Thursday, December 19, 2013

Basikal di Jepun

Assalamualaikum

                              Photo-0056

Kalau kita bertanya sesiapa saja samada tahu berbasikal atau tidak, pasti jawapannya ialah tahu. Sejak kecil lagi kita sudah berlajar berbasikal. Saya percaya setiap rumah yang ada anak kecil mesti ada basikal. Kanak-kana memang suka naik basikal. Tapi bila dan menginjak dewasa basikal akan diganti pula denga motorsikal.

Lain pula di Jepun. Basikal merupakan  pengangkutan yang penting. Boleh dikatakan setiap rumah mempunyai 3 hingga 4 buah basikal. Basikal bukan saja digunakan oleh kanak-kanak malah semua lapisan masyarakat. Tak kiralah pemuda macho dengan tali leher dan kot, wanita muda dengan kasut tumit tinggi dan berkacamata hitam, surirumah yang mengendong anak atau kanak-kanak sekolah. Mereka semua tidak sedikit pun berasa kekok dan malu apabila berbasikal.

                                                        *Basikal ini boleh membawa 2 orang anak dalam satu masa

                                                         *Surirumah menghantar anak ke sekoloah menggunakan basikal

Mereka memilih berbasikal kerana beberapa faktor;
  1. Parking kereta yang terhad dan mahal
  2. Harga petrol yang mahal
  3. Demi menjaga kesihatan
  4. Demi menjaga alam sekitar
  5. Terdapat jalan-jalan yang sempit yang sukar dilalui oleh kereta -sesetengah tempat sahaja
Kalau nak tahu di Jepun ni kalau kita beli basikal, perkara pertama yang perlu kita buat adalah mendaftarkan basikal tersebut. Itu menunjukkan basikal juga sama penting dengan motorsikal dan juga kereta. Saya mengetahuinya apabila suami saya berniat untuk megambil 2 buah basikal Chevrolet yang terbiar dikawasan apartment kami. Pihak pengurusan apartment mengatakan bahawa jika ingin mengambilnya perlu melalui beberapa prosedur memandangkan basikal tersebut didaftarkan atas nama seseorang. Mendengarnya suami saya langsung membatalkan niat utnuk mendapatkan basikal tersebut.

Demi menjaga keselamatan anak-anak semasa menaiki basikal, mereka dikehendaki memakai topi keledar dan juga tali pinggang keledar (sebagai pembonceng). Mereka semua telah dilatih sejak kecil supaya mematuhi peraturan tersebut. Selama 2 tahun lebih saya di Jepun ni belum pernah saya melihat kanak-kanak berbasikal tanpa memakai topi keledar. 

                                          *Topi keledar disediakan semasa menyewa basikal di taman

Terdapat banyak kemudahan meletakkan basikal disediakan oleh pihak berwajib lebih-lebih lagi berdekatan dengan stesen keretapi. Ia dapat memudah dan menggalakkan rakyat berbasikal ke tempat kerja. Sedikit sebanyak dapat mengurangkan kesesakan lalulintas.



Terdapat bermacam-macam jenama basikal yang tidak sinonim dengan basikal Panasonic, Bridgestone, Chevrolet, Lamboghini dan macam-macam lagi. Kalau tanya bab harga pula, memang harga basikal di Jepun ni agak mahal walaupun basikal untuk kanak-kanak. Dari 10k yen sehingga 50k yen iaitu dari RM 300 - RM1500.



Di sini, pejalan kaki dan penunggang basikal akan diberi keutamaan oleh pemandu kereta. Jadi memang selamat kalau kita menunggang basikal. Dengan cuaca yang tidak panas juga menjadi faktor berbasikal sesuai di Jepun. Berbeza dengan negara kita. Kenderaan yang dipandu laju yang langsung tidak mementingkan pengguna jalanraya yang lain membuatkan kita gerun untuk berbasikal di jalanraya walaupun di kampung. Tambahan pula dengan cuaca yang panas terik.


******************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love



No comments:

Post a Comment

Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015