Musim sejuk sudah tiba. Suhu sekarang sekitar 5-7 darjah celsius di luar rumah manakala di dalam rumah 16-18 darjah celsius. Sejuk kan. sebab tu lah rasa nak berselimut sepanjang masa. Malas dan tak ada mood nak buat apa-apa. Patutlah haiwan pun berhibernasi di musim sejuk. Memang, di musim sejuk ni tak produktif.
Biasanya di musim sejuk kami akan sentiasa berstokin dan berbaju sejuk. Bagi saya, waktu yang paling mencabar adalah pada waktu subuh. Dengan suhu yang mencecah 3 darjah celsius, kena pula berwuduk. Bukanlah terasa terpaksa untuk berwuduk dan solat, demi menunaikan kewajipan kita kenalah berkorban. Alhamdulillah, nasib baik ada air panas. Sekurang-kurangnya kita dapat merasa bagaimana saudara-saudara kita yang sedang kesejukan di Syria.
Sebab itulah setiap rumah di Jepun ni mempunyai pemanas rumah dan macam-macam pemanas lagi seperti karpet pemanas, meja pemanas (kotatsu), selimut elektrik dan cadar elektrik. Walaubagaimanapun di rumah kami hanya terdapat pemanas rumah sahaja. Ianya ada di tempatkan di setiap bilik. Alhandulillah di kala terlalu sejuk bolehlah dipasang pemanas. Pemanas di rumah kami menggunakan gas dan elektrik.
*Pemanas dan pendingin hawa di bilik tidur
*Pemanas elektrik untuk memanaskan semasa solat
*Suis dan controller untuk pemanas lantai
Alhamdulillah dengan adanya pemanas ni dapatlah sedikit sebanyak mengurangkan kesejukan kami sekeluarga walaupun ada juga sekali sekala terjaga dari tidur sebab terlampau sejuk.
******************************************************
*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love
No comments:
Post a Comment