Semalam kami ke Kinuta Park, Setagaya untuk berkelah bersama-sama warga MST. MST Family Picnic ni merupakan acara tahunan yang dibuat oleh MST. Tahun lepas kami tidak dapat menyertainya kerana pada tarikh yang sama sekolah Amni mengadakan hari sukan.
Acara ini diadakan untuk mengeratkan lagi hubungan antara warga pendidik MST dan juga semua ibubapa. Pada hari ini ibubapa bolehlah mengambil kesempatan berjumpa dan berbincang dengan guru tentang anak-anak mereka. Disamping itu ibubapa juga boleh saling berkenal-kenalan dengan keluarga rakan-rakan anak mereka.
Dengan cuaca yang cerah dan suhu yang nyaman (permulaan musin luruh), memang sesuai untuk berkelah. Saya menyediakan nasi lemak dan sambal ikan bilis (resepinya di sini) untuk makan tengahari. Anak-anak semua suka makan nasi lemak tanpa sambal. Mereka tak suka makan pedas.
Untuk memeriahkan lagi perkelahan ini, terdapat beberapa acara yang disediakan seperti tarik tali, membaling belon yang diisi air dan bermacam-macam lagi. Yang pastinya semua kanak-kanak gembira dapat bermain bersama-sama dengan kawan-kawan.
Keseluruhan acara tamat pada pukul 2 petang.
Seronok tengok anak-anak bermain tanpa batasan. Kita dapat melihat karektor dan minat anak-anak dari cara mereka bermain.
Aiman yang aktif dan suka bersukan
Akmal yang sukakan "adventure"
Amni yang suka terokai alam sekitar
Adib pulak masih kecil hanya tahu main semua benda.
Pukul 4 petang barulah balik selepas anak-anak puas bermain. Saja bagi merka main puas-puas sebab dah lama tak bawa mereka keluar bermain di taman. Alhamdulillah mereka semua gembira dan puas hati. Ibu dan abah pun gembira.
Wassalam dan jumpa lagi.
Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya noriatisaud@gmail.com
No comments:
Post a Comment