Assalamualaikum
Mengikut plan asal sempena cuti Deepavali kami semua nak balik bercuti di Besut memandangkan Cik Abang cuti panjang. Tapi bila anak-anak beritahu yang mereka ada peperiksaan akhir tahun bermula 28 Oktober, kami berdua buat keputusan tangguhkan dulu balik kampung. Ini peperiksaan pertama buat Amni dan Akmal. Jadi kami ingin memberi lebih perhatian kepada mereka berdua.
Minggu lepas kami ke kedai buku berhampiran untuk membeli buku-buku yang akan digunakan sepanjang minggu ulangkaji. Anak-anak diberi cuti 2 hari sempena Deepavali iaitu pada hari Rabu dan Khamis. Bermula pada hari tersebut anak-anak tidak dibenarkan bermain game. Mereka semua dikehendaki mengulangkaji pelajaran bermula pada pukul 8.30 pagi sehingga pukul 12 tengahari dan bersambung semula pada pukul 2 pm - 4 pm. Begitu juga pada hari Sabtu.
* "Cikgu" sedang tanda kertas
Pada hari ini, Ahad, anggaplah acara kemuncak, mereka didedahkan dengan situasi peperiksaan sebenar. Syukur, nasib baik kami buat pendedahan seperti ini. Kalau tak, kami tak dapat bayangkan lebih-lebih lagi Amni yang terkial-kial menjawab soalan. Sekurang-kurangnya mereka mendapat gambaran sedikit sebanyak tentang peperiksaan sebenar.
* Peperiksaan sedang berlansung
No comments:
Post a Comment