Assalamualaikum
Sudah hampir dua minggu di tahun 2016. Masih belum terlambatkan nak ucapkan Selamat Tahun Baru? Hehehe..tertinggal keretapi sikit. Selamat Tahun Baru 2016 semua yang masih sudi membaca blog saya yang tenggelam timbul ni.
Alhamdulillah tahun ni keempat-empat anak saya dah bersekolah. Yang sulung dah masuk sekolah menengah dan yang bongsu ( bongsu kot :P) ke sekolah tadika.
* Angah dah Tahun 5 dan Abang Tahun 3
* Tahun ni kena pakai talileher dan berkasut hitam. Segak gitu!!
Beberapa hari sebelum persekolahan bermula, Adib teruja nak pergi sekolah tapi malam sebelum sekolah tu dia dah mula diam dan tak menjawab kalau orang tanya pasal sekolah. Saya dan Cik Abang dah mula risau.
Pagi hari sekolah tu dia mula buat perangai tak nak pakai baju sekolah selepas mandi. Nak pakai baju biasa. tan nak pergi sekolah lah tu. Setelah dipujuk barulah nak pergi sekolah tapi tak sepenuh hati lah.
* Muka selepas buat perangai
* Pagi ni Along dan Ibu temankan Adib ke sekolah
* Muka masing-masing yang cuak takut kena tinggal
* Menagih simpati Ibu supaya tidak ditinggal sendirian di sekolah
Hari tu memang tak boleh tinggal walaupun berapa banyak kali pujuk. Akhirnya pada pukul 9.30 pagi memang Ibu tekad nak tinggal walaupun Adib akan menangis. Cikgu pun tidak galakkan ibu-ibu menunggu anak-anak di sekolah. Bila Ibu tinggal je, apa lagi , meraunglah Adib. Bukan Adib saja yang menangis masa tu. Adalah beberapa orang. Tapi kita Ibu ni pun kenalah tekad nak tinggalkan anak kita. Jangan pulak nak kesian ke sedih ke tengok anak macam tu. InsyaAllah pandailah cikgu nak pujuk mereka semua.
* Hari kedua lebih ceria walaupun masih menangis di sekolah
6 Januari 2016 pulak hari pendaftaran untuk murid timgkatan 1 di sekolah Aiman. Alhamdulillah Aiman dapat bersekolah di Sek Men Sains Rembau. Hari ni bermulalah kehidupan Aiman di asrama.
* Selfie dengan anak sulung sebelum bertolak ke SEMESRA
* Mula mendaftar di SEMESRA
* Menuggu giliran untuk bayar yuran
* Tanya apalah dengan cikgu tu!
* Banyaknya lah borang yang perlu diisi
* Menunggu diliran untuk membayar yuran. Terdapat 5 kaunter
Selepas tamat membayar yuran, sessi taklimat diadakan. Taklimat dari YDP PIBG dan juga dari Guru Besar sekolah.
* Wan dan Atuk pun pergi hantar Aiman ke asrama
* Inilah dorm Aiman. Sepuluh orang dalam satu dorm
* Dapat katil atas sebab katil bawah sudah bertuan :)
* Locker baju besar dan luas. Alhamdulillah
* Merasmikan katil :P
* Aiman dapat rumah kuning, dengan nama LELA MAHARAJA
Dalam pukul 2 petang semua urusan pendaftaran selesai. Disebabkan ada barang yang tertinggal di rumah, kami bawa baik Aiman dulu ke rumah petang tu. Rumah kami ke SEMESRA (Sek Men Sains Rembau) tak jauh, dalam setengah jam saja. Lepas ambil barang-barang yang tertinggal dan berehat sekejap, kami hantar balik Aiman ke sekolah.
Pukul 6 petang semua ibubapa dikehendaki meninggalkan perkarangan asrama dan sekolah serta meninggalkan anak-anak. Ibu dan Abah pun meninggalkan Aiman dibawah pengawasan cikgu-cikgu. Walaupun berat hati nak tinggalkan, tapi demi masa depan....
* Beberapa keping gambar SEMESRA yang saya sempat ambil sementara tunggu Aiman dan Cik Abang solat asar
* Alhamdulillah Aiman ada kawan baiknya dari SKS2A. Taklah Ibu dan Abah risau sangat. Kami tinggalkan Aiman bersama Amirul petang tu.
Semoga Aiman dan Amirul seronok bersekolah di SEMESRA. Rajin-rajinlah menuntut ilmu dan yang penting, Allah jangan dilupakan
p/s: sehingga ke hari ni kami tidak mendapat berita atau panggilan telefon dari Aiman. Begitu juga dengan kawan-kawan Aiman. Mungkin pelajar tidak dibenarkan berhubung dengan keluarga di sepanjang minggu orientasi.
maaf puan..saya nak bertanya..ok x pasti zakwan?sya plan nak antar anak kat situ nanti..
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Selama setahun anak saya kat situ byk jgk dia boleh menghafal surah2 pendek. Doa2 harian... Actually bergantung pd anak tu jgk..tq
ReplyDeleteoooo..alhamdulillah...tq yer..bulan depan baru nak masukkan anak kat sana..harap2 dia ok la kat sana..
ReplyDelete