Tuesday, August 12, 2014

Kami di Thistle : bhg 1

Assalamualaikum


Kami ke Thistle ni dah lama sebenarnya tapi baru hari ni nak cerita. Kena mengadap lama laptop ni sebab kena ingat balik apa yang berlaku hampir 2 bulan lepas. Kami ke Thistle ni pada 26 Mei 2014, beberapa hari selepas kami balik dari Jepun. Cik Abang kata nak berehat dulu sebelum mula bekerja. Kami pilih lokasi yang dekat je sebab tak naklah berpenat lelah nak memandu jauh.

Setelah membuat sedikit survey, kami pilih Thistle ni sebab ada banyak kolam renang mengikut kedalaman. Dari yang sesuai untuk kanak-kanak sehinggalah orang dewasa. Seingat saya kedalaman kolam tu sehingga 2m atau 2.5m. Anak-anak kami memang suka mandi kolam walaupun mereka tak tahu berenang. Tempatnya pun cantik. Bila baca review dari blog-blog, ramai yang berpuas hati dengan resort ni.

 * tuan tanah pun nak interframe jugak : p

 * Akmal dan Aiman masih dengan rambut ala K-pop


Sebelum sampai ke resort, sempat kami sekeluarga singgah makan tengahari di Teluk Kemang. Makan sambil menikmati angin sepoi-sepoi bahasa. Anak-anak pula teruja dengan pasir pantai sehingga mereka sanggup berjalan kaki ayam. 

Kami sampai ke Thistle lebih kurang pukul 2 petang. Lepak-lepak di lobi dulu sambil bergambar. Lepas tu baru check-in. Wah, hati dah berbunga-bunga bila sampai sini. Tempatnya cantik dan damai. Anak-anak dah tak sabar nak turun kolam mandi.

 * Adib sempat sambar bola Angry Bird di Teluk Kemang tadi




 * Bukti dah sampai ke Thistle, PD...:)

 * Ha, inilah biliknya. Luas dan selesa. Cukup untuk kami sekeluarga.

 * Dengan katil double, iaitu 2 katil single. Muat tidur 4 orang

 * Along dan Angah tidur di sini

 * mejanya pun besar dan panjang. Senang nak letak banyak barang


 * Bilik air

 * Pemandangan dari balkoni

Selesai saja solat zohor, terus tukar baju mandi. Tak sabar-sabar nak mandi. Tak boleh bertangguh dah ni. 




Petang ni giliran abah yang jaga Adib mandi. Esok giliran ibu pula. Tugas ibu ambil gambar. Adib mandi di kolam yang cetek saja. Mula-mula tu tak berani dia mandi di kolam sama-sama dengan abang-abangnya. Tapi akalu ada abah yang jaga dia ok sikit. Tu pun ada beberapa kali tenggelam dalam kolam tu. Kelam kabut abah meneyelamatkan anak kesayangan dia tu.










Tengoklah tu budak-budak ni, macam-macam ragam. Seronok sungguh mereka dapat main air.

 * anak dugung ke ni? : P

 * wajah-wajah ceria

Berhampiran dengan kolam-kolam ni terdapat satu gazebo yang menyediakan makanan ringan dan minuman. Sambil bersantai menemani anak-anak mandi bolehlah menikmati makanan ringan dan pelbagai minuman. Yang seronoknya ada yang diberi percuma. Pop corn, gula-gula kapas, ais krim dan air mineral. Itu saja tau, yang lain kena bayar.

Jangan jadi macam Cik Abang saya pula. Bila dia tahu ada makanan dan minuman percuma, apa lagi orderlah fresh orange untuk isteri kesayangan dan juga air tembikai untuk dia sendiri. Saya pun mula-mula macam confuse bila dia membawa 2 gelas air tu. Tanya dia, "air ni pun free ke?". Dia jawab,"yelah kot". Sedang kami menikmati air tu datanglah bar attendance, bawa bil. Rupa-rupanya kena bayar, mahal pula tu. Dua gelas air RM41.76. Tu lah tak tanya dulu, kan dah kena bayar :P. Terus masukkan dalam bil hotel.


* nilah "air mahal" tu

 *hanya air mineral, ais krim, pop corn dan gula-gula kapas je yang free

Senja dah hampir. anak-anak belum puas lagi main air. Ibu pula nak ke pantai. Bermain dengan ombak pula. Puaslah memujuk anak-anak supaya berhenti mandi. Akhirnya mereka akur bila kita saja je tinggalkan mereka sendirian di kolam mandi tu. Bila sampai ke pantai, seronok pula mereka main pasir.


 
 * terjumpa scoop mainan di pantai. Pinjam kejap!



* anak-anak

* lepaskan gian. Berlari sepuas hati

* abah pun dah lama nak buat macam ni...yeay!

Lepas ke pantai kami naik ke bilik. Solat asar pun belum lagi ni. Esok kita sambung mandi lagi. Malam ni nak makan ikan bakar. Kita jumpa di entri yang akan datang. Bye


No comments:

Post a Comment

Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015