Showing posts with label Umum. Show all posts
Showing posts with label Umum. Show all posts

Monday, February 23, 2015

Header blog yang baru

Assalamualaikum

Setelah hampir setahun lebih usia blog kesayangan ni, barulah hari ni bertukar rupa. Lebih ceria dan menyerlah. Bila masuk ke blog tu rasa seronok pula. Orang perempuan memang tak dapat lari dengan warna pink. Yelah warna pink tu kan lembut dan ceria, sesuai sangatlah dengan jiwa orang perempuan.

Setelah Cikgu Zaila make-up blog dia cantik-cantik (http://zailabinimdae.blogspot.com/), saya pun tak nak kalah. Nak juga blog cantik :-). Jadi saya pun ambil keputusan guna khidmat Sue Haida dari Sue Suka Susun. Tu pun Cikgu Zaila yang rekomen. Alhamdulillah cukup puas hati. Harga pun berpatutan. Yelah kita ni tak kreatif macam Sue dan tak ada masa nak mengadap komputer lama-lama nak memikirkan design yang lawa-lawa.


Walaupun sekarang kami bukan lagi berada di Jepun, namun saya tak akan tukar tajuk blog saya kerana ianya sudah sebati dengan pembaca (kalau adalah :-p). Dua gambar keluarga saya tu melambangkan yang kami pernah menetap di Jepun dan sekarang berada di tanahair siap dengan berbaju kebangsaan.
Tarikh di header blog menunjukkan tempoh kami sekeluarga berada di Jepun. Boleh saya jadikan rujukan. Selalu lupa tarikh pergi dan balik dari Jepun. Kalau letak di header tu senang nak tengok :-).

Jadi, kalau siapa-siapa yang nak menempah header blog, label, kad perniagaan dan macam-macam lagi bolehlah hubungi Sue. Senang berurusan dengan Sue ni. Terima kasih Sue.



Friday, February 13, 2015

Perginya seorang murabbi

Assalamualaikum

Sebelum memulakan bicara, marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang telah pergi mengadap Ilahi 9.40 malam semalam di rumahnya di Pulau Melaka. Al-Fatihah.



Baru selesai menonton siaran langsung di tv yang menyiarkan upacara pengkebumian Tuan Guru. Rasa sebak dan bercucuran air mata. Saya selalu ingatkan arwah ayah saya bila melihat Allahyarham Tuan Guru. Saya pun tak tahu kenapa. Mungkin beliau seusia arwah ayah saya dan gaya hidup orang kampung.

Bukan saya seorang je yang menangisi pemergian beliau tapi saya percaya boleh dikatakan seluruh rakyat Malaysia. Ini boleh dilihat semasa pengkebumian yang disiarkan di tv tadi. Tanah Perkuburan Pulau Melaka dibanjiri dengan orang ramai. Begitu juga semasa solat jenazah. Allahu Akbar.

*foto dari myKelantan.TV

Semoga roh Tuan Guru dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan bersama-sama dengan para solihin.

Friday, November 28, 2014

Khatan: Terkini atau konvensional

Assalamualaikum

Hari ni  saya "copy & paste" artikel orang lain.  Kali ni saya nak kongsikan petikan dari blog Dr Azwan.  Untuk rujukan saya dan pembaca semua.

Teks : Dr Azwan




Salam,

Ramai yang bertanya, mana satu kaedah yang paling baik untuk berkhatan? Jawapan saya - semuanya boleh belaka dan semuanya baik...

Biarlah saya cuba menceritakan kaedah2 yang saya tahu dan daripada pengalaman saya mengkhatankan mungkin sudah beratus kanak-kanak.

Seperti saya tulis di dalam artikel sebelum ini, berkhatan adalah satu prosedur kecil tetapi di dalam perubatan walaupun ia prosedur yang kecil ia boleh membawa kepada risiko. Sebagai contoh, hatta suntikan di bahu menggunakan jarum yang paling halus pun ada juga risikonya yang tertentu. Jadi mari kita sama-sama nilai kelebihan khatan berdasarkan kaedah-kaedahnya dan risiko-risikonya.

Anda perlu tahu risikonya kerana perubatan moden adalah satu yang transparent atau jelas. Ini adalah kerana akhirnya, keputusan yang dibuat adalah di tangan anda dan bukan di tangan doktor. Penjelasan yang dibuat kepada anda akan menentukan keputusan yang akan anda ambil. Oleh itu ia perlu jelas dan difahami.


KAEDAH KONVENSIONAL

Kaedah konvensional juga ada banyak jenis. Tetapi untuk lebih mudah difahami, ia adalah membuang kulit di hujung kemaluan dengan memotongnya kemudian memberhentikan darah secara manual dan menjahit baki kulit.

Kaedah konvensional ini mengalami sedikit evolusi dengan kehadiran satu alat dipanggil cautery. Cautery ini adalah satu alat yang menggunakan elektrik atau bateri. Ia menghasilkan haba di hujungnya dan boleh digunakan untuk memotong lebihan kulit dan membakar salur darah. Ini menjadikan proses khatan kurang dari segi pendarahannya.

Ada ibu bapa menyalah anggap dan memanggilnya sebagai "laser" walaupun ia bukanlah sejenis laser. Cautery elektrik pada pasaran semasa berharga antara RM 2500 - RM 5000 mengikut jenisnya. Oleh itu bukan semua klinik atau doktor yang mempunyai alat ini. (Saya pun pinjam dengan orang). Cautery menggunakan bateri daripada jenis yang baik dan tahan lama adalah di dalam lingkungan RM 2000. 

Kaedah menggunakan gunting dan pisau (blade) masih juga digunakan oleh sebilangan doktor. Pakar bedah plastik yang mengajar saya berkhatan dahulu pun masih menggunakan kaedah ini. Pendarahan diberhentikan menggunakan teknik "Ligation" iaitu diikat menggunakan benang. Kaedah memberhentikan darah secara ini adalah selamat kerana, saluran darah besar akan tertutup dengan pasti menggunakan benang berbanding membakar menggunakan cautery.

Walaubagaimanapun, cara ini agak lambat. Ia mengambil masa dari 20 minit sehingga 45 minit seorang pesakit. Bergantung kepada pendarahan dan sebagainya. Cara konvensional lebih memudahkan berlaku pendarahan kerana memotong menggunakan gunting atau pisau tidak memberhentikan darah berbanding cautery.

Oleh itu ramai doktor menggunakan kaedah konvensional tetapi memotong kulit dan memberhentikan salur darah menggunakan cautery dan menjahit kulit menggunakan benang "catgut". Ini mempercepatkan proses berkhatan dari 45 minit kepada 20 minit sahaja untuk seorang pesakit.


KAEDAH KLAMP

Kaedah klamp (tara klamp, smart klamp) adalah cara terikini untuk berkhatan. Ia adalah cara yang sangat cepat dan kurang pendarahan. Cuba bayangkan 80 orang boleh disunatkan di dalam masa 3-4 jam sahaja dengan 5 buah katil oleh 5 orang operator.

Jika tak silap saya salah satu klamp yang awal dihasilkan berasal daripada idea seorang doktor berketurunan sikh di Malaysia. Aneh kan? Seorang Doktor yang bukan Islam menghasilkan satu alat yang rata-ratanya orang Islam yang banyak menggunakannya.

Setelah kanak-kanak diberi bius, ukuran klamp dikenalpasti dan alat yang sesuai dengan saiz kemaluan akan dimasukkan. Setelah klamp diaplikasikan di tempatnya yang sesuai, kulit-kulit yang berlebihan akan dipotong (samada menggunakan cautery atau pisau). Pendarahan adalah kurang kerana segala salur darah telah ditekan menggunakan alat tersebut.

Kaedah ini tidak perlu jahitan. Oleh itu ia sangat cepat. Selepas 7 hari pesakit akan datang ke klinik semula untuk membuka klamp tersebut. Adakalanya ia akan jatuh sendiri dan ini memudahkan urusan.

Dari segi kos, kaedah klamp ini agak mahal. Rata-ratanya di klinik mengenakan bayaran daripada RM 200 hingga RM 350 untuk satu prosedur. Harganya mungkin lebih murah di dalam lingkungan RM 150- RM 180 sekiranya diadakan berkahatan beramai-ramai kerana dari segi bilangan peserta yang ramai akan mengurangkan kos.

Ada ramai doktor yang tidak beberapa menyukai kaedah klamp. Ini juga termasuk saya. Ada juga yang pada awalnya menggunakan klamp tetapi akhirnya bertukar kepada kaedah khatan konvensional.

Masalah yang berlaku kepada klamp ialah apabila untuk membuang klamp selepas satu minggu. Klamp akan melekat di kawasan kemaluan untuk menutup salur darah dibahagian kulit yang dipotong. Untuk membukanya kadang-kadang pesakit akan merasa sakit. Sakitnya adalah sebagaimana dia bersunat dahulu. Ada yang menangis kerana kesakitan selama beberapa hari selepas itu.

Sedangkan, kaedah konvensional hanya merana pada waktu bersunat sahaja selepas itu tidak ada lagi kesakitan kerana benang yang dijahit akan hilang sendiri dan tidak perlu dibuang.

Ada juga pendarahan berlaku selepas klamp dibuang. Ini kerana kulit yang diklamp tidak tertutup sepenuhnya kerana masalah jangkitan. Masalah jangkitan boleh berlaku pada teknik klamp dan mengakibatkan luka lambat sembuh. Berbanding dengan kaedah jahitan, luka mudah terbuka kerana tidak ada jahitan yang menyokongnya.

KESIMPULAN

Cara yang bagaimana anda pilih untuk mengkhatankan anak anda bergantung kepada pilihan masing-masing. Jika tidak mahu pendarahan, pantas dan mudah dijaga maka pilihlah klamp.

Sekiranya mahukan cara konvensional, ada jahitan dan kurang pendarahan, gunakan cara cautery yang masih mengekalkan tradisi lama.

Apapun pilihan anda, di dalam ibadat berkhatan, yang paling penting adalah kebersihan yang terhasil daripada proses tersebut. Ini kerana di dalam Islam, apabila kita berbincang tentang bab Feqah, perkara yang paling awal ialah Thaharah atau Penyucian. Maka kebersihan adalah matlamat utama ibadah ini.

* Terima kasih kepada Dr Azwan untuk artikel ini.

Wednesday, November 26, 2014

Tips menguruskan anak berkhatan

Assalamualaikum
Sebelum khatankan anak-anak, saya mencari-cari tips-tips untuk menjaga dan juga menu untuk orang berkhatan. Saya jumpa blog Puan Yati Yusof ni yang bagi saya ianya sangat berguna kepada ibu-ibu yang pertama kali ingin mneguruskan anak-anak berkhatan seperti saya.
Jadi saya meminta izin dari Pn Yati untuk saya kongsikan artikel beliau di blog saya.

Teks oleh Yati Yusof
Cuti sekolah akhir tahun sudah pun bermula, maka ramai jugalah ibu bapa yang merancang untuk mengkhatankan anak lelaki mereka. Anak lelaki saya telah selamat berkhatan ketika umurnya 10 tahun (2 tahun yang lepas). Setelah meneliti kaedah2 berkhatan yang ada akhirnya saya dan suami bersetuju untuk menggunakan kaedah konvensional yang sudah dimodenkan sedikit, bukan smart clamp.  Kaedah ini menggunakan alat yang dipanggil cautery yang digunakan untuk memotong lebihan kulit dan membakar salur darah. Ramai orang ingat kaedah ini guna laser. Sebenarnya bukan laser tapi hujung cautery itu yang menghasilkan haba. Jika nak tahu lebih lanjut terutama sekali tetang kelebihan dan kekurangan kaedah konvensional dan terkini (clamp), blog Dr Azwan ada penerangan yang lebih terperinci: drazwan.blogspot.com  .
Cautery – alat yg digunakan untuk berkhatan cara konvensional dan sedikit update.
Bagi mereka yang tiada pengalaman mengkhatankan anak, di sini saya akan berkongsi sedikit pengalaman dan tip-tip yang diperolehi dari kawan2, saudara mara dan diri sendiri:
SEBELUM BERKHATAN
  1. Dari awal tahun lagi saya dan suami sudah pun memberitahu anak lelaki kami akan rancangan untuk mengkhatankannya. Biarlah dia menghadapinya dengan keadaan yang bersedia. Memang pada mulanya dia takut dan tak mahu melakukannya. Tetapi penjelasan kami tentang fadilat berkhatan, hukum dari segi agama, kesannya terhadap kesihatan… alhamdulillah akhirnya dia bersetuju dan rela. Proses ini memakan masa berbulan, ya berbulan untuk menanamkan rasa yakin dan berani di dalam diri anak ini. Dengan usaha ini akhirnya kami tidak perlu menyogoknya dengan hadiah2 seperti PSP (2-3 tahun lalu PSP antara kegilaan kanak2 seumurnya. Sekarang dah habis musim) dan seumpamanya atau reward material yang lain-lain.Sooner or later he has to do it, better do it now than older kan… lg malu nanti dah besar2 baru nak sunat :) (antara kata2 yang saya guna hihi… – termakan juga akhirnya anakku).
  2. Sebelum bersunat, raikanlah anak dengan menjamunya makanan kegemaran sebab lepas sunat saya memang memantau makanan yang diambil. Kira amalan berpantanglah walaupun kalau tanya sesetengah doktor tidak perlu berpantang. Pendekatan saya: berpantang pun bukanlah susah sangat. Sebelum mengalami gatal2, bernanah atau luka yang tak kering2 lebih baik saya ambil langkah berjaga2 dengan berpantang.
  3. Raikan juga anak itu dengan membawanya ke tempat2 rekreasi kesukaannya / berenang. Lepas sunat nanti tak boleh aktif sangat kalau nak cepat baik.
  4. Barang2 yang perlu dibawa ketika pergi berkhatan: tuala kecil / sapu tangan, kain pelikat. Kalau tak nak pakai kain pun boleh, guna cawan kertas large size (buang bahagian dasar cawan untuk pengudaraan) / mangkuk pakai buang ditangkupkan pada alat sulit, lepas tu pakai seluar macam biasa.
SEMASA BERKHATAN
  1. Untuk kaedah konvensional, saat yg paling sakit ialah waktu dibiuskan. Berikan sapu tangan / tuala kecil untuk anak gigit semasa berkhatan ketika bius dilakukan. Ini adalah agar anak itu tidak menjerit sehendaknya yang mana ini akan melemahkan semangat kawan2 yang sedang menunggu giliran selepasnya. Cara ini juga membolehkan anak itu mengawal / menahan kesakitan yang dialaminya. Biasanya lepas bius dah ok, tak sakit lagi… boleh sembang2 dengan doktor sambil doktor buat kerja.
SELEPAS BERKHATAN
  1. Berpantang dari segi pemakanan. Ada banyak pendapat sebenarnya mengenai berpantang. Terpulang kepada anda. Kalau ikut doktor, tak perlu berpantang pun. Personally, saya lebih suka ambil langkah berjaga2. Sepanjang tempoh luka masih belum kering, saya tak bagi anak saya makan seafood, ayam dan ikan yang boleh membuatkan gatal (eg. kembung) dan juga ikan yang berbisa (eg. mayong, sembilang dan pari). Kalau kes biasa, luka ambil masa lebih kurang seminggu untuk kering (bagi yang cepat ada juga lepas 3 hari dah ok). Jadi, bukanlah sengsara sangat untuk berpantang kan? Saya paling takut kalau luka jadi gatal, bernanah atau lambat kering… lagi parah. Ada juga orang pesan jangan minum air banyak2 sangat. nanti lambat baik. Wallahualam… saya tak pasti kesahihannya. Anak saya minum macam biasa, sederhana sahaja. Takut juga kalau tahan2 sangat minum nanti kencing tak lawas, sakit pula bila nak buang air kecil.
  2. Berpantang dari segi aktiviti lasak. Ada sesetengah budak lepas 3 hari dah baik katanya, boleh berlari bagai. Tetapi berjaga2 lah juga ya… jangan eksen sangat. Ada juga kes yang lepas 3 hari nampak dah ok, terus pergi jalan2 ke zoo la, beriadah la, berenang la.. lepas tu bentan pula dan luka berdarah kembali. Seelok2nya bagi la lebihan hari untuk berehat. Buat aktiviti yang santai2 sahaja.
  3. Cara2 mencuci saya rujuk kepada artikel tulisan Dr Azwan di blognya: “sewaktu kencing, tekan tisu di sekeliling agar kemaluan itu sedikit terkeluar. Lepas itu cuci sahaja dengan air bersih dan lap kering-kering” (tajuk artikel: Berkhatan Untuk Kanak-kanak Obes) .
  4. Cara suami saya memakaikan kain untuk anak saya agar tangan tidak perlu sentiasa memegang kain. Mudah untuk bergerak dan duduk sambil tangan bebas melakukan apa jua kerja. Tak ada la asik berbaring aje macam budak2 zaman dulu. Yang bagusnya, ia menghasilkan pengudaraan yang baik. Bahan2 yang diperlukan: penyangkut baju bentuk no 8, tali pinggang & kain pelikat.
  5. Bengkok kan hanger ikut bentuk badan dan masukkan tali pinggang.
    Pakaikan hanger di bahagian badan menggunakan tali pinggang.
    Sarung kain pelikat dan ikat macam biasa. Tadaaa!! Dah siap… boleh pegang ipad dengan selesa :)
    6. Untuk waktu tidur / berbaring pula, kami guna cara ini. Kalau rumah moden sekarang siling tinggi, pasti susah nak sangkut tali buat ikat kain. Bahan2 yang diperlukan: Play Gym Baby bentuk segitiga di hujung & selimut.
    Letakkan selimut di atas Play Gym Baby. Anak yang bersunat tu tak perlu pakai apa2 di dalam selimut. Pengudaraan yang baik amat perlu untuk luka cepat sembuh.
    Jika tidak ada Baby Gym, boleh juga guna tripod kamera untuk gantikannya :). Guna tali untuk ikat kain pada batang tripodyang ditengah2.
    NOTA TAMBAHAN:
  1. Sepanjang tempoh anak saya berkhatan suami saya yang menjaganya. Biar le dia orang… hal2 orang lelaki kan. Inilah waktunya untuk mengeratkan lagi hubungan ayah dan anak (father-son bonding time).
  2. Pengudaraan yang baik penting untuk luka cepat kering. Oleh sebab ini anak saya memang pakai kain sepanjang tempoh pemulihan. Waktu tidur memang lebih terbuka dengan cara yang digunakan di atas.

Wednesday, November 5, 2014

Kelebihan berblog

Assalamualaikum

Memang seronok mempunyai blog sendiri. Walaupun saya nibukanlah seorang yang pandai sangat menulis tapi dalam blog kita boleh tulis apa saja yang kita mahu asalkan tidak menyinggung perasaan orang lain. Kadang-kadang tu terbengkalai jugak blog kesayangan ni dek tak ada idea nak dikarang. Itu yang sekarang ni sebulan pun hanya ada 2 atau 3 entri saja.

Saya mula berblog setahun lebih yang lalu. Masa di Jepun yang saya rasa bosan duduk-duduk je di rumah. Masa tu lah saya jumpa ABDR ( Akademi Bekerja Di Rumah). Dan dari situ juga saya mula berniaga atas talian (on-line).

Hari ni sayan nak kongsi kelebihan berblog pada fikiran saya dan apa yang saya rasa. Mungkin pendapat ni tak sama dengan orang lain.

1. Berkongsi ilmu.
- Macam-macam ilmu kita boleh kongsi di blog mengikut kepakaran kita. 



* Gambar-gambar di atas hasil jahitan saya yang dirujuk dari blog

Saya suka mengisi masa lapang saya dengan menjahit semasa saya di Jepun dulu. Walaupun saya tak berapa pandai menjahit tapi saya jadikan blog sebagai tempat rujukan. Saya lebih suka tutorial di blog berbanding dengan You Tube. Biasanya blog Mat Salleh yang menjadi tempat rujukan saya.

2. Sebagai platform untuk berniaga
- Semakin ramai yang berniaga on-line sekarang  ni. Senang, tak perlu keluar rumah untuk membeli-belah. Lagipun dengan berniaga on-line ni lebih luas pasarannya.



3. Dijadikan diari
- Saya suka baca apa yang saya tulis di entri lepas ( syok sendiri kot :p ). Bila tengok gambar-gambar yang ada di blog tu, akan mengimbau balik kenangan yang lepas. Kadang-kadang senyum sendiri pun ada.
*Kenangan indah bersama keluarga tersayang

4. Dijadikan tempat rujukan
- Jika kita menulis resepi, ianya boleh dijadikan rujukan bila diperlukan samaa oleh pembaca ataupun kita sendiri. Begitu juga kalau kita membuat entri tutorial jahitan baju atau beg.

* resepi nasi lemak

5. Tempat menbuat amal jariah
- Setiap ilmu yang disampaikan di blog dan dimanfaatkan oleh pembaca akan diberi ganjaran pahala oleh Allah. Sebab itu kita hendaklah menulis atau berkongsi ilmu-ilmu yang berguna dan bermanfaat saja supaya apa apa yang disampaikan dapat digunakan oleh orang lain.

{ Hadis tentang amal jariah yang popular dari Abu Hurairah menerangkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Apabila anak Adam (manusia) meninggal dunia, maka terputuslah semua (pahala) amal perbuatannya kecuali tiga macam perbuatan, iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya "(Hadis Riwayat Muslim). }

Oklah, semoga bermanfaat untuk semua. Kalau nak belajar buat blog, bolehlah e-mail saya di noriatisaud@gmail.com atau whatapp/ sms di 019-6832397.


Thursday, October 30, 2014

Tips anak mengikut kata

Assalamualaikum

* Anak-anak adalah anugerah Allah kepada kita

Tulisan saya kali ni berdasarkan pengalaman sendiri membesarkan 4 orang anak lelaki yang memang semua orang tahu budak lelaki ni lebih lasak dan kasar berbanding anak-anak perempuan. Lebih-lebih lagi mereka semua lebih kurang sebaya iaitu jarak selang 2 tahun. Jadi mereka saling mempengaruhi antara satu sama lain.

Saya rasa nak berkongsi tips kali ni bukanlah saya nak kata saya ni bagus tetapi hanya untuk berkongsi manalah tahu ianya bermanfaat kepada orang lain. Alhamdulillah setakat ini saya rasa berpuas hati dengan perangai anak-anak walaupun selalu juga saya "naik hantu". Yelah mereka kanak-kanak yang sedang membesar dan mereka LELAKI.

Tip 1: Jangan menipu
- Jangan suka menabur janji manis kepada anak-anak tetapi tidak tunaikan. Pastikan janji yang kita buat biarlah jelas. Contoh: Esok pagi pukul 9.00 kita akan balik kampung. 
Anak-anak saya sudah terbiasa dengan masa. Kalau nak ke mana-mana mesti tanya pukul berapa nak pergi. Jadi kami sebagai ibubapa seboleh-bolehnya mesti menepati masa
- Biasakan anak sejak mereka kecil lagi
- Bila anak-anak percayakan kita, mereka akan mendengar cakap kita

Tip 2: Tegas
- Ibubapa mestilah tegas terhadap apa yang diucapkan. Anak-anak akan belajar dari percakapan dan tindak-tanduk kita. Jika kita cakap "tidak" atau "tak boleh" ia mesti terus begitu. Jangan ubah lagi. 
- Di rumah saya, anak-anak tidak dibenarkan menggunakan telefon dan tablet ibu dan abah tanpa kebenaran. Jika buat jugak akan dirotan.

Tip 3: Ada peraturan
- Pastikan anak-anak mengikut peraturan yang kita buat di rumah. Maknanya anak-anak akan tahu apa yang boleh dibuat dan apa yang tidak boleh. Ibubapa juga kena ikut peraturan tersebut.
- Peraturan di rumah kami: 
  1. Tidak boleh menonton tv dari pukul 6.30 pm -7.30 pm atau pun pada waktu maghrib
  2. Boleh main games pada hari minggu atau cuti am saja
  3. Makan hanya di dapur atau di meja makan saja. Tidak boleh makan di depan tv atau di sofa
  4. Solat asar sebelum keluar bermain
Jika mereka melanggar peraturan dan didenda, mereka tidak akan salahkan kita kerena mereka tahu yang mereka salah.


Pernah saya lihat ada seorang kanak-kanak lelaki umur lingkungan 4 tahun mengamuk di shopping complex sebab nak beli mainan. Ibunya buat-buat tinggalkan dia tapi budak tu sikit pun tak kisah kalau ibu dia tinggalkan. akhirnya si ibu mengalah dan belikan maianan barulah si anak senyum dan boleh balik.

Saya tersenyum sendirian. Alhamdulillah Adib tak berperangai begitu sebab dia tahu apa yang boleh dan apa yang tidak boleh. Saya dan Cik Abang selalu terapkan sentiasa memberi keterangan kenapa "tidak boleh" supaya mereka faham.

Walaubagaimana pun doa ibubapa kepada Allah sangat penting. Itulah yang utama. Anak-anak adalah anugerah Allah dan kita hendaklah menjaga sebaik mungkin.

Tapi sejak mereka ke sekolah ni macam-macam pengaruh yang mereka bawak balik. Semakin lama semakin mereka langgar peraturan. Hanya Adib yang masih mendengan kata dan senang dibawa berbincang tanpa dakwa dakwi.

Kalau ibu kata boleh makan aiskrim esok, dia akan akur dan esok dia akan tuntut janji.



Friday, August 22, 2014

Hari Berkabung Negara

Assalamualaikum


Di saat saya menulis ini, seluruh rakyat Malaysia ternanti-nanti ketibaan 20 jenazah warga Malaysia nahas Malaysia Airlines (MAS) MH 17 yang dijangka tiba pada pukul 10 pagi ini dengan pesawat khas dari Amsterdam.

Pada 17 Julai 2014, MH17 yang membawa 298 penumpang termasuk anak kapal dipercayai ditembak jatuh dan terhempas di Ukraine  semasa dalam penerbangan ke Kuala Lumpur dari Amsterdam.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin berkata satu istiadat penghormatan jenazah tragedi itu akan diadakan  di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Upacara penghormatan untuk jenazah dibuat secara tertib, sesuai dengan penghormatan," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat istiadat penghormatan penerimaan jenazah tragedi pesawat MH17.

Muhyiddin berkata Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dijangka berangkat ke istiadat tersebut, yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, jemaah menteri, menteri besar dan ketua menteri serta keluarga mangsa.

Marilah kita sama-sama bersatu sebagai satu negara berdoa dan bertafakur bagi menghormati mangsa tragedi MH17. Semoga keluarga mangsa tabah menghadapi berita seperti ini. Mudah-mudahan semua roh mangsa dirahmati Allah dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman

*sumber: informasi dipetik daripada akhbar dan blog tempatan. Terima kasih



Tuesday, July 8, 2014

Budaya atau salah didikan?

Assalamualaikum

Alhamdulillah dapat juga saya update blog yang dah lama menyepi ni. Tak tahulah kenapa semenjak dua menjak ni mood untuk berblog ke laut (perkataan orang muda..:) ) je. Sekejap ada sekejap hilang. Sebelum mengadap komputer, macam-macam benda dalam kepala nak tulis, bila bukak je komputer terus blank. Tapi hari ni gagahkan jugak mengadap komputer. Lama-lama pun tak apa, janji hari ni kena ada satu entri baru.

Entri hari ni sebenarnya lebih kepada luahan hati seorang ibu. Hati ni tertanya-tanya kenapa kanak-kanak sekarang ni suka mengejek, mengata orang dan macam-macam lagi. Adakah disebabkan dah jadi budaya kita orang Melayu begitu atau salah didikan? Kadang-kadang nak salahkan ibubapa pun tak boleh juga sebab banyak faktor luaran yang mempengaruhi anak-anak kita.

Semalam Aiman beritahu saya yang ramai kawan-kawannya ketawakan dia kerana dia tak mempunyai meja di dalam kelas. Saya pun haran juga, takkanlah Aiman tak punyai meja langsung. Saya tanya, betul ke dia tak ada meja? Dia kata ada. Saya pun tak faham apa yang cuba kawan-kawan Aiman katakan yang Aiman tak punyai meja. Yelah Aiman masuk kelaspun dah pertengahan tahun, dapat pulak meja paling belakang. Mungkin juga mereka ketawakan Aiman sebab tidak dapat memilih meja yang disukai.

Pagi ni pula sebelum pergi sekolah Akmal pula dalam dilema nak pakai baju putih biasa atau nak pakai baju Ko-korikulum. Sepanjang bulan puasa ni aktiviti sukan dan Ko-ko tak ada tapi cikgu kata boleh pakai baju Ko-ko pada hari tersebut. Tapi Akmal bimbang kalau dia seorang je yang pakai baju Ko-ko. Nanti kawan-kawan akan ketawakan dia. Begitu jugak sebaliknya, kalau dia seorang yang pakai baju putih sedangkan kawan-kawan yang lain pakai baju Ko-ko. Dia tetap akan diketawakan.

Aiman sanggup menggalas beg sekolah yang berat sedangkan beg sekolah tu ada roda. Bila saya tanya kenapa tak ditarik saja beg tu, dai kata dia malu sebab kawan-kawan kata bawa beg tarik tu macam budak kecik. Ye lah Aiman tu lelaki dan dah besar. Mesti dia malu bila kawan-kawan kata macam tu. Rela dia galas beg tu sampai "rebeh" (perkataan Terengganu) bahu.

Puas lah saya menasihati anak-anak supaya jangan dipedulikan apa orang lain nak kata jika apa yang kita buat tu betul walaupun pelik di mata orang lain. Selagi ianya tidak melanggar hukum Allah dan melanggar undang-undang, biarlah orang nak gelakkan ke nak menagta ke nak mengutuk ke, itu hak mereka yang mempunyai mulut.

Tak kurang jugak yang suka membanding-bandingkan. Ini berlaku di sekolah anak buah saya. Kakak ipar saya pergi jemput anak di sekolah menaiki kereta Kelisa. Apabila kawan-kawan anaknya tengok dia cakap, "keciknya kereta mama awak". Sedangkan dia pulak ayahnya jemput dari sekolah dengan kereta Mercedes. Budak-budak zaman sekarangni macam-macam.

Masa kami di Jepun dulu, perkara macam ni tak pernah timbul. Anak-anak tak pernah mengadu apa-apa walaupun mereka pakai kasut koyak, seluar koyak dan beg koyak. Pernah satu ketika bekal (bentou) Akmal hampir terjatuh sebab begnya koyak. Saya pula tak perasan. Akmal pula tak kisah bawa beg koyak tu ke sekolah sebab kawan-kawannya tak pernah ambil tahu dan tak pernah mengejek dia bawa beg koyak. 

* Aiman dan Akmal bersama kawan-kawan pada hari terakhir di MST

Jadi di sini saya dapat simpulkan yang perangai-perangai mengata dan mengejek ni sudah menjadi sebahagian dari budaya hidup kita orang Melayu. Sejak kecik lagi sifat ni dipupuk sehingga sudah sebati dengan hidup orang Melayu. Jadi adakah kita semua suka sikap dan sifat ni terus menerus bersama orang Melayu? Renung-renunglah. Semoga kita semua sentiasa mengingatkan diri sendiri dan anak-anak kita supaya tidak tergolong dalam orang Melayu yang sebegini. In sya Allah.



Sunday, April 20, 2014

Kenapa lama menyepi

Assalamualaikum

Sudah seminggu lebih blog saya ni terabai. Bukan sebab malas atau tidak ada cerita untuk dikongsi tetapi sedikit sibuk melayan tetamu yang bertandang ke rumah kami di Tokyo ni. Alhamdulillah Abah dan Mak serta Kak Long sekeluarga telah selamat sampai ke tanah air semalam.

Alhmadulillah tengah malam Sabtu lepas keluarga mertua saya telah datang ke sini. Jadi sepanjang minggu lepas, sebagai tuan rumah kami membawa mereka berjalan-jalan sekitar Tokyo. Keluar pagi dan balik dah petang atau malam. Kemudian masak dan makan bersama-sama. Bila dah malam, badan pun dah penat dan perlukan rehat. Jadi tak ada masa nak menulis blog.

Sebenarnya banyak cerita nak dikongsikan dengan pembaca semua. Insya Allah saya akan tuliskan entri tentang lawatan kami disekitar Tokyo. Saya meminta maaf  kerana membiarkan blog kesayangan saya ni "berhabuk". Jumpa lagi di entri yang lain.



Tuesday, March 25, 2014

Al-Fatihah

Assalamualaikum

Selepas 17 hari kehilangan MH370, akhirnya malam tadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa pesawat berkenaan berakhir di Lautan Hindi.
Berikut adalah pengumuman yang dibuat beliau di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dengan wajah dan suara sayu.
Menerusi pelbagai analisis yang belum digunakan dalam siasatan sebelum ini, pihak itu mendapat petunjuk mengenai laluan penerbangan MH370.

Berdasarkan analisis terbaru, INMARSAT dan AAIB membuat kesimpulan bahawa pesawat itu terbang melepasi Koridor Selatan dan itu adalah lokasi terakhir di tengah Lautan Hindi iaitu barat Perth, Australia.

Petikan dari akhbar Harian Metro 
Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/25
Al-Fatihah...takziah diucapkan kepada semua ahli keluarga dan sahabat handai penumpang dan anak kapal MH370. Semoga tabah dan redha dengan ketentuan Allah. Sesungguhnya hanya Allah yang maha mengetahui apa yang tersurat dan tersirat. Semoga menjadi peringatan kepada kita yang masih hidup.


Friday, March 14, 2014

Bahaya ke demam campak?

Assalamualaikum


Petang semalam bila nak mandikan Adib, perasan ada ruam-ruam di badan. Hermm..Adib demam campak. Patutlah malam sebelum tu badan dia panas sangat. Mencecah 39 darjah celcius. Adib ni jenis yang tak banyak ragam. Walaupun dia demam dan tak boleh tidur, dia tak meragam. Terkelip-kelip dalam gelap. Kita nak tidur pun tak sampai hati.

Hari ni ruam-ruam di badannya makin banyak tapi demam dia dah kebah. Orang kata bila demam campak ni rasa miang. Tapi tak ada pulak manpak Adib ni resah dan tergaru-garu. Mungkin disebabkan sekarang musim sejuk dan tak berpeluh, Adib tak rasa miang.



Dalam pada tu saya meng"google" mencariadakah demam campak ni berbahaya. Yelah risau juga kalau kita tak berpengetahuan tentang sesuatu penyakit tu. Sebab kalau mengikut pengalaman saya jika anak-anak kena campak, doktor akan bagi ubat demam, antibiotik dan ubat sapu untuk kurangkan gatal. 

Demam campak dikatakan boleh membunuh kanak-kanak tetapi sekarang mungkin sudah berkurangan disebabkan terdapat imunisasi campak yang diberikan sejak bayi lagi.

Di sini saya kongsikan satu info yang saya rasa menarik untuk dibaca.

Teks: Safinaz Sheikh Maznan
Dipetik dari : http://abimuslih.wordpress.com/2007/08/07/demam-campak-boleh-bawa-maut/

Pensyarah Pediatrik Klinikal, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Azam Mohd. Nor berkata, campak merupakan sejenis penyakit berjangkit yang ditularkan oleh virus campak morbillivirus, dari keluarga paramyxoviridae. `Penyakit campak boleh merebak dengan begitu senang sekali iaitu melalui titisan air liur pesakit, baik semasa batuk, bersin ataupun hanya bercakap.
`Walaupun tidaklah seketara kes-kes penyakit rubella (campak Jerman), virus campak juga boleh dipindahkan terus daripada ibu yang mengandung kepada janinnya, menyebabkan kelahiran pramatang,” katanya.
Menurutnya, campak mempunyai peluang jangkitan yang sangat tinggi sehingga mencapai lebih 90 peratus sekiranya seseorang belum pernah mendapat imunisasi campak mahupun terkena penyakit itu sendiri. Ditanya sama ada orang dewasa boleh mendapat campak, Dr. Azam menjelaskan, kemungkinannya ada tetapi sangat jarang khususnya mereka yang berusia 30 tahun ke atas.
Dalam kes campak orang Penan yang turut meragut nyawa orang dewasa itu, ia berlaku kerana mereka belum pernah terdedah kepada penyakit sedemikian, menyebabkan badan tidak mempunyai daya tahan melawan campak.
Gejala-gejala yang boleh timbul dari penyakit ini terbahagi kepada empat tahap iaitu:
*Tahap pengeraman sekitar 10 hingga 14 hari selepas dijangkiti di mana pesakit tidak mengalami sebarang gejala
Tahap prodromal berlangsung selama lebih kurang lima hari. Pada saat ini, kanak-kanak mula menunjukkan gejala seperti demam selesema, hidung berair, batuk ringan, mata merah berair (konjunktivitis), photofobia (mata mudah silau kepada cahaya) dan kesukaran menelan. Tompokan kecil berwarna putih di dalam mulut (koplik’s spot) berupa garam yang ditaburkan di atas permaidani merah, lazimnya dikesan selepas dua hingga tiga hari pesakit mendapat batuk selesema. Koplik’s spot dinamakan sempena seorang pakar pediatrik di Amerika Syarikat, Henry Koplik yang pertama kali mengesan tompokan ini.
* Apabila tahap pembentukan ruam yang berasa sedikit miang bermula, demam menjadi bertambah tinggi sehingga mencapai lebih 40o C. Batuk pula semakin parah.
Sebahagian ruam muncul dalam bentuk perubahan warna (makula) manakala sebahagian lagi timbul pada permukaan kulit (papula).Tabiat ruam campak bermula dari belakang telinga, leher, muka, dada, merebak ke seluruh badan, tangan, punggung, perut dan lengan sebelum menjalar ke bahagian kaki. Keseluruhan proses ini mengambil masa antara dua hingga tiga hari, kemudiannya beransur-ansur hilang manakala suhu badan mulai menurun, demam kebah dan koplik’s spot turut lenyap. Sebab itulah, kita biasa mendengar orang tua-tua selalu berkata, sekiranya ruam sampai ke kaki, tandanya campak semakin sembuh.

Tahap penyembuhan; ruam hilang, lapisan kulit mengelupas manakala konjunktivitis juga semakin pulih. Gejala batuk bagaimanapun mengambil masa sedikit untuk pulih.
Gejala campak, kata Dr. Azam, sekalipun nampak ringan tetapi ia boleh menyebabkan komplikasi jangkitan yang sangat berbahaya dan boleh membawa maut. Masalahnya, virus campak boleh ditularkan daripada seseorang kepada yang lain semasa pesakit masih berada pada tahap pengeraman yang tidak menunjukkan sebarang tanda.
“Komplikasi yang paling biasa mengiringi campak ialah pneumonia, keratitis (inflamasi selaput mata) yang jika tidak dirawat boleh menjejaskan daya penglihatan, otitis media (jangkitan telinga) menyebabkan pekak dan ensefalitis (radang otak) menyebabkan sawan.
“Kekurangan zat makanan yang berkait rapat dengan daya tahan badan yang lemah serta masalah immunoefficiency disebabkan oleh rawatan kanser atau HIV, boleh memburukkan lagi komplikasi campak,” katanya.
Sejenis komplikasi lain yang boleh mengundang maut sekalipun jarang berlaku iaitu subacute sclerosing pan-encephalitis, boleh menyebabkan perubahan personaliti, serangan mengejut, kerosakan otak kekal dan pesakit koma selepas beberapa tahun dijangkiti. Memandangkan sehingga ke hari ini, tiada rawatan untuk penyakit-penyakit bawaan virus termasuklah campak, imunisasi sangat penting sebagai pencegahan, kata Dr. Azam.
Rawatan biasa yang diberikan ialah banyakkan minum air bagi mengelakkan dehidrasi akibat panas badan, pemberian paracetamol bagi melegakan demam, antibiotik sekiranya terdapat kuman di dalam paru-paru dan vitamin A bagi mengurangkan komplikasi.
“Campak tergolong dalam kategori penyakit yang dapat dicegah dan pencegahan paling berkesan adalah melalui suntikan vaksin.
“Vaksin campak terdiri daripada virus campak hidup yang dilemahkan dan dikulturkan di dalam embrio anak ayam untuk merangsang tubuh menghasilkan antibodi sendiri,” katanya.
Vaksinasi campak didatangkan dalam bentuk gabungan dengan vaksin beguk (mumps) dan rubella yang secara ringkasnya dinamakan sebagai MMR.
Sebanyak dua dos imunisasi MMR diberikan iaitu dos pertama ketika kanak-kanak berusia setahun manakala dos tambahan semasa mereka berada di tahun satu persekolahan rendah.

“Usia 12 bulan dipilih kerana jika diberikan terlalu awal, vaksin mungkin tidak dapat bertindak balas dengan berkesan kerana bayi masih membawa kekebalan si ibu semasa hamil.
“Kerana itu, penyusuan ibu sangat digalakkan bagi memanjangkan lagi tahap dan tempoh daya tahan kanak-kanak,” katanya.
Ibu bapa yang tidak menyuntik MMR semasa bayi berusia 12 bulan hanya mendedahkan kanak-kanak itu kepada ancaman campak yang lebih besar pada masa akan datang,
Suntikan imunisasi MMR diberikan sama ada pada bahagian paha atau lengan. Ia akan meninggalkan kesan sampingan yang ringan seperti sakit dan bengkak pada bahagian yang dicucuk, mengantuk, demam, ruam dan bengkak kelenjar air liur di leher.

Menjawab soalan sama ada individu yang mendapat suntikan MMR masih boleh dijangkiti, beliau menjelaskan, dianggarkan dua hingga empat peratus vaksin tidak berkesan.
“Ada banyak sebab kenapa ia berlaku seperti cara penyimpanannya yang tidak sesuai, pemberian vaksin yang terlalu awal kepada bayi berusia kurang 9 bulan di mana vaksin tidak bertindak secara baik dan kekebalan tidak sempurna.
“Kalau terdapat kes campak yang banyak di satu-satu tempat, umur 12 bulan dah dapat campak, kita boleh berikan suntikan lebih awal, sembilan bulan misalnya,” kata beliau.
Mengenai salah tanggapan segelintir masyarakat yang mengaitkan vaksin campak sebagai punca penyakit lain seperti autisme, berikut adalah mesej Dr. Azam:

“Penyelidikan terperinci telah menyangkal autisme sebagai kesan sampingan vaksinasi. Kesahihannya boleh dipertikaikan.
“Kita cenderung percaya benda kecil yang diperbesarkan hinggakan kita lupa kebaikannya yang jauh lebih besar,” katanya sambil menambah, kes campak di Penan adalah terpencil, sedangkan di Kuala Lumpur masih ada orang yang tidak mengambil suntikan MMR.
Antara keraguan yang biasa dibangkitkan ialah mengenai alahan pesakit kepada telur memandangkan pembuatan vaksin campak yang dihasilkan di dalam embrio anak ayam.
Cara penghasilan tersebut sebenarnya bertujuan menyukarkan pembiakan virus di dalam tubuh manusia.

Jika wujud keraguan, tambahnya, pihak hospital akan melakukan suntikan di bawah penyeliaan doktor. Vaksinasi MMR boleh diperoleh secara percuma di semua hospital dan klinik kesihatan kerajaan, di seluruh negara.

******************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.


Thursday, February 20, 2014

Blog

Assalamualaikum

Lama sungguh rasanya saya tinggalkan blog ini tanpa ada entri baru. Bukan lupa untuk update tapi dalam kepala ni rasa kosong, tak tahu apa yang harus dikongsikan. Masih ingat kata-kata cikgu online saya yang kita sepatutnya sentiasa mempunyai entri baru supaya tidak akan mengampakan pembaca yang singgah untuk membaca entri-entri baru dan segar. Sesungguhnya saya telah menghampakan pembaca-pembaca blog saya ( walaupun tidak seramai mana :) ). Terima kasih kerana masih sudi singgah.

Alhamdulillah, telah hampir 6 bulan saya membina blog ini. Setakat ini saya cukup berpuas hati dengan blog ini dan sudah mula sayang dengannya. Rasa bersalah jika saya tinggalkan lama-lama tanpa entri baru. Yelah, blog inilah tempat saya mencoretkan semua perkara dari keluarga saya, anak-anak, resepi-resepi yang saya selalu masak untuk keluarga dan juga pengalaman saya dan keluarga ketika di Jepun. Semoga ianya memberi manfaat kepada sesiapa yang membacanya.

Semoga saya diberi kesihatan yang baik dan juga diberi "kerajinan" oleh Allah untuk sentiasa update blog ini dengan entri-entri baru dan bermanfaat. Doakan saya juga ye! Hingga jumpa lagi entri yang lain nanti. Janganlah segan untuk terus singgah dan membaca blog saya ini. Terima kasih semua.


Wednesday, February 12, 2014

Anak dan perhatian

Assalamualaikum



Suka sangat menonton video dari Ustaz Don ni. Memang terkena di batang hidung sendiri. Tanpa kita sedar begitulah kita melayan anak-anak kita. Sejak menonton video ni saya dan suami seboleh-bolehnya akan melayan anak-anak sebaik mungkin. Berikan sebanyak mungkin perhatian kepada mereka.

Apabila balik dari kerja Akmal suka sangat naik atas belakang abahnya. Cuba bayangkan Akmal yang dah besar dan berat tu panjat belakang abah, mesti sakit ditambah masih penat sebab baru pulang dari kerja. Demi teringatkan kata-kata Ustaz Don dalam video ni, abah layan saja, bukan hanya seorang tapi semua anak akan panjat abah secara bergilir-gilir.

Bila semua abang-abang ke sekolah, Adib bosan tidak ada kawan. Hanya ibu seorang saja kawannya. Panytang tengok ibu nak menjahit atau di depan komputer mulalah dia nak makanlah, nak minum, nak main kereta mainan kecik yang tersusun di dinding dan macam-macam. Kadang-kadang nak duduk di riba. Macam mana nak menjahit kalau di ada di atas riba ibu. Kadan-kadang rasa nak marah pun ada tapi sekali lagi kandungan video ni yang jadi penghalang.

Bila saya ceritakan kepada suami tentang perangai Adib, dia nasihatkan saya supaya layan sajalah Adib tu. Dia tak nak bila kami tua anak-anak abaikan kami. Mudah-mudahan cara kami melayan anak-anak sekarang akan diingati dan dikenang oleh anak-anak. Semoga mereka tidak mensia-siakan kami. In sya Allah.


******************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.

Wednesday, January 15, 2014

Pekerja tempatan vs pekerja asing

Assalamualaikum

Pagi tadi semasa baca surat khabar (on-line), saya tertarik dengan satu tajuk iaitu "Dilema gaji pekerja tempatan". Penulis menceritakan 2 situasi yang melibatkan 2 majikan. Situasi 1,  majikan menggaji pekerja asing kerana sukar mendapat pekerja tempatan manakala situasi 2 pula kerana pekerja tempatan enggan bekerja secara tetap dengan memberi pelbagai alasan. Dengan kata lain suka "melompat" kerja.

Situasi di atas dari pandangan majikan. Bagaimana pula dari sudut seorang pekerja? Jawapan yang biasa didengar gaji yang ditawarkan rendah dan tidak setimpal dengan kerja. " Saya berkelulusan tinggi, takkan nak kerja biasa-biasa saja, baik saya duduk rumah je". Dan macam-macam jawapan lagi. Jadi siapakah yang harus dipersalahkan?.

Penyelesaiannya menggaji pekerja asing lebih mudah. Gaji murah dan bekerja lebih rajin. Maka terjadilah lambakan pekerja asing di Malaysia. Kadar pengangguran pun meningkat. Masalah sosial seperti ragut dan rompak semakin menjadi-jadi. Anak-anak muda lebih suka meragut dan merompak berbanding bekerja. Mungkin disebabkan oleh habuan yang lebih lumayan dan kerja pun senang sehingga melupakan dosa.

Walaupun begitu masih ada orang muda yang sanggup menjadi  tukang sapu dan tukang cuci. Saya ada terpandang 2 orang budak muda lelaki di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu tahun lepas semasa saya balik ke kampung. Mereka langsung tidak malu bekerja sebagai tukang cuci dan menyusun troli-troli di lapangan terbang itu. Bukan itu saja, saya perasan tiada pekerja asing yang bekerja di situ. Yang ada hanyalah pekerja tempatan. Saya begitu kagum dan terkejut kerana masih ada warga Malaysia yang bekerja sebagai tukang sapu dan tukang cuci. 

Lain pula di Jepun. Semua kerja dilakukan oleh orang Jepun. Dari tukang cuci, tukang sapu, jaga, drebar, buruh sehinggalah bos-bos besar. Mereka semua tekun dan seronok dengan kerja mereka. Mungkin disebabkan gaji di Jepun lebih mahal. Gaji seorang tukang sapu pun boleh menampung keperluan hidup sekeluarga. Kalau bekerja part time pun masih mampu menanggung keluarga. Inilah bezanya Jepun dengan Malaysia.

Apabila semua bekerja dan mendapat gaji yang setimpal, masalah seperti ragut dan rompak juga kurang. Kalau di Jepun, kita tinggalkan barang berharga seperti smartphone pun orang tak akan ambil. Saya pun selalu sangkutkan beg tangan di stroller anak dan tingkal saja. Alhamdulillah setakat ni selamat.

Ingin juga melihat Malaysia bebas dari pekerja asing tapi seakan mustahil jika rakyat Malaysia masih berfikiran seperti sekarang. Sepatutnya rakyat Malaysia bekerja keras membangunkan ekonomi negara sendiri. Kalau kita tengok sekarang banyak peluang perniagaan mula diambil alih oleh orang asing. Sedangkan rakyat Malaysia sendiri menyalahkan pihak berwajib yang tidak menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka.

* Tak sabarnya nak balik Malaysia walaupun di Jepun jauh lebih aman dan selamat. Bak kata pepatah  " hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri, lebih baik du negara sendiri"




Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015