Bila tiba masa nak masak mesti pening kepala memikirkan apa yang nak dimasak. Nak kena fikir masakan yang semua makan dan suka, fikir barang basah apa yang ada dalam peti sejuk dan yang penting masakan tu mestilah senang. Kadang-kadang tu kita masak yang susah-susah tapi tidak mendapat sambutan biasanya dari anak-anak.
Dah jemu asyik makan ayam goreng je, semalam buat ayam panggang pulak. Bahan-bahannya tak banyak dan cara masaknya pun senang. Anak-anak dan suami pun suka. Sebagai tambahan saya masak sambal bilis (untuk resepinya tunggu entri akan datang). Barulah ada selera sikit kalau ada yang pedas-pedas.
Resepi Ayam Panggang Mayonis
Oleh: Noriati Saud
Bahan-bahan:
Ayam - saya menggunakan 10 ketul drummet
3 ulas bawang putih
1 cm halia
1 sudu kecil lada hitam (boleh tambah kalau nak lebih pedas)
1 sudu besar kicap manis
2 sudu besar mayonis
Garam secukup rasa
Cara penyediaan
- Tumbuk bawang putih, halia dan lada hitam
- Campurkan bahan yang ditumbuk bersama kicap manis, mayonis dan garam
- Perap lebih kurang sejam. Lebih sedap jika diperap lebih lama.
- Bakar dalam oven dengan suhu 150 darjah celcius sehingga keperangan.
Selamat mencuba.
Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya noriatisaud@gmail.com
Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love
Sehingga berjumpa lagi.
Wassalam.
Nice.. boleh cuba ni...
ReplyDeletepas makan boleh la kite shopping kain cotton kan...
pastu boleh la shopping jubah pula... sila la ke www.tejhaonlineboutique.blogspot.com ye.. hehe
tahniah dah ada blog. Jubah yang dik ya pakai tu cantik. Kata ada model, mananya?
ReplyDeletesemalam dah try resepi ni.. sedap.. lupa nak amik gamba... esok nak buat lagi... hehe.. pasal model tu ntahla.. cam xjadi je.. so terpaksa la guna je model yg pendek ni ha.. hahaha
ReplyDeletebagus2...kang hari2 makan jemu pulak...model pendek tu berbayar tak?
ReplyDeletehaha sudah pasti free of charge la kak tie...
ReplyDelete