23-25 Dis 2013 kami sekeluarga ke Echigo Yuzawa lagi sekali untuk bercuti. Seperti yang telah saya ceritakan di entri yang lepas, kali ini kami menginap di Yuzawa Park Hotel yang mana terdapat kemudahan bermain ski.
Dari rumah kami ke Stesen keretapi Tokyo untuk bertolak ke Echigo Yuzawa dengan menaiki shinkansen pada pukul 8.50 pagi. Perjalanan memakan masa lebih kurang 1 jam setengah. Dari stesen Echigo Yuzawa kami menaiki bas lebih kurang 10 minit ke hotel. Oleh sebab check in hotel pada pukul 3 petang, kami bersiap tukar baju untuk bermain salji dulu. Suami, Aiman dan Akmal pula bersiap untuk ski. Saya pula hanya melayan Amni dan Adib bermain-main dengan salji.
Ternyata bermain ski bukan perkara yang senang. Dengan kasut yang keras dan berat, mereka selalu jatuh sebab tidak biasa dan tidak pandai untuk mengimbangkan diri. Aiman pula hampir putus asa kerana asyik terjatuh. Walaubagaimanapun setelah lama berlatih, akhirnya mereka dapat mengawal pergerakan badan. Hasilnya mereka dapat meluncur dan hanya sekali sekala saja jatuh.
Amni dan Adib pula main snow fight dan juga berguling-guling di atas salji. Yelah orang tak pernah jumpa salji. Bila sudah penat meluncur Akmal dan Aiman menyertai adik-adik pula.
Alhamdulillah cuaca hari ini sangat baik. Tidaklah sejuk sangat. Anak-anak puas bermain salji. Pukul 3.30 petng kami naik ke bilik. Masing-masing sudah lapar. Saya ada membawa bekal onigiri salmon (resepi di sini) dan juga roti sandwic tuna. Sekejap saja dah kosong bekas. Bolehlah alas perut sementara menunggu makan malam pada pukul 6 petang nanti.
*Sempat lagi bergambar diluar selepas makan malam..sejuk!!
Hari kedua, salji turun dengan lebat. Suhu sangat sejuk. Pada mulanya saya berniat nak mencuba ski pula hari ini. Tetapi memandangkan salji turun dengan lebat dan permukaan tempat bermain ski diliputi salji tebal. Jadi tidak dapat meluncur dengan lancar. Pada hari ini kami semua tidak dapat meluncur ski.
Kami mengambil keputusan untuk membuat orang salji. Sangat seronok membuat orang salji dengan menggolek-golekkan salji untuk mendapatkan bentuk bulat. Sekejap saja sudah mendapat satu bebola yang besar.
*Orang salji yang kedua
Hari yang ketiga, selepas sarapan dan berkemas kami check out pada pukul 10 pagi. Hari ini cuaca cerah. Sangat sesuai untuk berski. Aiman sedikit kecewa kerana hari terakhir kami di sini, cuaca cerah pula. "Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan", kata saya kepada Aiman. Aiman masih ada satu peluang lagi untuk berski bulan Februari depan. MST ski trip, selama 3 hari 2 malam. In syaa Allah dengan pengalaman berski di sini, Aiman dapat meluncur dengan baik bersama-sama dengan kawan-kawan nanti.
Alhamdulillah percutian yang seronok dan berbaloi.
******************************************************
*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love
No comments:
Post a Comment