Monday, November 25, 2013

Indahnya Fujiyama

Assalamualaikum


Pada hari Sabtu lepas (23 Nov 2013), saya sekeluarga dan En. Hazrie (kawan suami saya) serta keluarganya membuat perjalanan ke kawasan pergunungan. Menikmati keindahan Gunung Fuji yang begitu sinonim dengan negara Jepun. Saya dan keluarga sebelum ini pernah mengikuti trip ke kawasan Fujiyama dengan menggunakan perkhimatan syarikat pelancongan (gambar-gambarnya di sini). Oleh kerana tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan, kami bertekad untuk ke sana lagi. 

Kali ini kami pergi menaiki kereta yang dipandu oleh En. Hazrie. En. Hazrie boleh dikatakan setiap hujung minggu akan membawa pelancong dari Malaysia dan Singapura ke tempat-tempat menarik sekitar Gunung Fuji. Jadi beliau sudah arif dengan tempat-tempat ini. Suami saya dan En. Hazrie telah berpakat untuk menyewa sebuah kereta yang lebih besar dan selesa untuk 2 buah keluarga. Yang penting anak-anak cukup selesa kerana perjalanan memakan masa yang agak lama.

Kami agak tidak bernasib baik pada hari tersebut kerana perjalanan kami tidak selancar yang dirancang. Kami terperangkap dalam kesesakan lalulintas. Menurut kata En.Hazri, sepanjang pengalaman beliau membawa pelancong, belum pernah beliau mengalami kesesakan lalulintas. Sepatutnya kami sampai ke destinasi pertama (Toyo Tires View Lounge) pada pukul 10.30 pagi tetapi disebabkan kesesakan tersebut kami hanya sampai di sana pada pukul 12.30 tengahari.

Sepanjang perjalanan di pergunungan, pemandangannya cantik sekali. Memandangkan sekarang musim luruh, dari kejauhan keliahatan daun-daun berwarna-warni. Hijau, kuning dan merah bercampur-campur. Subha na Allah. Berhenti seketika di satu tempat yang menarik dalam perjalanan ke Toyo Tires View Lounge.

                                           *Kelihatan laut terbentang di sana

                                         *terdapat spot yang cantik dalam perjalanan.

Perjalanan diteruskan ke destinasi yang ditentukan oleh En. Hazrie. Kami memberi kepercayaan sepenuhnya kepada beliau kerana kami tahu beliau akan membawa kami ke tempat yang terbaik. Apabila kami sampai ke Toyo Tires View Lounge, memang terpegun sebentar melihat cantiknya Fujiyama. Tersergam indah dengan puncaknya yang keputihan diselaputi salji. Di tambah pula dengan Tasik Ashi yang membiru. Di Tasik Ashi terdapat perkhidmatan Pirate Cruise yang akan membawa pengunjung belayar merentasi tasik.


Anak-anak pula seronok dapat berkejaran kerana kebosanan berjam-jam berada di dalam kereta. 

                                          *Amni, Aiman, Haris, Akmal dan Hafiz


                                          *Keluarga ku

                                          *En. Hazrie dan Ieza serta anak-anak

                                          *friends forever

Setelah setengah jam lebih "menjamu mata" di Toyo Tires View Lounge, kereta kami seterusnya bergerak ke destinasi seterusnya iaitu Gotenba. Jauh juga perjalanan yang perlu kami tempuhi ni. Dengan jalan yang bengkang-bengkok dan naik bukit turun bukit tambah lagi dengan perut yang lapar, anak-anak mula pening. Amni dan Aiman mula muntah. Nasib baik sikit je. Gosok-gosok dengan minyak cap kapak, nampak lega sikit.


                                        *Pemandangan sepanjang perjalanan 

Kami berhenti rehat di Gotenba Mihana Garden sambil makan tengahari walaupun ketika itu sudah menunjukkan pukul 3.30 petang. Ieza menyediakan bihun goreng untuk semua dan saya pula membawa ayam goreng dan telur mata kerbau. Disebabkan semua kelaparan kami hanya makan berselerak di tepi kereta. Akmal dan Haris makan je dalam kereta sebab di luar sejuk.




                                        *Sempat lagi bergambar walaupun Fujiyama terlindung oleh jerebu

Ada satu lagi destinasi menarik yang ada dalam senarai lawatan kami hari ini. Menurut En. Hazrie tempat yang akan kami pergi iaitu Yamanakako  ni cantik. Terdapat tasik yang besar berlatar belakangkan Fujiyama. Yamanakako tidak berapa jauh dari tempat kami berehat.

Sekali lagi kami terperangkap dalam kesesakan lalulintas. Perjalanan yang hanya memerlukan 1/2 jam menjadi berjam-jam. Hari sudah mula gelap. Memandangkan sekarang pukul 4.30 petang sudah masuk waktu maghrib, tak sempatlah kami menikmati keindahan Fujiyama di Yamanakako. Apabila kami sampai di sana jam sudah menunjukkan pukul 5.30 petang. Sudah gelap gelita. Hanya nampak bayang-bayang atau bentuk Fuji saja. Kecewa sikit. Dah tak ada rezeki kami.


 
                                          *Fujiyama di Yamanakako waktu malam

Kalau mengikut plan asal kami akan ke Gotenba Premium Outlet dari Yamanakako, tetapi disebabkan kesesakan kami mengambil keputusan balik saja. Perjalanan balik juga tidak selancar yang diharapkan cuma tidaklah sampai kereta tidak bergerak. Sebelum sampai ke rumah kami semua singgah di Hachioji, makan malam di Wasyioku no sato. Seronok betul budak-budak ni dapat makan beramai-ramai. Tambah-tambah lagi perut sudah mula berkeroncong.

Dalam perjalanan balik, semua anak-anak tidur. Bila perut dah kenyang dan kepenatan senanglah mengantuk. Tapi tidak Adib. Mungkin makan banyak sangat dan jarang naik kereta, Adib muntah. Habis semua yang dia makan tadi. Lencun baju termasuk baju ibu sekali. Terpaksalah kami berhenti di kombini (kedai serbaguna) untuk menukar baju sebab Adib dah menggeletar kesejukan. Lepas muntah dan sapukan minyak angin dia terus tertidur. Kesian pula.

Banyak betul dugaan yang dihadapi hari ini. Walaubagaimana pun kami berpuas hati dapat menikmati keindahan ciptaan Allah. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan.


*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.





No comments:

Post a Comment

Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015