Sunday, November 30, 2014

Pengalaman menjaga anak yang berkhatan

Assalamualaikum

* Klinik Zaaba, Garden Homes

Maaflah kalau sekarang ni saya asyik cerita tentang berkhatan. Ye lah pengalaman pertama anak berkhatan. Bukan seorang tapi tiga orang sekaligus. Disamping mengabdikan kenangan dan pengalaman sendiri untuk tatapan anak-anak, ianya boleh juga dijadikan rujukan pembaca semua.

Alhamdulillah anak-anak saya telah selamat berkhatan pada petang Ahad lepas (23/11/2014). Khatan awal-awal supaya senang nak merancangke mana-mana lepas tu. InsyaAllah seminggu lagi nak balik kampung. Mudah-mudahan anak-anak dah baik masa tu.

Dua tiga minggu sebelum cuti sekolah saya dah survey klinik yang ada perkhidmatan khatan ni. Lepas tu terus booking tarikh paling awal selepas cuti sekolah. Alhamdulillah dapat dapat hari minggu. Senang sikit Abah mereka ada. Ye lah bayangkan nak handle 3 orang sekaligus.

Kami telah memilih kaedah clamp dan cautery ( sila lihat post sebelum ini di sini) untuk anak-anak. Di klinik ni kita diberi pilihan samada nak guna kaedah clamp dan cautery atau kaedah cautery dan jahit. Bagi saya kedua-dua kaedah tu ada kelebihannya yang tersendiri. Bergantung kepada ibubapa kaedah mana yang nak dipilih.

Harga pulak RM 150 untuk seorang.

 * Cautery (ihsan google)

* Clamp (ihsan google)

* Muka-muka cuak sebelum masuk bilik pembedahan kecuali yang baju merah tu..senyum je

Masa di rumah, Ibu dan Abah dah beritahu giliran, siapa yang kena masuk dulu ke bilik pembedahan. Angah kena masuk dulu memandangkan Angah berani. Biar bagi semangat sikit kepada orang lain. Kemudian Along dan Abang. 

* Angah memang berani. Senyum je masa doktor bius dan khatankan. Good job Angah.

* Abang orang yang kena masuk bilik bedah sebab masa ni Along sedang solat asar. Abang menangis sikit masa bius. Tu yang muka masam tu.

* Along dengan muka ceria je sebelum dibius. Ibu yang teman Along masuk bilik bedah. Angah dan Abang, Abah yang teman.

* Masih senyum walaupun sudah berkhatan. Ye lah masih belum terasa sakit sebab ubat bius masih ada. 3 orang siap dikhatankan dalam masa 1 jam

* Abang muncung je sebab dia baru lepas menangis sebab sakit bila kencing. Yang 2 orang tu masih boleh tersenyum

* Bersedia untuk tidur. Along pulak yang muka kelat. Juga sakit dan pedih selepas kencing.

Abah gunakan kaki speaker untuk jadikan tiang. Kebetulan home theater Abah rosak masa ni dan dibaiki. Bolehlah pinjam kaki sekejap. Kemudian palang putih tu sebenarnya untuk gantung langsir yang beli di IKEA. Kebetulan ada di rumah, tak guna. Lepas tu ambik 2 pengepit baju, ikat kedua-dua hujung dengan tali rafia. Jadi Abah gabungkan kesemua tu untuk menggantung kain anak-anak. 


Alhamdulillah selama seminggu menjaga anak-anak berkhatan ni taklah susah. Guna kaedah clamp ni memang memudahkan kalau ramai-ramai macam ni. Sakit pun kurang. Cuma Abang je yang sakit sampai tak boleh tidur malam. Kesian pun ada sebab masa khatan tu kulit yang nak dipotong tu "dipaksa" pisahkan oleh doktor. Kalau ikut istilah dulu-dulu "anu buta".

Jadi berhari-hari jugaklah Abang "menderita" terutama sekali masa nak kencing. Hari pertama tu meraung kesakitan. Ibu dan Abah pun tak tahu nak buat apa. Jadi bagi anak-anak yang nak berkhatan dinasihatkan supaya selalu cuba-cuba tarik kulit lebihan anu tu ke bawah sehingga melepasi kepala anu supaya bila berkhatan kurang rasa sakit dan insyaAllah cepat baik.

Selepas sehari berkhatan, saya dapati lebam. Along pulak kembung berkilat. Abang tak habis-abis menangis. Risau pun ada. Yelah kita tak ada pengalaman. Bila telefon doktor, rupa-rupanya itu perkara biasa. Kenapa anu Angah lebam? Sebab mungkin masa cucuk bius tu, ada salur darah yang pecah. Along pulak sebab ubat bius mungkin terlebih dan masih ada. Tu yang nampak bengkak. Abang, macam yang saya cerita tadi lah. kes anu "buta". Jadi kepada ibubapa yang ada masalah macam ni, janganlah risau. Ini memang kes biasa.

Alhamdulillah hari ke-4, Angah dan Along dah boleh pakai seluar longgar walaupun clamp masih belum dibuka. Insya Allah hari Ahad ni ke klinik lagi untuk buka clamp. 



No comments:

Post a Comment

Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015