Thursday, September 29, 2016

Tenanglah dirimu di sana

Assalamualaikum

Al-Fatihah.....

* Arwah abe Ki bersama Aryan

Tanggal 26/9/2016 (Isnin) kami sekeluarga telah kehilangan Abe Ki yang telah pergi mengadap Illahi. Abe Ki merupakan abang kedua saya selepas Abe Long. Selepas ayoh meninggal, Abe Ki sekeluargalah yang tinggal dan menjaga Mok.

Selepas seminggu lebih demam yang disangka demam biasa, pada hari Sabtu (24/9/2016) petang Abe Long telah bawa Abe Ki ke Hospital Besar Besut. Setelah berjam-jam berada di bahagian kecemasan, Abe Ki dimasukkan ke wad pada malamnya. 

Kata doktor paru-paru Abe Ki telah dijangkiti kuman. Kencing manis pun ada. Gula dalam darah tinggi. Abe Ki dibekalkan dengan oksigen sebab doktor kata Abe ki lelah sedangkan selama ni Abe Ki tak ada lelah.

 * Kami 8 beradik memang rapat

Esoknya (Ahad), doktor kata Abe Ki dikehendaki dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.  Kata doktor lagi Abe Ki akan dimasukkan ke ICU di sana memandangkan di Hospital Besut tidak mempunyai peralatan yang lengkap.

Petang Ahad Abe Ki dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah dengan ambulan ditemani Abe Long. Sekali lagi Abe Ki berada di bahagian kecemasan berjam-jam sebelum dimasukkan ke ICU pada tengah malam.

Menurut kata Abe Long yang menemani Abe Ki di hospital, kesihatan Abe Ki makin merosot pada pagi Isnin tu. Abe Long mula menelefon semua adik beradik dan anak-anak saudara untuk balik ke kampung.

Kebetulan hari Isnin tu Cik Abang saya berada di Sabah bersama Mak dan Abah melawat Mak Cu (adik mak) disana. Penerbangan balik Cik Abang pada pukul 4 petang Isnin tu.

Saya di rumah dah tak keruan. Keinginan untuk balik tak boleh ditahan-tahan rasanya. Menangis je yang saya mampu sambil berdoa supaya Abe Ki kembali sihat seperti sedia kala.

Walaubagaimanapun pada pukul 11.30 pagi saya mendapat panggilan dari Kak Ma (kakak saya) yang mengatakan Abe Ki telah meninggalkan kami semua pada pukul 11.10 pagi. Rasa nak tercabut jantung ni bila dengar berita tu. Abe Ki pergi terlalu cepat. Kami semua pun tidak menyangka terlalu cepat dia pergi


 * Arwah meninggalkan 7 orang anak

Abe Ki pergi diusia 51 tahun disebabkan jangkitan kuman pada paru-paru yang merebak dengan cepat sehingga ke hati. 

Maka tengahari tu kelam kabutlah saya membeli tiket kapal terbang untuk baik ke kampung. Tidak sempat menunggu Cik Abang dan tidak sempat memberitahu atau mengambil Aiman di asrama. Saya balik bersama Angah, Abang dan Adib saja.

Alhamdulillah sempat sampai ke kampung sebelum Isyak, semasa jenazah sedang dimandikan. Sayu sungguh rasanya sebab 2 minggu lepas baru jumpa. Tak sangka hari tu merupakan hari terakhir saya memeluk  Abe Ki sebelum balik ke Seremban.

Alhamdulillah semua adik-beradik dan anak saudara kecuali Cik Abang sempat "berjumpa" dengan Abe Ki sebelum mukanya ditutup. Kemuadian kami sama-sama menghantar Abe Ki ke pusara. Pusara Abe Ki diletakkan bersebelahan dengan pusara Ayoh..

* Kami akan sentiasa merinduimu..

Kehilanganntya amat dirasai. Abe Ki seorang yang suka menyakat tak kira adik-beradik atau pun anak-anak saudara. Dialah yang sentiasa menceriakan suasana. Setiap ayat yang keluar dari mulutnya memang boleh menggamatkan susasana.

Sampai ke hari ni kami semua masih terkejut dengan kehilangannya tapi kami semua rdha dengan ketentuan Allah. Kami juga bersyukur kerana Abe Ki pergi dengan senang dan tidak menyusahkan semua orang. Segala urusan dipermudahkan oleh Allah. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah.

* Kami 7 beradik pada hari raya tahun lepas. Kak Teh je yang tak ada

Abe Ki, kami semua sentiasa mendoakan agar Abe Ki tenang di sana. Kami semua akan sentiasa megingati Abe Ki. Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah Abe Ki.

*Ihsan google

2 comments:

Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015