Saya rasa ramai yang tahu masak daging goreng kunyit ni. Resepi ni sangat glamour semasa Hari Raya Korban. Resepi yang senang dan ringkas tetapi sedap. Resepi yang senang dan sedap memang menjadi pilihan surirumah macam saya ni. Yang nak cepat siap dan cepat makan. Makan pula dengan nasi panas-panas dan telur dadar serta sup sayur. Memang ngam.
Resepi daging goreng kunyit
Oleh: Noriati Saud
Bahan-bahan
- 250g daging
- garam
- serbuk kunyit
- 1/2 labu bawang besar - potong nipis
- 3 ulas bawang putih - dimayang
- 2 biji cili merah
- 2 sb minyak masak
Cara penyediaan
- Gaulkan daging dengan garam dan serbuk kunyit
- Masukkan dalam kuali. Masukkan sedikit air. Tutup kuali
- Sekali sekala kacau daging
- Apabila daging empuk dan air telah kering, masukkan minyak masak
- Goreng seketika sehingga daging sedikit garing
- Masukkan bawang putih, bawang merah dan cili merah
- Gaul sehingga bawang dan cili layu. Siap
Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.
******************************************************
*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love
Terima kasih untuk resipi ni..saya nak cuba resipi ni untuk menu dinner malam ni..
ReplyDeleteresepi yang simple dan senang..selamat mencuba
ReplyDeletesaya dah cuba dah resipi ni..tapi saya makan cicah dengan kicap,hehehe...sedap
ReplyDeletekalau nak resipi kek lapis tembikai,leh tengok kat blog saya ;http://nurbalqisqahira.blogspot.com/
terima kasih kerana mencuba resepi ni.. in syaa Allah boleh juga cuba resepi kek tu nanti
ReplyDelete