Saturday, November 9, 2013

Tadika Jepun (youchien)

Assalamualaikum

Semua orang bercerita tentang penderaan kanak-kanak di taska. Kesian anak-anak kecil dipukul tanpa bersebab. Hanya dengan menangis sahaja yang dapat mereka gambarkan yang mereka sakit dan mereka tidak rela diperlakukan sedemikian. Bagaimana pula dengan perasaan kita sebagai ibubapa apabila anak-anak kita dipukul. Tentu "sakit". Alhamdulillah saya dapat menjaga semua 4 orang anak saya sendiri. Pernah dipukul, pernah dicubit juga tetapi bukan dengan perasaan benci.

*Bergambar di depan sekolah Amni

Di Jepun kebanyakan ibu tidak bekerja dan mereka sendiri akan menjaga anak-anak mereka. Walaubagaimanapun taska tu tetap ada tapi bilangannya  tidak sebanyak di Malaysia. Di sebabkan saya tidak berpengalaman menghantar anak-anak ke taska (Malaysia atau Jepun), hari ini saya hanya ingin bercerita tentang tadika (youchien) tempat Amni bersekolah. 

Honmura Youchien- nama sekolah Amni. Di dalam pagar yang sama terdapat satu sekolah rendah, Honmura Shogakko. Di Honmura Youchien tedapat 2 kelas, Risugumi (5 tahun) dan Hatogumi (6 tahun). Setiap kelas mempunyai seorang guru dan seorang pembantu guru.

Berbeza tadika Jepun dengan tadika di Malaysia ialah di tadika Jepun kanak-kanak tidak diajar membaca dan menulis. Mereka hanya bermain, berkreatif dan diajar tentang kehidupan seperti berkebun, membersihkan kelas dan sebagainya. Satu lagi cikgu-cikgu semuanya mesra kanak-kanak termasuklah guru besar (merangkap guru besar sekolah rendah). Guru-guru melayan murid-murid mereka seperti anak. Dengan bahasa yang lembut dan manja.

Setiap pagi semasa menghantar anak ke youchien, kami (ibubapa dan anak) akan disambut oleh seorang guru (biasanya guru penolong kanan youchien. Sekali sekala guru besar pun ada) yang berdiri di pintu masuk bangunan youchien. Sebelum masuk kanak-kanak dikehendaki mengucapkan "Ohayou gozaimasu" iaitu selamat pagi sambil menunduk hormat dengan penuh tertib. Kemudian disambut Ohayou gozaimasu oleh guru tersebut. Selagi sebutan dan cara ucapan tak betul kanak-kanak tidak dibenarkan masuk ke kelas.

Amni pernah ditegur (dengan mesra) kerana tangan berada di dalam poket baju ( masa tu musim sejuk ) semasa mengucapkan "Ohayou gozaimasu". Begitu juga ketika pulang dari sekolah. Semasa mengambil anak dari sekolah, guru kelas akan berjumpa seorang demi seorang ibubapa dan menceritakan apa aktiviti anak-anak mereka pada hari tersebut. Kemudian mengucapkan "sayounara" (selamat tinggal) sambil menunduk hormat kepada ibu atau bapa dan kanak-kanak (secara individu).

                                                        *Guru besar dan watak-watak yang dilakonkan

Apabila terdapat hari terbuka sekolah, kita sebagai ibubapa boleh melihat aktiviti seharian anak-anak kita di sekolah. Sebelah pagi apabila sampai di sekolah dan berkumpul di kelas, mereka akan menyanyi beberapa buah lagu. Kemudian aktiviti di dalam kelas bersama guru. Lebih kurang pukul 10.30 mereka dibenarkan melakukan aktiviti bebas. Ada yang bermain di luar (belakang sekolah), ada yang melukis, ada yang membaca, memberi binatang belaan makan (seekor arnab bernama Shifon-chan) dan macam-macam lagi. Amni suka menangkap serangga.

Banyak lagi aktiviti di Honmura tetapi tidak dibenarkan mengambil gambar.

                                           *Hasil kreativiti kanak-kanak tadika (dengan tunjuk ajar guru)

                                           *Lukisan-lukisan Amni

                                            *Terung yang ditanam oleh Anmi:sebelum dan selepas

                                           *Aktiviti musim panas: hari-hari mandi kolam

Walaupun pada awal persekolahan pada tahun lepas Amni tidak tahu bertutur dalam bahasa Jepun, dia tetap mahu ke sekolah. Itu bermakna sekolah itu tempat yang menyeronok baginya. Tidak ada tekanan semasa di  sekolah. Yang Amni tahu berseronok dan berkawan. Alhamdulillah setelah setahun bersekolah tadika, Amni sekarang sudah boleh bertutur dalam bahasa Jepun. Kadang-kadang jadi jurubahasa kepada ibu dan Mari Sensei.

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.



1 comment:

  1. Salam sis...
    Survey mengenai pendidikan anak2 di Japan telah membawa saya ke link puan.
    Anak saya baru berusia 5 dan 4 tahun.
    Rata2 tadika di Japan yuran kemasukannya 120k yen dan bulanan 30k yen.
    Saya bersedia untuk melabur wang begitu, asalkan anak saya boleh bertutur dalam bahasa jepun. Jika tidak, saya rasa saya nak masukkan ke Kumon je.
    Apa pendapat puan?

    Terima kasih,
    Amir

    ReplyDelete

Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015