Assalamualaikum
Kalau pergi ramai-ramai ke sini memang best. Lebih-lebih lagi kalau ada yang jenis kepala gila-gila dan kreatif macam mana nak ambik gambar. Kalau tak ada idea pun jangan risau sebab di sebelah art tu ada disediakan tip-tip macam mana nak bergambar dengan art tu.
Oklah berhenti sini duluah. Jumpa lagi lain kali.
Di Penang hari tu memang nak bawa anak-anak ke 3D Trick Art Museum di sana tapi tutup pulak hari tu. Yelah masa kami ke sana tu cuti Tahun Baru Cina. Angah lah yang kecewa sekali bila tahu muzium tu tutup. Jadi hari Rabu lepas (10/2/2016) Cik Abang bawak kami ke 3D Art Gallery di Port Dickson. Dekat je dengan rumah kami. Setengah jam je.
Alamat:
No 38-40, Jalan DS 2/1, Bandar Dataran Segar, Lukut,
71010 Port Dickson, Negeri Sembilan
Telefon:
+606-651 5400
Masa operasi:
Isnin - Jumaat 11am-11pm
Sabtu & Ahad 10am-11pm
Kalau nak datang sini, saya sarankan datanglah awal-awal. Taklah nanti panjang beratur nak beli tiket dan juga beratur tunggu giliran nak bergambar. Kalau orang ramai memang susah nak dapatkan gambar yang cantik. Susah nak dapat "angle" yang betul. Dan yang paling penting "feel" dan juga "mood".
Masa kami pergi hari tu, kami semua dikehendaki buka kasut dan berkaki ayam. Bayar RM2 untuk simpn kasut dalam loker berkunci. Kalau boleh pakailah stokin sebab nanti sejuk kaki berjalan atas lantai simen.
* Galeri ni ada 3 tingkat
* Nak datang sini jangan lupa Mykad dan juga Mykid anak-anak ya. Jimat sikit bayar tiket
Dalam galeri ni ada 50 3D art yang menarik tapi tak ambik gambar di semua art tu sebab ada yang tak sesuai juga. Di bawah ni aksi-aksi kami di galeri hari tu. Layan gambar jelah ye :)
* Semua nak selamatkan Adik
* " Cepat dik masukkan duit dalam beg ibu ni"
* " hmmm..apa yang ada dalam perut dia ni ah?"
Oklah berhenti sini duluah. Jumpa lagi lain kali.
Wow! bestnya....,tq ati bg info,....pandai budak2 ni bergaya...lain kali akak g tempt ni nnt
ReplyDeleteAssalamualaikum Kak Zana. Bawak budak2 bestlah Kak Zana. Anank sy Angah tu suka sangat beraksi. Macam2 Abah dia suruh dia buat. Ada tu kena buat banyak "take" utk dapatkan gambar yang cantik...hehehe
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete