Assalamualaikum
Setiap malam sebelum tidur kena pakai benda alah ni. Pakai ni selama seminggu. Tujuannya supaya kita tak gosok mata tanpa sedar masa tidur. Yelah masa ni kornea mata kita masih terpotong.
Alhamdulillah setelah sebulan lebih selepas operation, mata ni dah semakin baik. Walaupun kadang-kadang ada jugak tersasul nak buka cantact lense sebelum tidur.
Kepada yang belum rabun tu dinasihatkan jagalan mata baik-baik. Memang best mata tanpa cermin mata dan contact lense.
Mungkin pembaca semua tak perasan yang saya ni rabun. Sebenarnya sudah hampir 19 tahun saya pakai contact lense, sejak di universiti. Saya memang tak suka pakai cermin mata sebab saya akan sakit telinga. mungkin sebab tersepit bila kita pakai tudung. Masa saya mula-mula apaki contact lense dulu, saya pakai yang tukar setahun sekali. Tapi selalu jugak mata saya merah dijangkiti kuman. Kemudian saya pakai yang perlu tukar setiap bulan. Adalah jugak sekali sekala mata merah.
Sudah lama saya menanam hasrat menjalani Lasik ni, tapi yelah harganya mahal. Terpaksalah tunggu dengan penuh sabar kot-kot ada rezeki lebih. Alhamdulillah selepas balik dari Jepun hari tu adalah rezeki sikit. Survey punya servey jumpalah Optimax di Seremban. Saya pilih Optimax ni sebab ada di Seremban. Dekat dengan rumah. Terus telefon untuk bertanya dan buat temujanji.
Temujanji dibuat pada 28 Jun 2014. Mula-mula temujanji dibuat untuk membuat pemeriksaan mata. Pemeriksaan untuk menentukan samada kita boleh menjalani Lasik atau tidak. Alhamdulillah mata saya sesuai untuk menjalani Lasik. Masa tu mata kanan saya -4.25 dan mata kiri -3.50. Ada rabun dekat dan silau juga.
* saya jumpa satu blog yang menceritakan pengalaman pra-Lasik di sini
Apabila selesai pemeriksaan, saya disarankan menjalani FEMTO-LASIK. Kos? Untuk pemeriksaan mata saya kena bayar RM195 dan untuk Lasik tu sendiri RM8k. Selepas membuat pemeriksaan mata di Optimax Seremban, saya dan suami membuat keputusan untuk terus menjalani Lasik hari tu jugak. Bukan apa, itulah tarikh yang sesuai memandangkan esoknya dah nak puasa. Sayangnya saya kena ke Optimax TTDI untuk Lasik. Tengahari tu kami terus ke TTDI. Pkl 4 ptg 28 jun 2014, selamatlah mata saya menjalani lasik.
Kaedah Lasik ni lebih kurang macam gambar di bawah ni. Mula-mula sekali lapisan kornea kita di "potong". Flap kornea dibuka kemudian dipancarkan dengan laser. Masa dipancarkan laser ni kita akan terbau benda hangit, bermakna masa tu kita tahu mata kita sedang dilaser. Yelah kita memang langsung tak rasa apa-apa sakit dimata masa tu sebab sebelum operation, mata kita dah dibius. Bila dah siap laser, flap kornea mata pun ditutup semula. Sekejap je dah siap. Ambil masa lebih kurang 15 minit je untuk kedua belah mata.
* gambar ihsan google
Walaupun masa operation tu tak sakit, tapi lepas operation tu saya langsung tak boleh buka mata. Mata pedih yang amat. Mata pedih macam bila kita potong bawang dan masuk pasir. Selepas 3 jam barulah ok sikit. Sebaik-baiknya selepas balik rumah tu tidur je supaya dapat merehatkan mata. Masa mula-mula selepas operation tu mata tak 100% terang tapi sedikit demi sedikit makin baik.
Selepas operation:
- Pakai cermin mata hitam dan elakkan terdedah kepada cahaya
- Guna ubat titis mata seperti yang dinasihatkan
- Tak boleh gosok mata
- Tak boleh bagi air masuk mata sekurang-kurangnya seminggu
- Tak boleh pakai make-up mata sekurang-kurangnya seminggu
- Tak boleh sauna, berenang, facial dan bersukan sekurang-kurangnya sebulan
- Elakkan tempat yang berhabuk dan berasap
* cermin mata hitam dan ubat-ubatan yang disertakan selepas operation
* macam pirate pun ada
Alhamdulillah setelah sebulan lebih selepas operation, mata ni dah semakin baik. Walaupun kadang-kadang ada jugak tersasul nak buka cantact lense sebelum tidur.
Kepada yang belum rabun tu dinasihatkan jagalan mata baik-baik. Memang best mata tanpa cermin mata dan contact lense.
Oh,kat Seremban ada rupanya,nak buat jugak la nanti
ReplyDeleteOh,kat Seremban ada rupanya,nak buat jugak la nanti
ReplyDeleteaslmkm..brp hari blur hilang..saya ni dah day 4 slps buat femtolasik tp pglihatan masih blur..
ReplyDeleteThanks for your information, it was really very helpfull.. lasik surgery toledo ohio
ReplyDeleteIts a great pleasure reading your post.Its full of information I am looking for and I love to post a comment that "The content of your post is awesome" Great work. what is lasik eye surgery used for
ReplyDeleteI high appreciate this post. It’s hard to find the good from the bad sometimes, but I think you’ve nailed it! would you mind updating your blog with more information? Yaldo Eye Center in Grand Rapids Michigan
ReplyDelete