Friday, May 9, 2014

Resepi bihun goreng sos

Assalamualaikum


Bihun goreng ni untuk sarapan dan bekal anak-anak ke sekolah semalam. Biasanya anak-anak memang kurang suka bihun goreng. Semalam saya terpaksa goreng bihun memandangkan kami sebole-bolehnya nak habiskan stok sebelum balik ke Malaysia. Lebih-lebih lagi kalau ada makanan yang sudah dibuka bungkusannya.

Malam sebelum tu saya search resepi yang lain sikit dari yang biasa saya masak.  Resepi yang menggunakan pelbagai sos.  Biasanya saya goreng bihun tak letak sos cili ke sos tomato ke, cuma sos tiram dengan kicap. Anak-anak pun bosan agaknya dengan resepi yang sama, sebab tu lah mereka tak nak makan.

Hari ni bila saya goreng dan letak sos cili dan sos tomato, mereka suka pula lebih-lebih lagi Aiman. Ditambah pula dengan telur rebus dan ayam goreng. Balik dari sekolah sambung makan lagi dan minta saya masak macam tu lagi lain kali.

Resepi bihun goreng
Oleh: Noriati Saud

Bahan-bahan
1/2 paket bihun - diremdam dengan air panas sehingga lembut
daging ayam - potong kecil
3 batang sosej - potong nipis
4 ulas bawang putih di tumbuk
sebiji telur
sos cili
sos tomato
sos tiram
1sb cili kisar
garam
lobak merah - potong halus memanjang
kobis - potong halus

cara penyediaan

  1. Goreng telur, jadikan scramble egg, ketepikan
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili kisar sehingga masak
  3. Masukkan ayam dan sosej
  4. Masukkan sos cili, sos tomato,sos tiram dan garam secukup rasa. Biarkan sehingga pecah minyak
  5. Masukkan bihun  kacau sebati
  6. Masukkan sayur iaitu kobis dan lobak merah serta scrambled egg tadi
  7. Kacau sebati sehingga masak
  8. Bolehlah dihidang dengan timun dan telur rebus




******************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.


No comments:

Post a Comment

Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015