Assalamualaikum
Kemudian kami bergerak ke Pasar Besar Siti Khadijah. Lama betul tak datang ke sini.
Seronok betul shopping dan window shoppng di sini. Tak sedar masa berlalu. Tengahari baru balik. Entah bila nak sampai ke sini lagi.
** Semua gambar-gambar ini diambil sebelum banjir besar 2014 melanda bumi Kelantan
Hari Isnin (8/12/14), Abang Long nak balik ke Sabah. Dia mintak Cik Abang hantarkan ke airport Kota Bharu. Pagi-pagi lagi kami dah keluar dari rumah. Sampai Kota Bharu lebih kurang pukul 8 lebih. Memang ngam-ngam je waktu sarapan.
Kami ni tak arif kawasan Kota Bharu ni. Nak makan yang sedap kat mana pun kami tak tahu. Apa lagi, godek-godeklah google. Jumpalah satu kedai yang nampak menarik. Itupun sebab liputan dari Kak Ita Azlita Masam Manis di sini. Dengan pertolongan GPS kami ikut alamat yang diberi oleh Kak Ita. Alhamdulillah sampai jugak.
Sampai-sampai je, tengok pelanggan ramai sangat. Penuh jugaklah meja semua.
Di sini terdapat bermacam-macam jenis nasi yang telah siap dibungkus. Nasi-nasi ni diambil dari orang-orang kampung sekitar. Jadi pilihlah nak makan nasi apa. Kuih-muih pun ada.
Pemilik kopitiam ni seorang Cina tapi pekerja-pekerja di sini semua Melayu dan pengunjung juga kebanyakannya Melayu.
Haa.. inilah roti special yang mesti makan bila sampai ke kedai ni. Namanya roti titab. Roti bakar dengan telur masak separuh dan kaya serepi istimewa di atasnya. Memang sedap.
*Adib pula dengan belum mandi makan apam pelbagai warna. Ladybug pun ada.
* Mok makan pulut dengan ikan masin
* Saya pula memilih nasi dagang dengan ayam
* Cik Abang makan nasi berlauk
*Nak delivery pun boleh
Kemudian kami bergerak ke Pasar Besar Siti Khadijah. Lama betul tak datang ke sini.
* Pelbagai jenama beras Siam. Saya beli beras pulut hitam je
* Siapa kenal, ini apa?
** Semua gambar-gambar ini diambil sebelum banjir besar 2014 melanda bumi Kelantan
No comments:
Post a Comment