Assalamualaikum
Singgah rumah Kak dulu sebelum ke rumah Zira. Rumah Kak di sebenarnya depan rumah Zira je pun. Zira ni anak sulung Kak. Rumah mereka berdekatan je. Depan-belakang.
Biasalah selagi bulan Syawal belum habis, asyik-asyik cerita raya jelah yang mampu di tulis...hehehe. Hari raya ke-2 kami masih beraya di Besut. Hari ni rancang nak beraya ke rumah Zira, anak buah saya. Dia kata nak masak nasi dagang. Walaupun semalam dah makan nasi dagang Kak Long, masih juga nak rasa nasi dagang Zira pula.
Tengahari baru bertolak ke Dalam Rhu selepas selesai mengemas rumah dan mendobi. Ngam-ngam lah sampai boleh terus makan tengahari. Jimat sikit, tak payah masak di rumah..hehehe.
* Hehehe..tayang gambar keluarga dulu di raya ke-2. Tema: belang/jalur
Singgah rumah Kak dulu sebelum ke rumah Zira. Rumah Kak di sebenarnya depan rumah Zira je pun. Zira ni anak sulung Kak. Rumah mereka berdekatan je. Depan-belakang.
*Makan di beranda rumah je. Berangin sikit. Kalau tak rasa macam duduk dalam oven je
* Mok makan sambil meriba dan menyuapkan cicit
* Ibu dan anak yang vouge, Kak La dan Najwa
* Ini cucu saya yang ke-19 dari 21 orang cucu. Tuanya rasa dah ada 21 orang cucu. Nasib baik cucu saudara je :P
* Bila semua dah kekenyangan dan kepanasan
Oklah. Tu je untuk kali ni.
No comments:
Post a Comment