Kebiasaannya kalau hari Ahad kami tak ke mana-mana. Hari untuk berehat di rumah. Masing-masing dengan aktiviti tersendiri. Anak-anak dengan game, abah dengan komputernya, kadang-kadang tolong ibu mengemas rumah dan ibu pulak basuh baju, lipat baju, gosok baju dan masa untuk update blog.
Semalam saya menyediakan muffin coklat untuk keluarga. Biasalah petang-petang mesti semua orang lapar. Anak-anak bersorak bila tahu ibu nak masak muffin. Adib pulak tak sabar-sabar nak makan. Awal-awal lagi dah tunggu depan oven.
Saya pun mula masak muffin sejak saya berada di Jepun. Di Malaysia saya akan membeli apa yang saya atau anak-anak nak makan. Betul cakap orang, bila kita susah barulah kita tahu nak usaha. Di Jepun memang susah nak dapat kek yang halal. Jadi saya kenalah usaha masak sebab anak-anak suka
makan muffin atau kek.
Saya dapat resepi dari koleksi1001 resepi.com di sini. Muffin ni sangat lembab dan sedap. Anak-anak saya suka makan panas-panas sebab permukaannya sedikit rangup. Cara penyedian muffin ni lebih mudah berbanding dengan kek. Jom tengok resepi.
Resepi muffin coklat
Oleh: Noriati Saud
Sumber: Koleksi1001resepi.com
Bahan-bahan
1 3/4 cawan tepung serba guna
1/2 cawan serbuk koko
2 sk baking powder
1/2 sk garam
...ayak semua bahan kering dalam sebuah bekas
...dalam bekas lain
1/2 cawan minyak zaitun
1 cawan susu segar
1/2 cawan gula perang -saya tak letak
1/2 cawan gula pasir
2 biji telur (besar), dipukul
3 sk esen vanilla
...campurkan semua dan kacau sehingga gula larut
Cara penyediaan
Tambahkan bahan kering sedikit demi sedikit dan kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan ke dalam muffin cup 3/4 penuh. Bakar selama 20 minit. Masak dan sejukkan.
*Boleh juga tambahkan 1 cawan coklat chip atau badam cincang ke dalam adunan dan kacau dalam satu arah.
Selamat mencuba dan jumpa lagi.
Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya noriatisaud@gmail.com
No comments:
Post a Comment