Assalamualaikum
Kali ni kami balik kampung lama sikit. Seminggu. Puas berjalan-jalan dan anak-anak pun puas dapat main bola di padang futsal depan rumah.
Kali ni kami tak balik ke Serting seperti biasa. Kami memilih jalan KL iaitu melalui Karak sebab nak hantar Kak Su (anak saudara) ke UiTM Jengka. Abang Long pun ada sekali ikut. Perjalanan kami balik kampung sekarang dah makin senang dengan adanya Lebuhraya Pantai Timur. Cepat sikit sampai.
Sebenarnya kali ni semua adik-beradik saya dikehendaki balik ke kampung kerana ada urusan tanah arwah ayah. Hari Sabtu malam tu riuh rendahlah rumah mak sebab anak-menantu, cucu-cicit kebanyakannya ada. Bukan senang nak berkumpul macam ni.
* Mok dan anak-anak
* mok dan menantu, cucu menantu
* Ini baru sikit je tau..ramai lagi yang belum masuk gambar
* Si kecik Aryan dan Rayyan
Gambar-gambar di bawah ni menunjukkan kemeriahan keluarga saya. Ada kelompok orang tua, keompok anak-anak dara, kelompok anak-anak kecik dan macam-macam lagi.
Ni pulak team bolasepak Kampung Kubang Bemban. Tak kira masa pergi padang. Tinggal waktu malam je tak pergi. Yang perempuan pun main bola. Bukan apa, tak cukup korum.
No comments:
Post a Comment