Assalamualaikum
PADANG KOTA LAMA ( TENGAHARI 7/2/2016)
Sebelum meneruskan misi, kenalah isi perut dulu. Anak-anak dah bising kelaparan. Kami ke Padang Kota Lama untuk makan tengahari. Kebetulan Na telefon dan beritahu mereka semua pun ada di Padang Kota Lama. Jadi dapatlah kami makan bersama-sama.
Semasa mencari mural ni, Adib dan Abang tidurj jadi Cik Abang terpaksa berpusing-pusing mencari parkir yang dekat dengan mural. Kami bergilir-gilir tunggu dalam kereta.
Artdi bawah ni diperbuat dari besi. Kemudian dibentuk menjadi karektor-karektor kartun. Banyak lagi art macam ni tapi dah penat dah
Oklah. Jumpa lagi di entri yang lain
PADANG KOTA LAMA ( TENGAHARI 7/2/2016)
Sebelum meneruskan misi, kenalah isi perut dulu. Anak-anak dah bising kelaparan. Kami ke Padang Kota Lama untuk makan tengahari. Kebetulan Na telefon dan beritahu mereka semua pun ada di Padang Kota Lama. Jadi dapatlah kami makan bersama-sama.
Di sini macam-macam ada. Ada pasembur, laksa, yong tau foo, ABC, cendol, nasi ayamdan juga masakan panas. Order saja, nanti bila dah siap, akan dihantar ke meja anda. Kemudian baru bayar.
* Gambar ihsan Zamri: Makan kerang bakar
* Gambar ihsan Zamri: dah habis makan dah
* Kuat betul angin
* Apalah yang dibualkan Adib dan Rayyan tu
*Mok, sulung dan bongsu
* Gambar ihsan Zamri : Sebelum berpisah
Lepas makan dan solat zohor, kami berpisah di sini je. Mereka nak ke Bukit Bendera dan kami ada misi yang belum selesai..hahaha
MISI MENCARI MURAL STREET ART
Kalau datang ke Penang ni mesti bergambar dengan mural street art. Murl dah terkenal sampai ke negara luar tau!. Jadi kita rakyat Malaysia ni patut bangga dan menyokong serta mempromosikannya.
Mural ni bukan terletak setempat tau. Lagi pulak ianya berada di lorong-lorong kecil. Kami pun taklah jumpa semua mural yang ada. Cuma yang popular saja.
* Mural ni satu jalan dengan Muzium kamera
Semasa mencari mural ni, Adib dan Abang tidurj jadi Cik Abang terpaksa berpusing-pusing mencari parkir yang dekat dengan mural. Kami bergilir-gilir tunggu dalam kereta.
* Ni mural yang paling popular
* " Haa, nak ambik apa tu?"
* " Nak ambik jugak"
* " Boleh tumpang?"
*" Orang dah bagi tumpang, sombong pulak"
* " Janganlah laju sangat"
Artdi bawah ni diperbuat dari besi. Kemudian dibentuk menjadi karektor-karektor kartun. Banyak lagi art macam ni tapi dah penat dah
* 2 Art besi di atas ni kami jumpa masa nak ke muzium kamera. Jalan yang sama.
Kalau tak nak jalan kaki, boleh naik basikal atau beca. Banyak disediakan basikal sewa semata-mata nak mencari mural art ni yang ada dimerata Georgetown ni.
No comments:
Post a Comment