Monday, September 23, 2013

Rindu....

Assalamualaikum.

                                   
                                          * Mak bersama kakak sulung

Tiba-tiba saja rasa rindu mak. Padahal baru hari Jumaat lepas telefon dan alhamdulillah mak sihat. Umur mak saya dah 76 tahun tapi alhamdulillah masih sihat dan larat untuk berkebun kecil-kecilan. Walaupun begitu kami adik beradik melarang mak dari melakukan aktiviti-aktiviti berat, takut mak sakit.

Sejak ayah meninggal 9 bulan lepas, mak tinggal bersama abang saya. Syukur, taklah risau sangat ada orang yang menjaga makan minumnya. Lagipun adik-beradik semua tinggal berdekatan. Bolehlah selalu menziarah.

                         
                                *Adik-beradik bersama mak: saya dan kakak sulung tiada dalam gambar

Saya pula memang tiap-tiap hari Jumaat akan telefon mak tanyakan khabar. Saya dah jadikan amalan sejak dulu, sejak sebelum datang ke Jepun lagi, mesti telefon mak hari Jumaat. Kalau saya terlewat telefon mesti mak ternanti-nanti dan tertanya-tanya kenapa saya belum telefon. Jelas kedengaran suara gembira mak bila dia dengar suara kita.

Bagi saya tak kira jauh atau dekat, ibubapa jangan dilupakan. Lebih-lebih lagi sekarang boleh dikatakan semua orang mempunyai telefon bimbit, memang tak ada alasan kenapa kita tak boleh hubungi mereka.  Mak saya yang dah tua pun ada telefon bimbit. Jadi senanglah kalau ada sesiapa nak hubungi. Saya memang cukup tak faham kalau ada anak yang tak ada masa nak telefon bertanya khabar orang tua mereka. Kalau pun sibuk sangat cukuplah telefon untuk bertanya khabar.

Hargailah ibubapa selagi mereka masih bernyawa. Sejak ayah saya meninggal, saya memang cepat terasa dan sedih bila bercerita tentang ayah. Lebih-lebih lagi kalau sebut tentang pengorbanan ayah. Rindu sangat sampai mengalir air mata. Bila rindukan ayah, saya sedekahkan Al-Fatihah kepada beliau. Semoga beliau di tempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Marilah kita sama-sama doakan untuk kedua ibubapa kita yang tersayang.

                              
Sehingga berjumpa lagi. Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015