Sunday, October 20, 2013

Resepi "YFC"

Assalamualaikum


"YFC" = Yatie Fried Chicken. Aiman yang beri nama tu. Aiman suka semua menu ayam lebih-lebih lagi kalau ayam goreng. Sejak kami berada di Tokyo menu YFC ni memang popular di rumah. Tak dapat makan KFC, YFC pun bolehlah. Aiman kata YFC ibu 5 bintang. Tak kisahlah berapa bintang pun yang penting anak-anak suka.

Resepi YFC
Oleh: Noriati Saud

Bahan-bahan

6 ketul ayam 
1 cawan tepung gandum*
1 sk serbuk kunyit*
1 sk serbuk kari*
1/2 sk lada sulah*
sedikit garam*
1 biji telur
Minyak untuk menggoreng

Cara penyediaan
  1. Lumurkan ayam dengan garam halus dan perap selama 15 minit
  2. Satukan bahan bertanda * dalam satu bekas yang berpenutup
  3. Pecahkan telur dan kacau-kacau sebelum dimasukkan ke dalam bekas perapan ayam tadi.
  4. Kacau rata
  5. Masukkan beberapa ketul ayam ke dalam bekas tepung
  6. Tutup dan goncang-goncangkan biar tepung serasi dengan ayam
  7. Goreng dalam minyak yang panas sehingga garing kekuningan.

Selamat mencuba. Bila dah cuba bolehlah letak nama sempena nama sendiri. Semangat sikit nak masak bila ada masakan yang guna nama kita.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya noriatisaud@gmail.com


Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga berjumpa lagi. Wassalam.



No comments:

Post a Comment

Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015