Showing posts with label Tutorial. Show all posts
Showing posts with label Tutorial. Show all posts

Friday, April 4, 2014

Tutorial: DIY Halfmoon shawl

Assalamualikum

Dah lama teringin nak pakai shawl tapi tak pandai nak belit-belit. Lagi satu macam leceh je nak pakai. Yelah kita tak biasa pakai. Bak kata orang tua-tua "alah bisa tegal biasa". Jika kita hari-hari pakai, jadilah senang. Pakai shawl ni cantik sebab kita boleh gayakan macam-macam fesyen. Tapi kita yang dah tua-tua ni segan pulak nak gayakan pelik-pelik macam anak muda. Kalau halfmoon shawl ni macam pakai tudung bawal atau tudung empatsegi. Lebih mudah. Jadi bolehlah cuba pakai. 

Kain ni dah lama saya beli. 105 yen semeter. Memang niat nak buat shawl tapi baru hari ini shawl tu siap. Rasanya saya beli setahun yang lepas kot, hehehe. Saya pun tak tahu apa jenis kain ni tapi ianya ringan dan nipis memang sesuai untuk shawl. Bercorak paisley. Untuk shawl halmoon ni kita perlukan sekurang-kurangnya 1.5m kain. Kalau nak kecik ke besar  dari tu pun boleh tapi tu saiz biasa macam di kedai.


Mula-mula kita siapkan pola dulu. Pola ni penting supaya memudahkan kita dalam proses memotong. Lebih-lebih lagi bagi kita yang baru nak belajar menjahit. Dapatkan bentuk 1/4 bulatan seperti gambarajah di bawah. Tanda bulatan 3 biji tu maknanya nanti kita perlu letakkan pola tu dengan kain yang berlipat, tidak boleh digunting.


Kain tadi dilipat 2 dan bentangkan. Pinkan pola bersama-sama kain. Gunting kain mengikut pola. Pastikan bahagian yang mempunyai tanda bulatan 3 biji tu tidak digunting.


 Apabila kain siap digunting, beginilah bentuknya. Bentuk huruf "D" atau pun bentuk bulan separuh.


Kemudian bolehlah mula menjahit. Dibahagian lengkung tu, mula-mula saya jahit tepi dan kemudian lipatkan sekali dan jahit. Kita juga boleh pergi hantar ke kedai untuk jahit tepi yang halus dan berwarna tu. Atau juga boleh letak lace ke biku ke. Yelah saya duduk sini manalah ada kedai nak dihantar. Saya rasa kalau anda semua yang jahit shawl kosong (plain) tak sesuai jahit cara saya ni sebab nanti nampak benang jahit tepi tu. Oleh sebab kain saya bercorak penuh maka taklah nampak sangat benag jahit tepi saya ni.


Di bahagian mukapula saya lipat halus 2 kali dan jahit. Yang ni leceh sikit la dan kena jahit perlahan-lahan. Jarum tu saya gunakan untuk memastikan kain yang dilipat tu betul-betul masuk ke dalam lipatan sebelum dijahit.

Sepatutnya kita menggunakan tapak seperti di bawah ni untuk jahit lipatan kecil seperti di bahagian muka tutapi dari dulu smpai sekarang saya masih gagal menggunakannya. Jika tidak, dengan pertolongan tapak mesin ni sekejap je kita boleh siapkan jahitan tu.


Apabila semua bahagian dah dijahit maka siaplah halfmoon kita. Tak sampai sejam pun untuk siapkan sehelai shawl ni. Kalau tahulah betapa mudah dan cepatnya siap, dah lama saya jahit shawl ni :p. Kemudian bolehlah digosok sambil menarik sikit-sikit dibahagian jahitan supaya nampak lebih kemas. Bolehlah menggayakan dengan inner ninja sebab ianya sedikit jarang.


Hehehe..nak jugak tunjuk di sini menggayakan shawl yang baru disiapkan. Minta tolong Amni ambilkan gambar. Jadi apa lagi kawan-kawan, jomlah jahit shawl raya sendiri. Kalau buat shawl panjang tu lagi senang.

Wednesday, March 12, 2014

Tutorial: Uncang comel

Assalamualaikum


Hari ni saya telah menyiapkan beberapa buah uncang yang comel ni. Niat dihati nak dihadiahkan kepada cikgu-cikgu Amni minggu depan. Yelah Rabu depan merupakan hari terakhir Amni bersekolah. Bila dah siap banyak saya tengok comel sangat uncang-uncang ni. Jadi saya rasa nak kongsi cara-cara menjahitnya. Lagipun taklah susah sangat nak jahit uncang ni dan boleh hanya menggunakan perca-perca kain saja.

Jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan

2 helai (18 cm x 18 cm ) untuk luar uncang
2 helai (20.2 cm x 18 cm) untuk lining
2 utas  riben (46 cm)


* pola uncang comel saya ( dah comot dah)

1. Mula-mula sekali samakan kain luar dengan lining. Kain lining (saya panggil lining ) memang panjang sikit dari kain luar (saya panggil body). Jadi buat satu garisan di lining yang lebih tu.

2. Mula menjahit lining ke bawah bermula dari garisan tadi dan berakhir juga di garisan itu. Maknanya tinggalkan bahagian atas uncang tidak berjahit sebanyak 2.5 cm

3. Kemuadian jahit pula body. Snip bahagian yang melengkung.

4. Di kain lining pula jahit macam ni di kedua-dua belah

5. Masukkan lining ke dalam body. Linig tidak perlu diterbalikkan.

6. Lipat lining ke garisan yang telah dibuat tadi dan gosok.

7. Lipat lagi sekali lining ke body. Pinkan. Teruskan pin untuk kesluruhan incang supaya senang dijahit nanti


8. Jahit bahagian yang kita pin tadi.

9. Sekarang proses masukkan riben untuk dijadikan taki jerut uncang. Saya menggunakan pin untuk memasukkan riben.

10. Ok dah siap!

 11. Ni pula bila uncang tu dijerut


Di bawah ni saya dah siapkan beberapa uncang lagi. Macam comel je kan kalau dah banyak-banayk macam ni. Suka sangat.
 *macam bunga 

*lapan biji kesemuanya

******************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.

Wednesday, February 26, 2014

Origami

Assalamualaikum


Cantik tak origami ni? Hasil usaha ibu dan Adib pagi tadi. Pagi tadi kami ke Honmura Youchien, menghadirkan diri ke "Kurisu Kurabu" (Kurisu Club) iaitu kelab untuk kanak-kanak 5 tahun ke bawah. Kelab ini diadakan setiap hari Rabu dari pukul 9 - 11.30 pagi. Sepanjang 2 jam setengah ni kanak-kanak bolehlah bermain dengan pelbagai maianan yang disediakan. Disamping itu setiap minggu tu mesti ada satu aktiviti melibatkan kreativiti kanak-kanak. Jadi hari ni, kanak-kanak diajar origami ni. Pssst..sebenarnya ibu-ibu yang lebih-lebih belajar. Anak-anak tak layan pun. 

Origami- gabungan dari perkataan ori (lipat) dan kami (kertas), merupakan satu teknik lipatan kertas yang begitu sinonim dengan negara Jepun. Memang seronok buat origami ni lebih-lebih lagi kalau dapat membuatnya bersama-sama dengan anak-anak.

 *Kertas origami dengan saiz 15cm x 15cm

*Koleksi buku origami anak-anak

Teruja membuat origami pagi tadi, saya rasa ingin berkongsi ilmu ni dengan pembaca semua. Cara membuatnya pun tidak susah. Memang sangat sesuai untuk kanak-kanak. Kita memerlukan 2 helai kertas origami iaitu sehelai bersaiz 15cm x 15cm dan sehelai lagi bersaiz 7.5 cm x 7.5cm (warna hitam)

 1. Sediakan kertas seperti diatas. Kertas kecil hitam tu bahagian belakangnya berwarna putih

 2. Ambil kertas yang besar. Lipat bucu bertemu bucu menjadi segitiga seperti di atas. Buka semula lipatan.

3. Bawa satu bucu ke tengah, iaitu ke bahagian yang ada garisan lipatan tadi

 4. Lipat satu bahagian lagi seperti sebelumnya

 5. Kemudian lipat pula bahagian segitiga di bahagian atas tadi ke dalam

 6. Kemudian lipat pula bahagian yang runcing ke atas, lebih kurang 2/3 segitiga

 7. Akhir sekali, lipat kedua-dua segi tiga kiri dan kanan ke dalam. Haaa..dah siap untuk bahagian badan

 8. Sekarang ambil pula kertas yang berwarna hitam. Cara yang sama juga iaitu lipat dari bucu ke bucu dan buka semula lipatan

 9. Bawa bucu ke grisan di tengah. Ulangi untuk bucu seterusnya

 10. Terbalikkan. Lipat segitiga dibahagian atas ke bawah

 11. Kelepetkan sedikit bucu-bucu yang berwarna putih tu ke belakang

 12. Akhir sekali lipat bahagian hitam yang panjang ke belakang (lebih kurang 1/2) kemudian lipat lagi sekali ke atas. Jaaaang...dah nampak bentuk muka kan. Sekarang bolehlah lukis mata, hidung dan mulut cantik-cantik

 13. Dah siap badan dan kepala origami kita

14. Bolehlah dicantumkan kepala dengan badan menggunakan gam.


Selamat mencuba bersama anak-anak

******************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.

Tuesday, January 7, 2014

Tutorial: Pocket tissue holder

Assalamualaikum

Boleh dikatakan dalam setiap beg tangan wanita ada pocket tissue, yang berharga 20 sen (kalau tak silap saya) sebungkus tu. Biasanya kalau kita masukkan tisu ni dalam beg tangan, mesti tisu tu akan jadi komot dan yang lebih teruk lagi hingga plastik pembalutnya tu terkoyak dan tisu berterabur dalm beg.

Jika kita masukkan tisu dalam sarung, in syaa Allah tisu akan kemas dan beg tangan kita pun tidaklah berserabut. Lagipun kalau tisu tu bersarung kita pun rasa feminin (ini pendapat peribadi) sebab biasanya sarung tisu ni dibuat menggunakan fabrik yang cantik-cantik. Jadi jomlah saya kongsikan cara-cara menjahit sarung tisu ni sendiri. Caranya senang saja, boleh gunakan kain perca saja. Saya gunakan kain cotton.

Bahan yang diperlukan

2 keping cotton bersaiz 5 1/2" (tinggi) x 6 1/2" (lebar)
2 keping cotton polka dot bersaiz 1" x 5 1/2"
Gunting
Mesin jahit
Benang 


1. Lipat memanjang kain polka dot dan seterika supaya nampak lebih kemas


2. Jahitkan kain polka dot tadi dengan salah satu daripada cotton. Pastikan kain polka dot yang berlipat berada di sebelah dalam. Jahit kain polka dot di bahagian sisi yang berukuran 5 1/2". Basi jahitan: 1/4"


3. Temukan kedua-dua helai cotton dengan bahgian depan masing-masing. Jahitkan ke dalam sedikit daripada jahitan pertama tadi.


4. Terbalikkan dan seterika kain yang sudah dijahit tadi supaya lebih kemas. 
    *Saya menggunakan 2 pasang kain yang berlainan. No 1-3: polka dot selari dengan jalur, sebaliknya untuk no 4-7. Maaf di atas segala kekeliruan*


5. Lipatkan bahagian polka dot ke tengah dan pinkan.


6. Jahitkan bahagian yang berpin dengan basi jahitan 1/4". Kemudian jahit tepi supaya tiada benang yang terkeluar. Potong sikit tepi supaya sarung tisu kita tidak tebal dibucu apabila diterbalikkan nanti.


7. Terbalikkan dan dah siap. Bolehlah masukkan tisu ke dalamnya dan bergaya feminin.



Diharapkan pembaca dapat memahami penerangan saya ini. Saya mohon maaf jika terdapat kekurangan dengan tutorial ini. Selamat mencuba.


******************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015