Friday, October 18, 2013

Persahabatan terjalin

Assalamualaikum

     *Bergambar di depan Pine Crest Court 1st

Jumaat lepas kami  menerima kunjungan Ijo dan Lisa sekeluarga. Ijo merupakan kawan kepada suami saya yang telah menamatkan pengajian Ph.D nya. Mereka sekeluarga dari Iwate. Oleh kerana Ijo telah menamatkan pengajiannya dan mahu kembali ke tanahair dan  mempunyai urusan di kedutaan di Shibuya maka mereka sekeluarga ke rumah kami di Tokyo.

Walaupun pertama kali berjumpa, anak-anak cepat mesra. Kebetulan anak mereka yang sulung, Iman sebaya dengan Akmal dan  yang kedua, Irmi pula sebaya dengan Amni. Apalagi riuh rendah rumah dibuatnya. Amni pula ada teman berborak dalam bahasa Jepun. Selama ini saya jarang dengar dia bercakap dalam bahasa Jepun. Mungkin disebabkan tidak ada orang yang boleh dia lawan bercakap.

                                          *Bermain LEGO sambil "berlakon" dalam bahasa Jepun

Akmal dan Iman pula mempunya perangai yang sama. Maka tidak hairanlah mereka macam belangkas. Mungkin disebabkan perangai mereka samalah mereka cepat mesra. 

                                         *Main Nintendo Wii bersama

Cepat sangat masa berlalu. Semalam 17.10.2013 mereka telah kembali ke tanahair. InsyaAllah kami akan berjumpa lagi memandangkan mereka sekelurga tinggl di Nilai. Nilai dan Seremban 2 dekat saja. Mudah-mudahan persahabatan yang terjalin akan kekal selamanya.

                                          *Dah nak balik. Adib tidak ada dalam gambar

                                         *Lisa dan saya bersama anak-anak

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya noriatisaud@gmail.com

Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga berjumpa lagi. Wassalam.



No comments:

Post a Comment

Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015