Alhamdulillah telah berjaya menyiapkan tempahan dari seorang pelanggan. Beliau menempah sebuah beg serbaguna (multipurpose bag) dan sebuah beg jerut (drawstring bag). Beg serbaguna boleh dijadikan beg bayi (diaper bag), beg untuk cikgu letak buku-buku atau boleh juga digunakan untuk meletakkan baju ketika bermalam di luar. Beg jerut pula boleh dijadikan beg untuk meletakkan alat make-up, boleh isi telekung solat dan sebagainya.
Beg serbaguna
Saiz : 40cm (pjg) x 27cm(tinggi) x 12cm (tapak)
Panjang tali: 45cm
*saya memilih corak strawberry
*Terdapat 6 poket di dalam
*Dengan butang magnetik
Beg jerut (drawstring bag)
saiz: 28 cm (pjg) x 22cm (tinggi) x 7cm (tapak)
panjang tali : 40cm
* Beg jerut, juga dengan motif strawberry
* Terdapat satu poket di dalam beg
*Beg sebelum dijerut
*Manik dijadikan penyeri pada tali beg
Jika berminat untuk menempah beg bolehlah email kepada noriatisaud@gmail.com. Terdapat pilihan kain yang boleh dipilih untuk dijadikan beg di sini. Sambil-sambil bolehlah cuci mata.
Ok, jumpa lagi.
No comments:
Post a Comment