Wednesday, September 10, 2014

Mandi-manda di Wet World Pedas

Assalamualaikum


Hari Sabtu lepas bawak anak-anak mandi-manda. Budak-budak ni memang suka main air. Memang berbaloi kalau bawak mereka ke tempat-tempat macam ni. Kadang-kadang tu sampai bermasam muka dan merajuk bila dipaksa balik. Sebenarnya dah lama plan dengan Cik Abang nak bawak mereka ni mandi di sini. Lagipun Wet World Pedas ni dekat je dengan rumah kami. Lebih kurang 18 km.

Harga tiket

 (Hari biasa)
Dewasa : RM10
Kanak-kanak : RM8

Hari Cuti Sekolah/ Cuti Am
Dewasa: RM12
Kanak-kanak: RM10

Budak-budak kecik percuma laaa...

Di Pedas ni ada beberapa kolam yang berlainan. Kolam air panas pun ada. Sebab tu lah nama sebenar tempat ni ialah Wet World Resort Air Panas Pedas. Ada 2 kolam air panas. 

 * Yang ni kolam yang cetek. Sesuai untuk kanak-kanak. Ada 3 kolam berlainan kedalaman di sini

 * Boleh menyusuri terusan ni dengan menaiki floating tube, yang warna kuning hujung gambar tu

 * Kolam hujung tu pulak seakan laut yang mempunyai ombak dan kedalamannya bertambah dipenghujung kolam


 * terusan

* Salah satu kolam air panas. Di dalamnya terdapat batu-batu untuk refleksologi

Masa kami sampai tu belum ramai lagi pengunjung. Yelah kami suka datang awal-awal supaya anak-anak boleh mandi lebih lama dan belum panas. Selesa sikit. 

 * Adib mula-mula tu "malu-malu" je nak mandi

 * conquer tempat ni


 * turn abah yang jaga Adib

 * muka-muka ceria dapat berendam





Seronok melihat anak-anak bergembira bermain bersama-sama. Ibu dan Abah hanya sebagai pemerhati dari jauh sambil melayan Adib mandi di tempat yang cetek. 




* Gelungsur ni jugak yang menjadi kegemaran budak-budak ni. Macam-macam aksi mereka buat




Dah tengahari sikit barulah ibu pulak yang masuk kolam. Bestnya dapat mandi bila badan berpeluh-peluh. Masa ni dah tengahari dan orang pun dah beransur ramai.

 * Orang berselfie, kita pun nak berselfie jugak :P







Gelagat anak-anak yang sentiasa membuatkan hati ibu berbunga-bunga. Walaupun perangai mereka ni kadang-kadang membuat kepala ibu pening, tapi tanpa mereka walaupun seorang je yang kurang, hati ibu pulak sayu. Itulah seronoknya menjadi ibu.

Setelah berjam-jam berendam dan beberapa kali dipanggil naik barulah anak-anak bersetuju nak balik. Itu pun sebab perut dah lapar. Kalau tak, tak tahulah nak berhenti mandi pukul berapa. Sebelum balik solat zohor dulu.

Di sini memang tak ramai pengujung, lengang saja. Bagi sesiapa yang tak suka bersesak-sesak, Wet World Pedas ni memang sesuai. Kalau semata-mata nak mandi-manda, datang ke sini berbaloi. Sebab tu kami memang suka bawa anak-anak mandi di sini. Puas hati.








Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana diberi kesempatan untuk menggembirakan hati anak-anak. In sya Allah jika diberikan umur yang panjang boleh datang lagi.


*********************************************************************************
Dapatkan sekarang set combo 30ml + 100ml serum dengan harga istimewa sempena sambutan kemerdekaan ke 57.

Combo : MRS 30ml + Serum
Harga asal rm 79.80
Promo Merdeka RM 70
Jimat RM 9.80
Tarikh promo : 25 Ogos - 30 Sept 2014
Jangan segan, jangan malu boleh sms/wasapp  019-6832397, Noriati walaupun sekadar untuk bertanya.


No comments:

Post a Comment

Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015