Friday, November 29, 2013

Bersalji di Echigo Yuzawa bhg 1

Assalamualaikum

Dalam entri saya tentang salji di sini, saya ada berjanji yang saya akan menceritakan pengalaman kami sekelurga bercuti di tempat yang bersalji. Tak sahlah kalau datang atau tinggal di Jepun tapi tak pernah main salji kan. Demi tidak menghampakan harapan isteri dan anak-anak, suami saya membuat perancangan untuk bercuti di kawasan yang sejuk. 

Oleh kerana tempat yang dipilih jauh dari rumah, suami saya membuat keputusan untuk menginap di hotel saja. Suami saya membuat tempahan penginapan 3 hari 2 malam iaitu 7/2-9/2/2013. Suami telah memilih Hotel Angel Grandia kerana tempat untuk bermain salji seperti tempat meluncur dan taman permainan hanya berada di kawasana hotel saja. Begitu juga dengan kedai untuk menyewa pakaian atau kelengkapan salji yang lain seperti boot, sarung tangan, snow cap dan juga goggle.

Kami ke Echigo Yuzawa menaiki shinkansen atau bullet train yang mengambil masa selama 2 jam dari Stesen Tokyo. Kali ini kami menaiki double decker bullet train, dapat pula tempat duduk bahagian atas. Alhamdulillah sepanjang perjalanan dapat menikmati keindahan alam semulajadi. Anak-anak pula biasalah, tidur saja sepanjang perjalanan.

                                          * Shinkansen

                                         *Double decker coach

                                           *muka budak demam

                                         *awal-awal lagi dah tidur

Sebenarnya di saat kami ingin pergi bercuti ni Aiman dan Akmal pula demam. Disebabkan semua sudah terjadual dan hotel juga telah ditempah, kami terpaksa meneruskan percutian. Bawaklah bekalan ubat-ubatan bersama dengan harapan mereka cepat baik. paling tidak pun tidak melarat. Dapatlah mereka semua bersuka ria nanti.

Lebih kurang pukul 4.30 petang kami sampai ke Echigo Yuzawa. Memandangkan jadual bas untuk ke hotel pukul 5 petang, sempatlah kami cuci mata dan mencari omiyage ( cenderahati) di stesen tu. Suami saya suka mengumpul magnet peti ais. Setiap kali pergi bercuti atau luar negara pasti akan membeli magnet peti ais sebagai kenangan. Tapi di sini hanya terdapat omiyage makanan saja. 





                                          *Keluar dari stesen nampak pemandangan yang "putih"

                                          *Bas menuju ke hotel

Kami sampai ke hotel dan petang. Jadi tak dapatlah main salji lagi hari ni. Hanya tinjau-tinjau dari dalam hotel. Teruja terlebih bila tengok salji menggunung. Tak sabar nak main ni. Lepas check in hotel kami berehat sebentar sementara menunggu masa makan malam. 




                                         *Katil Doraemon: katil dalam almari

Makan malam disediakan secara buffet. Banyak juga lauk tapi kami hanya makan makanan laut dan sayuran saja. Saya mengambil kesempatan makan banyak ketam. Anak-anak makan sikit saja sebab tak kena dengan selera mereka tambahan pulak ada yang demam. Lepas makan kami hanya melihat-lihat kawasan hotel. Terdapat juga tempat main bertoken di sebelah restoran. Melayang  jugaklah beribu-ribu yen duit abah di situ. Tak apalah, janji anak-anak gembira.

                               *budak demam tak ada selera makan



                               *sukanya dapat makan ketam

                                         *ketam lagi




Malam ni hanya berehat di bilik saja. Perlu tidur awal sebab esok kami akan mula menakluki salji-salji di luar sana. Malam itu salji turun dengan lebat. Tunggu kami besok ye salji. Selamat malam.


*********************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love



No comments:

Post a Comment

Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015