100 yen disebut hyaku yen merupakan sekeping syiling yang lebih kurang sama saiz dengan 50 sen duit Malaysia. Sekarang 100 yen bersamaan dengan RM3.30. Kalau di sini dengan 100 yen kita dapat membeli sebotol air mineral di vending machine. Tapi jika di Malaysia takkanlah sebotol air mineral berharga RM3.30. Begitulah saya membandingkan kuasa beli di Jepun ini.
Walaupun Tokyo merupakan bandaraya termahal di dunia, kita masih boleh membeli barang yang murah seperti alatulis, barang keperluan dapur, bilik mandi , barang keperluan menjahit dan macam-macam lagi di 100 yen shop. Walaupun begitu selepas 5% cukai dikenakan maka setiap barang berharga 105 yen.
Terdapat beribu rangkaian kedai 100 yen di Jepun dan syarikat yang paling besar ialah Daiso. Yang lain-lain seperti Seria, Can Do dan beberapa nama yang rangkaiannya tidak berapa meluas.
*Daiso Diver City, Odaiba
*Makanan ringan
Banyak lagi barang-barang yang menarik di Daiso ni tapi biasalah kalau curi-curi ambil gambar. Lepas tu jom kita tengok apa yang ada di Seria pulak.
*Alatulis
*Peralatan menjahit
*Berkebun?
*Keperluan surirumah dan ibu-ibu
* Baking area
*Pinggang mangkuk plastik
*Alat solek pun ada
Saya dan suami memang suka beli belah di 100 yen shop ni. Saya lebih suka Daiso, Odaiba dan suami pula Seria, Odaiba. Jadi dua-dua kami pergi. Bagi adil. Walaupun tak membeli, cukuplah jamu mata saja. Barang-barang yang comel dan berwarna-warni bagaikan terapi.
Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya noriatisaud@gmail.com
Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love
Sehingga berjumpa lagi. Wassalam.
cu.. kat kl pon dah banyak daiso n kedai jepon ni.. macam konsep kedai rm2.. heheh.. tp ada gak barang yg mahal.
ReplyDeleteyup konsep kedai rm2 tp kat 100 yen shop ni brg dio x lah lekeh sgt...ado tu napok mcm mahal je...kena pandai tgk la...yg bestnya rasa mcm rm1 je
ReplyDelete