Saturday, November 16, 2013

Aiman Hakimi bahagian 1

Assalamualaikum


Nama: Aiman Hakimi bin Jeffry
Tarikh lahir: 28 Julai 2003
Umur: 10 tahun

Selepas 6 bulan berumahtangga, saya mendapat khabar gembira yang saya berbadan dua. Hati mana yang tidak gembira mendapat perkhabaran begitu. Lebih-lebih lagi ibubapa mertua saya yang sudah lama menginginkan cucu. Cucu pertama.

Semasa bangun solat subuh 27/7/2003, saya menggelabah apabila air ketuban pecah. Tetapi belum terasa sakit. Disebabkan ianyan pengalaman pertama, saya tidak mahu mengambil risiko. Terus kami ke hospital Tuanku Jaffar Seremban. Seharian di hospital tanpa rasa sakit, saya  tertanya-tanya sendirian, normal ke keadaan macam ni. Doktor mengatakan jika saya tidak bersalin dalam masa 24 jam dari ketuban pecah, saya akan dibedah. Suami saya resah gelisah.

Dipendekkan cerita, pada pukul 9 malam saya disuruh berpuasa sebagai persediaan untuk dibedah esok pagi. Masa tu saya sudah mula rasa sakit. Pukul 12 tengah malam sakit makin kuat. Saya kepanasan. Berpeluh-peluh dan gelisah. Lebih kurang 15 minit berada di dewan bersalin, Aiman selamat dilahirkan pada pukul 3 pagi 28 Julai 2003. Mungkin disebabkan Aiman hanya seberat 2.3 kg, saya senang bersalin.

Saya bersalin tanpa suami di sisi kerana suami tidak dibenarkan berada bersama isteri. Suami saya pada ketika itu berada di rumah tidak dapat melelaplam mata kerana risaukan keselamatan kami. Saya pula tidak memberitahu beliau saya sudah selamat bersalin kerana saya tidak mahu mengganggu tidurnya. Sebelum ke tempat kerja pagi itu dia sempat melawat saya di hospital. Alangkah terkejutnya beliau melihat saya sudah ada teman kecil di sebelah. Menangis tanda syukur kerana kedua-duanya selamat.

                                          *Parasaan yang sukar untuk digambarkan

Selang 2 hari selepas itu, kakak ipar pula selamat melahirkan anak perempuan, Sumayyah. Dari kecil sehingga besar Aiman dan Sumayyah sering bersaing. Mereka sering dibanding-bandingkan oleh ahli keluarga. Semasa kecil, Aiman seorang budak yang "tak makan diajar". Apa yang kita ajar semua dia tak ikut. Dia buat apa yang dia rasa nak buat. Berlainan pula dengan Sumayyah. Saya mula risau, anak saya tak tahu apa-apa. Anak pertamalah katakan.

                                         *Aiman bersama Sumayyah

Sedang Sumayyah yang sudah petah bercakap, Aiman masih dengan bahasa "ayam belanda". Kluk kluk kluk...Semua benda dia cakap kluk kluk kluk, sambil tangannya bergerak-gerak. Allah maha besar. Saya pun tak persan bila dia boleh bercakap. Sekali dia boleh bercakap betul, terus bercakap tak henti-henti. Sehinggalah sekarang ni dah besar suka sangat bercakap.

                                         *Aiman dan Sumayyah sekarang

Sejak kecil Aiman suka bola. Macam-macam jenis dan warna bola abah belikan. Begitu juga dengan baju bola. Manchester United, Chelsea, Barcelona dan macam-macam lagi. Pak Lang (bapa saudara Aiman) juga menghadiahkan sepasang jersey Manchester United siap dengan nama Aiman dibelakang. Aiman memang suka sangat dengan baju tu.Bila dah besar sikit dia mula menghafal nama-nama pemain bola sepak dunia. Semua dia kenal. Aiman juga mewakili sekolah tadika KEMAS IPD Seremban 2 semasa sukan hari potensi dan pasukan sekolahnya berjaya mewakili daerah Seremban. Semasa perlawanan peringkat daerah di Kuala Pilah, Aiman membantu pasukannya dengan 2 gol.


                                          *Jersey kesayangan Aiman

                                          *Pasukan IPD Seremban 2

                                         *Aiman dan trofi

Satu lagi hobi Aiman ialah membaca. Aiman mula pandai membaca semasa umurnya 4 tahun.  Disebabkan minat itu dia hanya mengambil masa tak sampai sebulan sahaja untuk pandai membaca menggunakan buku Bacalah Anakku. Tiap-tiap hari nak baca buku tak kira masa. Sampai kita pula yang tak boleh buat kerja lain. Bila sudah pandai baca buku, tak boleh tengok kedai buku. Mesti nak masuk dan nak beli buku baru.



                                          *Aiman dan buku-bukunya

Alhamdulillah syukur kepada Mu ya Allah kerana kurniakan seorang anak yang bijak seperti Aiman. Semoga Aiman dapat membahagiakan ibu dan abah dunia dan akhirat.

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.



No comments:

Post a Comment

Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015