Thursday, September 19, 2013

Playdate

Assalamualaikum

                                         * Anak-anak bersama rakan-rakan

Playdate - satu istilah yang saya mula kenal masa anak-anak mula bersekolah di sekolah antarabangsa. Mungkin bagi orang lain dah biasa dengar tapi tidak bagi saya. Pernah Akmal dan Aiman suatu ketika dulu meminta izin dari saya untuk playdate bersama rakan sekolah dan saya tak faham apa maksud mereka. Puaslah mereka menerangkan kepada saya.

Playdate adalah satu hari atau masa yang ditetapkan dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak (anak-anak dan ibubapa) untuk bermain di rumah kawan. Biasanya terdapat timbal balik. Sebagai contoh, jika hari ini terdapat kawan datang bermain di rumah kita, mungkin esok atau minggu depan kita pula ke rumah kawan itu untuk bermain.

Saya tak berapa pasti jika playdate ini diaplikasi di Malaysia atau tidak. Di sini anak-anak selalu meminta untuk playdate samada kawan datang ke rumah atau mereka akan ke rumah kawan. Maka saya dan suami  telah menggariskan beberapa peraturan untuk playdate.
  1. Hanya sekali seminggu sahaja boleh mempunyai playdate
  2. Anak-anak hendaklah memberitahu sekurang-kurangnya sehari lebih awal jika ingin mempunyai playdate
  3. Boleh mempunyai playdate dengan rakan-rakan yang tinggal berdekatan sahaja
  4. Boleh mempunyai playdate sehingga pukul 5 petang sahaja
Biasanya jika anak-anak mempunyai playdate, saya akan memasak sesuatu yang disukai kanak-kanak dan senang di makan. Semalam saya telah menyediakan muffin coklat untuk mereka. Semalam Amni membawa 2 orang kawan iaitu Hayato-kun dan Tomohiko-kun manakala Akmal membawa kawan baiknya Noah ke rumah. Mereka seronok bermain, makan malah mandi bersama-sama.

                                         *Amni bersama Hayato dan Tomohiko

                                         *Dah penat main, makan pula

                                         *Akmal, Aiman dan Noah. Adib pun nak main jugak

Dengan playdate ni anak-anak dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi. Amni dapat meningkatkan lagi pemahaman dan kosa kata Bahasa Jepunnya manakala Aiman dan Akmal kosa kata Bahasa Inggeris.

Wassalam, jumpa lagi



No comments:

Post a Comment

Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015