Sunday, June 7, 2015

Pengalaman membeli-belah di Vietnam

Assalamuaalikum

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menulis di blog kesayangan walaupun sudah tidak sekerap dulu. InsyaAllah walaupun sekali sekala, tidak akan ku berhenti menulis di sini. 

6/6/2015-8/6/2015 saya ditemani Mak dan Abah serta adik-adik ipar terbang ke Ho Chi Minh City lebih kurang jam 11 pagi. Kali ni Cik Abang tak ikut. Cik Abang tinggal, kena jaga anak-anak. Dia kata, dia dah pergi banyak kali. Kali ni bagi peluang saya dan yang lain pulak yang pergi. Biar dia jaga anak-anak. Alhamdulillah saya dikurniakan suami yang baik. Terima kasih Abang...


* Bersarapan bersama sebelum ke lapangan terbang

* Nak check-in bag.

* Ibubapa mertua saya :)

* Seat betul-betul dekat dengan wing kapal terbang

* Kami menginap di Hotel Thant Thu







Saya, Mak dan Sherry ( biras saya) tinggal sebilik manakala Abang Chik sebilik dengan Abah. Bilik Abah dengan Abang Chik kecik sikit. Cuma ada satu katil queen.

Selepas makan tengahari bermulalah penegmbaraan kami untuk shopping. Saya dengan Mak hanya shopping di Ben Thanh je. Nak jalan jauh-jauh nanti Mak tak larat. Beli kain cotton dengan beg sekolah anak-anak. Mak pulak beli sutera Vietnam.

Malam pulak cuci mata di pasar malam sekitar hotel. Tak ada apa yang beli pun. Di sini kita kena pandai tawar menawar. saya dengan Mak memang fail lah bab ni.




Lepas makan malam, kami jalan-jalan sekitar hotel. Memang banyak penjual di kaki lima hotel. T-shirt dan tudung, semua murah-murah. Sempat jugaklah sambar tudung dan T-shirt untuk adik beradik di kampung.



*Baru belajar nak berselfie :P

* Restoran 1 Malaysia. Kami semua suka makan kat sini. Depan hotel je pun

Hari kedua pun saya, Sherry dengan Mak masih shopping di Ben Thanh dan kawasan berdekatan hotel je. Abah dengan Bangchik berjalan berdua. Tak tahu mereka ke mana. Dik Ya pulak dengan suami dia. Pun tak tahu ke mana. Mereka berdua orang muda, panjang sikit langkah.

Lepas makan tengahari Abah, Bangchik dan Sherry ke Muzium Tentera. Saya dan Mak tak pergi sebab Mak penat sangat shopping. Lengh kaki katanya. Saya temankan Mak di hotel sambil kemas-kemas barang. 

Bila dah cukup rehatkan kaki, petang kami berdua turun dan berjalan-jalan sekitar hotel saja. Masih ada benda yang belum dibeli. Saya nak cari sehelai jubah Royal Blue untuk mok. Jubah untuk raya. Tahun ni warna tema adalah Royal Blue.




* Semua baju ni di jual di kedai-kedai sekitar hotel saja. Waktu malam memang meriah dengan jual beli sehingga pukul 12 malam

Hari ketiga kami dah nak balik. Flight kami tengahari. Sebelum ke lapangan terbang, sarapan dulu di restoran 1 Malaysia

* Kopi Vietnam dia memang terbaekk...

* Kat cawan pun ada lambang 1 Malaysia

* Selfie sket dengan beras...eh biras..hehehe

* Dah sampai airport. Bergaya dengan tudung dan baju baru yang sempat disambar semalam 

* Gambar ihsan dari Dik Ya

Penat memanglah penat. Banyak berjalan. Banyak jugak duit yang habis ..hehehe. Tapi bila ditanya semua nak pergi lagi. Macam tak cukup masa pulak. Sebenarnya tak cukup duit :P. InsyaAllah kalau ada rezeki terlebih boleh datang lagi.



Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015