negara

















Seterusnya kami ke Muzium Negara












Destinasi terakhir, Muzium PDRM














Solat asar dulu di Masjid Negara sebelum balik ke Seremban

Alhamdulillah, selesai sudah cuti-cuti Kuala Lumpur kami sekeluarga.

Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015