Monday, November 18, 2013

Aiman Hakimi bahagian 2

Assalamualaikum

Entri kali ini masih bercerita tentang Aiman. Tentang persekolahannya pula. Aiman mula ke sekolah semasa umurnya 6 tahun. Bersekolah di tadika KEMAS Ipd Seremban 2. Setiap pagi sayalah yang menghantar Aiman ke sekolah. Alhamdulillah walaupun tidak pernah berenggang dengan ibu, hari pertama di sekolah berjalan lancar. Aiman tidak banyak perangai di sekolah. Dengan sifat peramahnya dia cepat mendapat kawan.

Hari pertama di tahun 1, Aiman ceria dan gembira dengan persekitaran sekolah yang baru. Sekejap sahaja dia sudah boleh menyesuaikan diri. Aiman bersekolah di Sekolah Kebangsaan Seremban 2A. Pergi sekolah dihantar oleh abah dan ibu pula mengambil alih mengambil dari sekolah. Dan alhamdulillah di akhir tahun, usaha Aiman tidak sia-sia.

                              *Ceria hari pertama ke sekolah


                                         *Mula mencari kawan baru

                                          *Usaha yang tidak sia-sia

Pada tahun 2011, semasa Aiman di tahun 2, kami sekeluarga datang ke Tokyo. Aiman berpindah sekolah. Bersekolah di sekolah antarabangsa, Aiman kenalah bertutur dalam Bahasa Inggeris. Walaupun tidak berapa pandai berbahasa Inggeris tetapi dengan sikap peramahnya itu, Aiman mengambil pendekatan "hentam sajalah". Lama-kelamaan Bahasa Inggerisnya makin baik beserta sekali dengan "slang mat saleh". 

Di MST (Montessori School of Tokyo), Aiman juga aktif menyertai aktiviti yang dianjurkan sekolah. Wakil Cross Country, Sport Stacking, Koir dan MST Soccer.




Walaupun aktif bersukan Aiman tetap tidak lupakan pelajaran. Sekarang Aiman berada di Upper Elementary. Kena buat research, buat presentation. Balik dari sekolah, mengadap komputer menyiapkan presentation dalam Power Point, walaupun cikgu tidak mewajibkan membuat presentation dalam Power Point. Yang saya kagum, dia belajar sendiri bagaimana mahu menggunakan Power Point. Perangai Aiman, kalau dia minat sesuatu dia akan usaha sendiri sehingga dia dapat apa yang dia inginkan. 

Sekarang ni pun Aiman telah menghafal semua unsur dalam Jadual Berkala beserta dengan lagunya sekali. Di sekolah dia menjadi salah seorang dari tempat kawan-kawannya membuat rujukan tentang Jadual Berkala. Pernah sekali dia menulis semula lirik lagu Jadual Berkala, kemudian dicetak dan diagihkan kepada kawan-kawan sekelasnya.

                                   image.jpeg
                                              *Suasana pembelajaran di MST

Saya harap apabila kami kembali ke Malaysia tahun depan, Aiman dapat mengikut rentak pembelajaran di Malaysia. Mudah-mudahan Aiman dapat bersaing dengan rakan-rakan sekelas. In Sya Allah.

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015