Semalam kami ke Tokyo Skytree lagi tapi tak lah naik menara cuma berjalan-jalan di sekitarnya sahaja. Saja nak menikmati panorama Skytree pada waktu malam. Dengan angin sepoi-sepoi bahasa, sangat nyaman.
Susah nak ambik gambar sekeluarga berlatar belakangkan Skytree sebab tinggi sangat. Di tambah pula dengan gelap malam, jadi cahaya tidak mencukupi. Untuk mendapatkan gambar yang cantik, terpaksalah kami semua "pegun" lebih lama.
Bulan Ogos yang lepas kami semua dah ke Tokyo Skytree (entri di sini).
Sambil-sambil tu bolehlah cuci mata dengan Japanese Cotton: https://www.facebook.com/Frm.Jpn.With.Love
Jika ada kemusykilan boleh email : noriatisaud@gmail.com
Jumpa lagi.
Cantik....
ReplyDeletememang cantik dengan lampu-lampu...
ReplyDelete