Monday, November 11, 2013

Berkelah di Yoyogi Koen, Harajuku

Assalamualaikum


Musim luruh dah bermula. Suhu pun dah semakin sejuk. Itu tidak bermakna kami sekeluarga tidak boleh melakukan aktiviti di luar. Sabtu lepas bawa anak-anak untuk beriadah sambil menghabiskan masa berkualiti bersama-sama. Seronok betul budak-budak ni berkejaran, bergomol antara satu sama lain dan menjerit-jerit. Semua tu tidak boleh dibuat di rumah. Kalau buat juga, nanti Abah yang akan mendapat notis/amaran dari jiran tingkat bawah (rumah kami di tingkat paling atas -tingkat 3). Kadang-kadang kesian dengan anak-anak kerana tidak dapat melakukan apa yang mereka suka di rumah.

Di taman ini kami sebagai ibubapa seboleh-bolehnya mahu menggembirakan anak-anak. Seboleh-bolehnya akan menunaikan pemintaan mereka. Abahnya menunaikan janji yang tertangguh untuk mereka mengayuh basikal. Di Yoyogi Koen ni terdapat kemudahan menyewa basikal. 200 yen sejam untuk basikal kanak-kanak tanpa roda sokongan dan 100 yen sejam untuk basikal dengan roda sokongan. 




                                         *Aiman dan Akmal menunjukkan route yang dilalui mereka

Selepas sejam mengayuh basikal melalui jalan yang berbukit, Aiman dan Akmal tersenyum puas. Hati gembira. "Terima kasih abah bawak kitorang naik basikal", kata mereka berdua sambil memeluk abah. Memandang semua dah penat dan mula kelaparan, kami mencari tempat untuk "parking". Mencari tempat yang sesuai untuk bermain dan makan.



                                         *Menu: nasi goreng, ayam goreng, telur dadar dan sambal bilis

Sudah makan, tenaga pun dah banyak, pulun main pulak. Main apa saja yang rasa nak main. Ibu dan abah beri kebabasan. Mainlah sepuas-puasnya.












Jelas terpancar kepuasan di muka masing-masing. Begitu juga dengan ibu dan abah. 

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.


No comments:

Post a Comment

Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015