Sunday, December 29, 2013

Yuzawa Park Hotel

Assalamualaikum

Sudah seminggu blog ini saya tinggalkan. Mohon maaf kepada semua pembaca blog ini. Sekembalinya kami dari bercuti, macam-macam kerja harus diselesaikan. Membasuh baju yang menimbun, mengemas dan keluar membeli barang-barang keperluan rumah. Alhamdulillah hari ini baru sempat kemaskini blog kesayangan ini.

Selama 3 hari 2 malam kami ke Echigo Yuzawa lagi sekali untuk bercuti musim sejuk. Kali ini suami memilih Yuzawa Park Hotel sebagai tempat penginapan kami sekeluarga. Kenapa kami memilih Yuzawa Park Hotel dan Echigo Yuzawa? Suami saya telah membuat survey  beberapa tempat dan hotel, dan  mendapati Yuzawa Park Hotel di Echigo Yuzawa yang paling murah. Tambahan pula di hotel ini ada kemudahan bermain ski.


Suami saya telah mendapatkan pakej pelancongan ini dari syarikat keretapi Jepun iaitu  East JR Company's travel. Pakej ini meliputi tiket shinkansen pergi dan balik dari stesen Tokyo ke stesen Echigo Yuzawa, penginapan 3 hari 2 malam beserta makan malam dan sarapan pagi dan juga kupon untuk bermain ski. Kupon-kupon itu boleh ditukarkan untuk menyewa pakaian dan alatan ski, untuk dapatkan satu tempat untuk meluncur dan juga tiket-tiket untuk naik lif menuju ke tempat tinggi (untuk bermain ski). Semua pakej berharga 86000 yen iaitu bersamaan dengan RM 2580. Harga ini jauh lebih murah dan berbaloi berbanding dengan tanpa pakej. 

Lobi hotel juga luas dan banyak sofa disediakan.

                                          *front desk


                                          * restoran

                               * pendiang /pemanas


                                          *mesin air panas dan sejuk (berapa banyak duit abah yang habis di sini)

                                         *kedai serbaneka dan omiyage (cenderahati)

                                         *Tempat menyewa pakaian dan peralatan ski dan snowboard

Jika anda ke hotel ini dan tidak berniat untuk bermain ski dan snowboard, anda haruslah membawa boot salji sendiri kerana di sini hanya menyediakan boot ski dan snowboard sahaja. Suami saya terpaksa mencari boot salji untuk saya di beberapa buah kedai sewa di sekitar hotel. Nasib baik dapat sepasang. 

Makanan yang disediakan juga sedap dan pelbagai. Menu yang disediakan juga sentiasa ditukar, maknanya menu makan malam ini tidak sama dengan menu semalam. Begitu juga dengan menu sarapan. Anak-anak juga enjoy makan.




Bilik yang luas dan selesa amat sesuai jika mempunyai kelurga yang besar seperti saya. Terdapat 2 katil bujang dan juga 4 tilam dan futon. Tingkap pula mengadap kawasan ski. Seronok menikmati keindahan alam yang serba putih. SubhaanAllah. Kagum dan insaf dengan kejadian Allah.




                                         *Pemandangan dari tingkap bilik

Secara keseluruhannya kami berpuas hati dengan hotel ini. Alhamdulillah percutian kali ini berjalan lancar dan semua orang gembira. Kami beri 4 1/2 bintang ( dari 5 bintang).


******************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love


No comments:

Post a Comment

Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015