Thursday, October 30, 2014

Tips anak mengikut kata

Assalamualaikum

* Anak-anak adalah anugerah Allah kepada kita

Tulisan saya kali ni berdasarkan pengalaman sendiri membesarkan 4 orang anak lelaki yang memang semua orang tahu budak lelaki ni lebih lasak dan kasar berbanding anak-anak perempuan. Lebih-lebih lagi mereka semua lebih kurang sebaya iaitu jarak selang 2 tahun. Jadi mereka saling mempengaruhi antara satu sama lain.

Saya rasa nak berkongsi tips kali ni bukanlah saya nak kata saya ni bagus tetapi hanya untuk berkongsi manalah tahu ianya bermanfaat kepada orang lain. Alhamdulillah setakat ini saya rasa berpuas hati dengan perangai anak-anak walaupun selalu juga saya "naik hantu". Yelah mereka kanak-kanak yang sedang membesar dan mereka LELAKI.

Tip 1: Jangan menipu
- Jangan suka menabur janji manis kepada anak-anak tetapi tidak tunaikan. Pastikan janji yang kita buat biarlah jelas. Contoh: Esok pagi pukul 9.00 kita akan balik kampung. 
Anak-anak saya sudah terbiasa dengan masa. Kalau nak ke mana-mana mesti tanya pukul berapa nak pergi. Jadi kami sebagai ibubapa seboleh-bolehnya mesti menepati masa
- Biasakan anak sejak mereka kecil lagi
- Bila anak-anak percayakan kita, mereka akan mendengar cakap kita

Tip 2: Tegas
- Ibubapa mestilah tegas terhadap apa yang diucapkan. Anak-anak akan belajar dari percakapan dan tindak-tanduk kita. Jika kita cakap "tidak" atau "tak boleh" ia mesti terus begitu. Jangan ubah lagi. 
- Di rumah saya, anak-anak tidak dibenarkan menggunakan telefon dan tablet ibu dan abah tanpa kebenaran. Jika buat jugak akan dirotan.

Tip 3: Ada peraturan
- Pastikan anak-anak mengikut peraturan yang kita buat di rumah. Maknanya anak-anak akan tahu apa yang boleh dibuat dan apa yang tidak boleh. Ibubapa juga kena ikut peraturan tersebut.
- Peraturan di rumah kami: 
  1. Tidak boleh menonton tv dari pukul 6.30 pm -7.30 pm atau pun pada waktu maghrib
  2. Boleh main games pada hari minggu atau cuti am saja
  3. Makan hanya di dapur atau di meja makan saja. Tidak boleh makan di depan tv atau di sofa
  4. Solat asar sebelum keluar bermain
Jika mereka melanggar peraturan dan didenda, mereka tidak akan salahkan kita kerena mereka tahu yang mereka salah.


Pernah saya lihat ada seorang kanak-kanak lelaki umur lingkungan 4 tahun mengamuk di shopping complex sebab nak beli mainan. Ibunya buat-buat tinggalkan dia tapi budak tu sikit pun tak kisah kalau ibu dia tinggalkan. akhirnya si ibu mengalah dan belikan maianan barulah si anak senyum dan boleh balik.

Saya tersenyum sendirian. Alhamdulillah Adib tak berperangai begitu sebab dia tahu apa yang boleh dan apa yang tidak boleh. Saya dan Cik Abang selalu terapkan sentiasa memberi keterangan kenapa "tidak boleh" supaya mereka faham.

Walaubagaimana pun doa ibubapa kepada Allah sangat penting. Itulah yang utama. Anak-anak adalah anugerah Allah dan kita hendaklah menjaga sebaik mungkin.

Tapi sejak mereka ke sekolah ni macam-macam pengaruh yang mereka bawak balik. Semakin lama semakin mereka langgar peraturan. Hanya Adib yang masih mendengan kata dan senang dibawa berbincang tanpa dakwa dakwi.

Kalau ibu kata boleh makan aiskrim esok, dia akan akur dan esok dia akan tuntut janji.



5 comments:

  1. As Salam Nor,

    TQ for sharing very good tips. Nice info, should try more and more.
    InsyaAllah.

    ReplyDelete
  2. Good tips...

    saya nak tambah sikit..ini berdasarkan pengalaman saya..

    kalau boleh...kalau boleh la..jangan tinggal sebumbung dengan datuk dan nenek..lebih-lebih lagi jika ada ade-beradek kita yang lain..

    anak-anak yang kecil akan ikut peraturan...tp biasanya peraturan itu akan dilanggar yg dewasa yang menjadi ikutan kepada anak-anak..

    datuk dan nenek pula biasanya akan terlalu memanjakan cucu...

    hehehe...

    ReplyDelete
  3. Setuju tu En Fazil...anak-anak saya ni pun kalau yang besar tu selalu kena marah sbb break the rules. Yang kecik je masih setia dan selalu buat hati kita tenang. Belum ada anasir luar yang mempengaruhi

    ReplyDelete

Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015