Tuesday, September 10, 2013

Resepi Chicken Chop

Assalamualaikum.



Saya masak chicken chop ni hari Sabtu lepas. Kononnya nak makan istimewa sikit sempena hari jadi Amni tapi kedai kek tutup. Jadi tak dapatlah beli kek dan tentunya tak dapat makan kek hari tu. Jadi makan chicken chop jelah. Jadi macam makan malam biasa je tak istimewa dah. Apa-apa pun anak-anak dan En. Suami suka dan sedap kata mereka. Alhamdulillah. Tiada yang lebih penting dan gembira bila kita masak ada orang menghargai dan ada orang suka makan. Kita gembira, anak-anak dan suami pun gembira.

Saya suka resepi ni sebab ianya mudah dan tak banyak bahan digunakan. En. Suami tak suka kalau chicken chop yang letak banyak rempah ratus seperti segala jintan tu. Saya dah banyak kali masak ikut resepi ni dan alhamdulillah saya rasa ia sesuai dengan selera keluarga saya. Resepi ni saya ambik dari dapur Potret Kasih kat sini.

Jom tengok resepi. Adalah saya ubah sikit sesuaikan dengan bahan yang ada kat dapur.

Resepi Chicken Chop
Sumber: Potret Kasih
Oleh: Noriati Saud

Bahan-bahan;

1 ekor ayam  ( di belah 4 dan ‘debone’kan ayam –  dapat 4 keping ) - saya guna 6 keping boneless thigh
1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk)
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap manis
1 sudu makan kicap masin
1 sudu makan jus limau - saya tak letak
1 sudu besar jus halia ( 1 inci halia di tumbuk dan perah jusnya kedalam ayam)
1 sudu kecil serbuk ayam ( granulled chicken stock) - saya pakai kiub ayam
Cara Penyediaan
1. Satukan semua bahan hingga rata. Kemudian peraplah ayam dalam peti sejuk selam beberapa jam. Seelok-eloknya semalaman.
2. Semasa hendak membakar gaulkan dengan sedikit minyak masak dan bolehlah di bakar di atas periuk non stick. Balik-balikkan ayam hingga masak dan bolehlah di angkat. Saya bakar menggunakan oven lebih kurang sejam pada suhu 150 darjah celcius.
Untuk Sos Perang ( brown sause ) @ Sos lada hitam
1 labu bawang besar ( potong dadu) - saya guna 1/4 labu sahaja
1 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum ( ayak dulu takut macam-macam ada dalam tepung)
1 liter air ( lebih kurang dalam 1 jag kecil )- saya guna 700ml
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap (untuk menggelapkan sikit warna sos )
1 sudu makan sos tomato atau sos chili
1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk halus)
1/2 kiub perasa ayam atau daging lembu.
Sedikit garam
Cara membuatnya
1. Panaskan mentega dalam periuk kemudian tumis bawang besar hingga layu.
2. Tepung gandum di larutkan dalam air hingga rata kemudian masukkan dalam periuk tumisan tadi.
3. Masukkan semua bahan lain termasuk sos-sos. Kacau atas api hingga pekat. Boleh di angkat dan dihidangkan.
Untuk mashed potato @ kentang putar
5-6 biji kentang
2 sudu besar mentega
25ml susu segar
secubit lada hitam
secubit garam @secukup rasa
Cara penyediaan;
  1. Kupas kentang dan potong kecil
  2. Rebus sehingga empuk
  3. Angkat dan toskan
  4. Lenyekkan dan gaulkan bersama semua bahan sehingga gebu

Hidanglah chicken chop anda dengan kentang goreng, kentang putar dan salad buah (epal dan nenas)
Selamat mencuba!
Jumpa lagi

No comments:

Post a Comment

Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015