Wednesday, February 25, 2015

Cuti Raya Cina

Assalamualaikum

Sempena cuti Tahun Baru Cina yang lepas kami sekeluarga balik ke Terengganu lagi. Kali ni saya bawa sekali Mak dan Abah (mertua) balik kampung. Inilah kali kedua Mak dan Abah sampai ke rumah saya di Terengganu sejak saya dan Cik Abang berkahwin 13 tahun lepas. Mak dan Abah setuju untuk mengikut kami selepas saya memujuk dan mengatakan yang keluarga saya di kampung ingin berkenalan dengan lebih rapat lagi dengan mereka. 

Alhamdulillah, walaupun kami hanya balik 4 hari termasuk 2 hari pergi-balik, percutiaan ini betul-betul bermakna. Mak dan Abah pun nampaknya berpuas hati walaupun mereka berdua penat. Yelah perjalanan saja memakan masa hampir 7 jam. Lainlah kami yang dah biasa berjalan jauh.

* Bawak bekal rendang ayam kampung dan ayam goreng

* Nasi bungkus dengan daun pisang untuk menambah aroma

* Kami berhenti rehat di R&R Paka, LPT2 untuk makan tengahari dan solat zohor

Keesokan harinya ( Khamis, 19/2/2015), seperti biasa kami melawat ke rumah adik-beradik yang tinggal di sekitar. Mula-mula rumah Yoh yang terletak di Seberang Jerteh. Yoh buka kedai baiki kereta manakala Kak La (isteri Yoh) pula buka kedai makan yang menjual pelbagai jenis nasi utnuk sarapan.



Lepas tu ke Dalam Rhu, Pasir Puteh pula. melawat kilang keropok Abang Mie dan Kak. Sempatlah Abah dan Mak mempelajari dan mengetahui cara-cara membuat keropok kering. Seronok sungguh Abah mempelajari ilmu baru.




Tengahari tu terus ke Lubuk Kawah, Jerteh pula untuk menghadiri kenduri. Rumah mertua Abang Ki. Jadi dapat makan free hari ni. Abah begitu berselera  dapat makan gulai tempoyak ikan patin. Juga dapat pengetahuan baru yang orang Pantai Timur hanya akan menggulai daging lembu tempatan yang fresh saja semasa kenduri. Lain pula di Negeri Sembilan yang kebiasaannya menggulai daging lembu import.



Sesudah merehatkan badan seketika di rumah, ajak Mak dan Abah ke Pantai Bisikian Bayu. Ambik angin petang. Tenang dan damai sambil tengok cucu-cucu bermain pasir.




Salah satu tempat Mak nak pergi di Terengganu adalah Pasar Payang. Jadi, hari Jumaat tu selepas titipkan Aiman, Akmal dan Amni dirumah Abang Long, kami bertolak ke Pasar Payang. Memang ramai orang sebab cuti sekolah dan cuti umum. Disebabkan semangat nak shopping tu tinggi, kami teuskan jugalah walaupun orang ramai.

 * Beli sepasang sutera crepe yang Sherry kirim

* Rambang mata jugak ditambah pula kain-kain yang "bling-bling"

 *Cantik-cantik belaka

 * acara memilih kain pasang corak pelikat. Sambar juga sepasang seorang :)

 * Sementara menunggu orang perempuan shopping, orang lelaki makan roti canai

* Atuk tak larat menunggu lama orang perempuan shopping

* Beli makanan ringan untuk cucu-cucu


* Ke Masjid Kristal untuk solat zohor

Dalam perjalanan balik ke Besut, singgah sebentar di Pantai Penarik. Pekena sotong dan ikan celup tepung. Rupa-rupanya tak ada nasi putih di sini. Hanya ada mee goreng dan bihun goreng. Kemudian aneka makanan laut celup tepung. Ada juga keropok lekor dan juga cucur udang.



Tamatlah aktiviti kami sekeluarga bersama Mak dan Abah di Terengganu. Hari Sabtu kami bertolak balik ke Serting. Bermalam di rumah Mak dan Abah dan meneruskan perjalanan ke Seremban pada pagi Ahad untuk mengelakkan kesesakan lalulintas.



2 comments:

  1. Seronok baca blog sis. asalam.saya orang baru dalam blog. Join la blog saya. shazwaniafiq.blogspot.com =)

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam. Thanks sbb sudi singgah dan baca blog sy ni. InsyaAllah sy akan ke blog sis plk :)

    ReplyDelete

Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015