Berada di perantauan lebih-lebih lagi di negara bukan Islam bukanlah senang. Semua yang berkaitan dengan agama Islam, 100% terletak di bahu ibubapa. Kalau kat Malaysia boleh belajar di sekolah, pusat tusyen ada, ustaz pun ramai.
Di sini, anak-anak terdedah dengan perkara-perkara yang boleh memesongkan akidah mereka. Macam di Montessori School of Tokyo (MST), sekolah Aiman dan Akmal mengajar manusia berasal dari monyet (Teori Darwin). Ada lagi, alam terjadi dengan sendirinya. Dan yang terbaru Akmal ceritakan kepada saya yang cikgu kelasnya mengatakan boleh kahwin sesama jenis. Astaghfirullaahal a'zim.
Nasib baiklah Aiman dan Akmal suka bercerita dan bertanya kita bila dia balik dari sekolah. Kalau ada fakta yang tak betul saya dan suami betulkan dan cuba terangkan perkara sebenar. Alhamdulillah mereka cepat faham dan boleh terima penerangan yang kami berikan.
Di samping itu kami terapkan supaya tidak meninggalkan solat 5 waktu lebih-lagi sekarang Aiman dah 10 tahun. Alhamdulillah Adib juga turut sama solat kalau dia tengok abang-abangnya solat. Saya pula akan mengajar mengaji setiap hari selepas maghrib.
Sejak beberapa minggu lepas kami sekeluarga mengamalkan solat berjemaah maghrib dan isyak setiap hari Sabtu dan Ahad. Sementara menuggu solat Isyak, abahnya akan memberi tazkirah ringkas kepada saya, isterinya dan anak-anak. Kadang-kadang anak-anak akan mengaji dengan abahnya masa ni untuk tujuan memantau perkembangan anak-anak serta menunjukkan tanggungjawab seorang ketua keluarga.
InsyaAllah kami tidak akan mengabaikan tanggungjawab memberi ilmu agama kepada anak-anak. Walaupun mungkin tak sebanyak orang lain tapi kami akan cuba sekadar termampu. Semoga kami sekelurga dilimpahi kurniaNya di Bumi Jepun ini.Amiin.
Wassalam dan jumpa lagi.
syabas kak, walau di mana kita berada sematkan nilai Islam di dalam hati anak-anak :)
ReplyDeleteAnak-anak harapan agama, bangsa dan negara. Didik mereka sebaiknya
DeleteBetul3x...
Delete