Assalamualaikum
Selepas sarapan kami berkemas sebab tengahari ni dah kena check out hotel. Dua buah beg besar kami pos dulu dari hotel. Di sini terdapat kemudahan penghantaran beg. Syarikat penghantaran datang ke hotel untuk mengambil beg- beg dan menghantar ke rumah. Jadi kita tidak perlu bersusah payah membawa beg yang banyak bersama sepanjang perjalanan. Besoknya barulah beg sampai ke rumah.
Pagi tu kami semua sempat lagi turun untuk bermain salji untuk kali terakhir sebelum balik. Hari ini cuaca cerah dan tidak ada salji yang turun. Pengunjung lain pun sudah mula ramai yang datang sebab hari minggu. Suami sempat berpesan kepada anak-anak supaya bermain puas-puas sebab ini mungkin pengalaman pertama dan terakhir kami untuk bermain salji ni.
*my lovely family
*Sempat lagi tidur sementara tunggu shinkansen
*kepenatan + demam belum kebah
*dah nak balik-shinkansen pun dah sampai
Kenangan dan pengalaman sepanjang 3 hari 2 malam di Echigo Yuzawa akan tetap terpatri di dalam ingatan sampai bila-bila. Kalau ada rezeki dan panjang umur ingin sekali lagi merasai pengalaman manis seperti ini. In syaa Allah.
******************************************************
*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love
No comments:
Post a Comment