Semalam (Jumaat, 25.10.203) saya mengikut suami dan anak-anak ke pusat permainan di Odaiba. Biasanya saya tidak mengikut mereka kerana mereka akan berada di sana sehari suntuk. Round 1 tu pula bukanlah tempat yang sesuai untuk orang yang seusia saya ni. Semalam suami mita saya ikut sekali sebab nanti tinggal saya dan Adib je di rumah seharian. Saya akur kerana kesiankan Adib yang tidak ada kawan di rumah.
Dipendekkan cerita kami berada di Round 1 Spo-cha tu selama lebih 5 jam iaitu dari pukul 12 tengahri sehingga 5.45 petang. Anak-anak semua suka bila dibawa ke sini. Dapat main game puas-puas. Game yang biasa dimainkan menggunakan token boleh dimainkan percuma selama mana yang kita mahu. Cuma bayar sahaja harga tiket masuk dan pilihlah permainan.
Harga tiket;
Free time - maknanya kita boleh berada di dalam spo-cha tu selama mana yang kita mahu dari pukul 10
pagi-12 tengah malam. Tiket free time ni hanya boleh dibeli pada hari bekerja sahaja.
- dewasa : 2180 yen, kanak-kanak sekolah : 2780 yen, kanak-kanak ( 2 tahun-6 tahun) : 680 yen
Saya dan Adib memilih pakej tiket: 3 jam pertama : 1000 yen dan tambahan 100 yen untuk setiap 15 minit kerana saya masuk ke ruang permainan lambat sedikit.
Ditingkat atas ni lebih kepada kanak-kanak kecil. Juga ditempatkan mesin urut dan buku-buku manga. Sambil-sambil melayan anak-anak bermain ibubapa boleh membaca manga sambil diurut.
Ditingkat bawah terdapat lebih banyak game dan jugak mini sport
Bahagian mini sport
* bola sepak
*Bola keranjang
*Lumba motor
*Aiman sedang batting, baseball
*Akmal bersedia untuk batting
*Bola keranjang
*Dart
*Ping pong
Karaoke pun ada. Kami solat dan makan (seludup makan) di dalam bilik karaoke ni. Semua nak menyanyi walaupun tak reti.
Kalau ikutkan anak-anak, duduk sehari suntuk di sini pun tak apa. Tak puas-puas mereka bermain kerana terdapat banyak pilihan permainan. Kita yang menunggu ni pula yang rasa bosan.
*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love
Sehingga bertemu lagi. Wassalam.
No comments:
Post a Comment