Assalamualaikum
Selepas penat mencari Street Art ( cuti-cuti Penang bhg 4), kami plan nak ke Toys Museum yang terletak di Tanjung Bungah pulak. Sampai separuh jalan, Cik Abang rasa penat sangat. Tak larat katanya nak teruskan perjalanan. Jadi kami ambilkeputusan balik hotel je. Berehat dulu. Yelah asyik berjalan je, tak cukup rehat.
Usai solat asar dan rehatkan badan sekejap, bawa anak-anak mandi kolam. Kolam hotel ni taklahbesar sangat. Ada 2 kolam berlainan kedalaman.Adib dan Amni mandi di kolam yang cetek je.
Selepas penat mencari Street Art ( cuti-cuti Penang bhg 4), kami plan nak ke Toys Museum yang terletak di Tanjung Bungah pulak. Sampai separuh jalan, Cik Abang rasa penat sangat. Tak larat katanya nak teruskan perjalanan. Jadi kami ambilkeputusan balik hotel je. Berehat dulu. Yelah asyik berjalan je, tak cukup rehat.
Usai solat asar dan rehatkan badan sekejap, bawa anak-anak mandi kolam. Kolam hotel ni taklahbesar sangat. Ada 2 kolam berlainan kedalaman.Adib dan Amni mandi di kolam yang cetek je.
* Kolam ni air dia takat paha Amni je.
* Yang 2 orang ni bolehlah bergurau-gurau di kolam ni
Dah bosan mandi kolam, nak pergi main pasir pulak. Alhamdulillah hotel ni dekat dengan pantai. Bolehlah kalau nak mandi laut tapi Cik Abang tak benarkan anak-anak mandi laut. Bahaya katanya. Setakat basuh-basuh kaki di gigi air tu bolehlah
* "Pengawal pantai"...hehehe
* Cari kulit kerang
* Main pasir jelah yang boleh
* Sambil memantau anak-anak
Sebelum naik ke bilik, sempat lagi anak-anak mandi kolam se"round" lagi. Sampai terketar-ketar kesejukan sebab angin kuat jugak. Dah dekat maghrib baru naik bilik.
PASAR MALAM BATU FERINGGI
Lepas maghrib, misi mencari makan malam dan melawat Pasar Malam Batu Feringgi. Cik Abang dan servey siap-siap dah tempat makan yang sedap. Malam ni kami nak makan laksa dan char kuey teow. Yelah kalau ke Penang tak makan laksa Penang tak sahlah kan.
Malam tu saya susah nak buat keputusan. Nak makan laksa ke nak makan char kuey teow. Mmmm..akhirnya saya pilih laksa Penang. Cik Abang pulak pilih char juey teow :-)
* Kami makan di kedai ni. Mady Penang char kuey teow
* Kedai laksa ni bersebelahan dengan kedai Mady tadi
+ Adib pulak nak makan satay
* Sabar menanti
* Adib baru bangun tido
* Laksa dah sampai. Jujurnya bagi saya, laksa ni tidak menepati selera saya. Mungkin rasanya yang manis. Kuahnya pun terlalu pekat
* Satay pun terlalu manis sehingga "hilang " rasa satay
*Nasi goreng cina Angah.
* Nasi goreng udang
* Char kuey teow Cik Abang. Rasa dia memang power. Menyesal pulak tak order char kuey teow ni. Sempat ngelat Cik Abang punya je sikit
Dah sudah makan tu barulh ada tenaga nak berjalan di pasar malam. Masar malam ni tak jauh pun dari tempat kami makan tadi. Jalan kaki je. Malam tu banyak kedai tutup. Mungkin nak Tahun Baru Cina kot. Tak semeriah biasa kata Cik Abang.
* Belek baju "Penang"
* Bolehlah beli ni untuk Mak
Bila dah berjalan tak sedar pulak dah jauh dari kereta. Sambil nak hiburkan aak, Cik Abang buat keputusan balik ke kereta dengan beca. Yang paling seronok naik beca ni ialah Adib. Tak habis-habis ketawa dan senyum sepanjang naik beca. RM 20 per trip untuk sebuah beca. Jadi kami perlukan 2 buah beca untuk kami sekeluarga.
Kagum dengan abang-abang yang bawak beca ni. Mereka bawak beca ni sebagai kerja sambilan je. Siang mereka kerja, malam pula bawak beca. Kadang-kadang sehingga pukul 12 malam. Satu lagi mereka ni kuat betul dapat kayuh beca tu. Bayangkan kami naik satu beca 3 orang. Mmm..berat tu.
* Demi sesuap nasi
Dah, jom balik hotel dan berehat :-)
No comments:
Post a Comment