Assalamualaikum
*Akmal nak buat snow angel
*Hihihi ibu dia pulak yang over
Selepas sarapan kami ke kedai untuk menyewa pakaian. Kami hanya menyewa boot, sarung tangan dan snow cap. Baju dan seluar memang suami dah beli semua. Lebih kurang pukul 9.30 pagi kami turun dan mula memijak di atas salji yang tebal. Anak-anak semua teruja termasuklah ibunya sekali. Ye lah pertama kali memijak salji sampai tenggelam kaki sehingga ke betis. Salji tu terasa sangat gebu dan halus.
*Salji turun agak lebat pagi ni
*Hihihi ibu dia pulak yang over
*Tak boleh meluncur sebab salji tebal
Main tak sampai sejam semua mengadu kesejukkan. Aiman dah menggeletar. Amni menangis sebab sarung tangan tercabut dan tangannya terkena salji. Merah tangan menahan kesakitan. Adib pulak kasut tercabut. Pun menangis. Memang sakit kalau tangan atau kaki terkena salji ni. Boleh kejang dibuatnya. Oleh kerana semua anak dah tak nak main, kami naik ke bilik saja. Biarkan mereka berehat. Adib pun dah tidur.
Saya dan suami berpakat nak turun main salji bila anak-anak tidur. Pesan dengan Aiman dan Akmal supaya tengok-tengokkan adik. Suami tingalkan satu telefon jika ada kecemasan atau adik menangis. Jadi puaslah saya berdua je dengan suami bermain salji pagi tu. Tapi kalau ada anak-anak lagi seronok.
Dah puas main salji berdua, kami masuk ke bilik dan mendapati semua anak masih tidur. Alhamdulillah, ingatkan Adib dah menangis bila dapati ibu tak ada, rupa-rupanya masih sedap tidur. Usai makan tengahari, sekali lagi kami semua turun main salji. Kali ini anak-anak lebih bersemangat. Perut dah kenyang dan tenaga pun dah recharge.
Setelah seharian bermain dengan salji, anak-anak dah mula boleh biasakan diri dengan kesejukkan. Suami saya pula pada petang itu menukar pakaian yang disewa kepada pakaian yang lebih sesuai. Boot dan sarung tangan yang lebih tahan sejuk. Jadi dapatlah anak-anak bermain dengan lebih selesa.
******************************************************
*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love
No comments:
Post a Comment