Jika sekali imbas kita tidak dapat membeza kan antara kek cawan dan muffin ni. Kedua-duanya dibakar di dalam cawan kertas kecil. Masa saya baru belajar masak muffin pun saya keliru. Kalau cari-cari resepi di internet ada resepi kek cawan dan ada resepi muffin. Bila dah masak sendiri barulah tahu perbezaan antara kedua jenis kek ni. Jadi hari ini saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang perbezaan antara keduanya.
Kek cawan
******************************************************
- Biasanya kek cawan mempunyai hiasan aising di atasnya
- Permukaan kek cawan datar dan tidak merekah membolehkan kita menghias di atas kek
- Sama dengan cara dan bahan-bahan membuat kek iaitu dengan memukul bahan-bahan dengan menggunakan mixer
- Tekstur kek yang lebih lembut, gebu dan lembab
- Memerlukan suhu sekitar 180 darjah (20-25 minit) untuk membakar kek
- Biasanya kita boleh lihat kek cawan di majlis harijadi atau perkahwinan
- Kesimpulan: kek cawan = kek
Muffin
- Permukaan muffin lebih tinggi menggunung dan merekah
- Penyediaan muffin lebih senang iaitu mencampurkan bahan kering dan basah dengan hanya menggunakan senduk. Tidak perlu menggunakan mixer
- Masa menggaul bahan juga tidak perlu lama. Cukup sekadar 3-4 kali kaup balik
- Tekstur muffin lebih kasar dan berketul-ketul
- Memerlukan suhu yang lebih tinggi untuk membakar 180-200 darjah (20-25 minit)
- Sesuai dimakan pagi atau petang
- Kesimpulan : muffin seakan roti
Gambar: sumber google
*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love
No comments:
Post a Comment