Salah satu kerja seorang surirumah yang tak pernah habis ialah membasuh, menjemur, melipat dan mengemas baju-baju. Bab membasuh tak susah sebab ada mesin basuh begitu juga bab menjemur sebab rumah kami di Jepun ni disediakan dengan pengering baju atau dryer. Tapi kalau di Malaysia memang penuhlah ampaian. Yang paling penat bila melipat baju. Cuba bayangkan kalau saya mempunyai 4 orang anak yang setiap orang memakai sekurang-kurangnya 4 helai seorang. Ditambah lagi dengan baju ibu dan abah.
Alhamdulillah sekarang saya mula mengajar dan mengajak anak-anak bujang saya melipat baju. Sekurang-kurangnya mereka hendaklah melipat baju masing-masing. Barulah mereka tahu susah dan penatnya melipat baju. Selama ini mereka hanya tahu baju dah siap berlipat dan tersusun dalam almari.
Hari ini saya nak kongsikan cara saya melipat baju anak-anak. Alhamdulillah setakat ini cara ini menyenangkan saya dan anak-anak. Tiada lagi anak-anak menjerit, "Ibu, mana baju Angah", "Ibu, baju ni tak de seluar", "ibu, setokin ni ada sebelah je", dan macam-macam lagi. Akhirnya kita juga yang penat mencari dan yang pasti akan ada perasaan marah di situ.
Tip yang pertama- melipat baju
-Saya akan melipat baju dan seluar bersama-sama. Semasa melipat baju, masukkan sekali seluar yang sepasang dengannya ke dalam baju tersebut. Jadi anak-anak tidak perlu mencari seluar lagi.
Tip yang kedua-melipat stokin
- Gulung kedua-dua (sepasang stokin) dan akhirnya selitkan ke mulut stokin yang bergetah. Gulungan stokin akan kemas walaupun dibaling
Tip yang ketiga - melipat seluar dalam
- Seluar dilipat 3 bahagian ke kiri atau ke kanan kemudian lipat lagi 3 bahagian ke atas dan selitkan ke getah pinggang. Seluar dalam yang sudah dilipat akan kemas walaupun dibaling.
Disarankan agar diasingkan baju-baju malam dan baju-baju siang. In syaa Allah almari baju anak-anak anda akan kelihatan kemas dan memudahkan anak-anak mengambil sendiri baju mereka. Selamat mencuba.
******************************************************
*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love
No comments:
Post a Comment