Friday, January 23, 2015

Sehari di Kuala Terengganu

Assalamualaikum

Disebabkan kesibukan yang melanda, lama saya tak update blog. Mula-mula fikir malas dah nak layan blog ni tapi fikir lagi sekali yang saya dah mengabdikan macam-macam dalam blog ni, saya gagahkan juga update walaupun tak sekerap dulu. Sekurang-kurangnya blog kesayangan ni tak berkubur begitu saja. 

Kali ni masih lagi cerita lama yang baru nak update iaitu pada 10/12/2014. Selepas melawat Kota Bharu kami berpeluang pula ke Kuala Terengganu. Walaupun saya ni orang Terengganu tapi dah bertahun saya tak ke Kuala Terengganu. Jarak Kuala Terengganu ke Besut lebih kurang 100 kilometer dan memakan masa lebih kurang 1 jam 30 minit. 

Alhamdulillah baru-baru ni kami  balik kampung seminggu. Jadi dapatlah meluangkan masa sehari di Kuala Terengganu. Bawa anak-anak melihat bandar Kuala Terengganu. Mok dan 2 orang anak saudara pun ikut.

Tempat yang pertama kami tuju ialah Pasar Payang. Orang kata kalau ke Kuala Terengganu tak pergi ke Pasar Payang, tak lengkap. Memang best pergi ke situ. Anak-anak pun seronok walaupun hanya pergi ke "pasar".


* Angah dengan "teksi" Terengganu.

 * Banyaknya dodol




 * Kepada penggemar baju kelawar, di sini memang banyak pilihan yang cantik-cantik dan yang pastinya, murah

 * Memborong baju "Terengganu" pula

Selepas makan tengahari, kami ke Taman Tamadun Islam. Dah lama dah berhajat nak datang ke Pulau Wan Man ni tapi biasa balik Terengganu pun sekejap-sekejap je. Memang tak sempat kalau nak datang ke sini sebab mesti habiskan masa seharian di Kuala Terengganu ni.

 * Pintu gerbang ke Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man

 * Solat zohor di Masjid Kristal


Selepas zohor kami menuju ke River Cruise. Kmai ambil tiket pakej untuk menaiki bot dan ke Taman Monumen. Lebih jimat. Seronok anak-anak apabila menaiki River Cruise menyusuri Sungai Terengganu sambil mendengar penerangan dari "brother" pemandu pelancong.

* Harga tiket

* Bergambar dulu sebelum menyusuri sungai





* Masjid Kristal dan gambar-gambar di atas ni diambil sepanjang perjalanan menyusuri Sungai Terengganu.


Selepas tu menjelajah pula ke serata "dunia" untuk melihat keindahan masjid. Kami ke Taman Monumen ni yang menempatkan 23 buah monumen Islam seluruh dunia. Taman ni luas dan untuk melihat semua sekali monumen ni memang penat berjalan tapi ada disediakan basikal, buggy dan juga tram tapi bukan percuma ye. Kalau tak silap saya bggy yang ada tiga tempat duduk tu sewa rm45 sejam. Kami tak sewa pun. Ajak je budak-budak ni jalan. Yang kesiannya Mok. Terpaksa jalan banyak tapi nasib baik Mok saya ni masih kuat lagi berjalan.


 * Ihsan google

* Ihsan google

Penegmbaraan kami bermula. Menjelajah ke setiap negara :). Kali ni saya tak upload semua gambar monumen sebab banyak sangat. Ambil yang comel-comel je ...










Lepas penat berjalan, upah mereka dengan ais krim. Lagipun masa ni memang panas. Merah padam muka budak-budak ni. Kesian pun ada. Petang baru keluar dari taman. Malam pula baru sampai rumah. Tak tahulah bila lagi nak sampai Kuala Terengganu lagi..


No comments:

Post a Comment

Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015